Followers

Sabtu, 1 Mac 2008

Umno/BN tidak perlu gelabah dengan doa orang PAS

Intan Abdullah Sat Mar 01, 08 1:47:01 pm MYT
MERANTI, 1 Mac (Hrkh) - Sesiapa sahaja boleh berdoa memohon kepada Allah agar ditimpakan musibah kepada pihak yang menentang hukum Allah yakni melakukan kerosakan serta kejahatan terutamanya yang memusuhi Islam dan perjuangan ke arahnya. Ketua Muslimat PAS Kelantan, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kita dibolehkan untuk memohon doa kepada Allah untuk memberikan musibah dan kesusahan kepada pihak yang tidak membantu mengangkat Islam sebagai pemerintah. "Tidak menjadi kesalahan apabila kita berdoa memohon pertolongan Allah bagi memusnahkan kumpulan yang membenci dan memusuhi perjuangan Islam, kerana mereka adalah golongan yang menolak Islam," ujarnya ketika ditemui di Markaz PAS Dun Meranti, Pasir Mas baru-baru ini. Jelasnya, pihak Umno/BN tidak perlu melatah dan berasa cemas dengan tindakan PAS atau sesiapa sahaja yang memohon doa agar dipermudahkan urusan perjalanan pilihan raya umum ini terutamanya bagi menghadapi sebarang usaha yang mahu melakukan penyelewengan dan penipuan yang merugikan usaha memartabatkan Islam sebagai kuasa yang memerintah. "Kenapa mereka harus takut dengan doa yang dibacakan? Adakah mereka berasa bersalah atau terasa dengan tindakan PAS menganjurkan ahli-ahlinya supaya berdoa untuk menghadapi ancaman kejahatan musuh? "Bak kata pepatah, siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya," katanya. Sementara itu, mantan senator dewan negara ini turut menjelaskan mengenai kewujudan parti Bebas yang bertanding di Parlimen Rantau Panjang merupakan serpihan daripada Umno-BN yang kini mempunyai masalah dalaman. "Pergolakan dalaman Umno/BN di kawasan ini telah menyebabkan lahirnya kumpulan yang meletakkan calon untuk bertanding melawan kumpulan mereka, sekali gus ia akan memecahkan undi Umno/BN," ujarnya lagi. Beliau tidak menafikan keadaan tersebut secara tidak langsung akan memberi keuntungan kepada PAS dalam pilihan raya kali ini. Pergolakan dalaman itu katanya, adalah disebabkan perebutan kuasa yang berlaku antara mereka ekoran asas perjuangan Umno/BN yang tidak selari dengan kehendak Islam. Siti Zailah akan ditentang oleh calon BN, Mohd Afandi Yusoff pada pilihan raya 8 Mac ini.

Tiada ulasan: