Roy Rasul Sat Mar 01, 08 10:55:37 am MYT
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) - Calon PAS bagi kawasan P.111 Kota Raja, Klang, Selangor, Dr Mariah Mahmud berkata, peluang Barisan Alternatif (BA) merampas kerusi tersebut cukup cerah. Katanya, bahang tersebut dapat dirasai terutamanya dengan kehadiran masyarakat India dalam ceramah-ceramah termasuk ceramah kelompok yang diadakan di kawasan tersebut.
Menurutnya, sambutan daripada kaum India yang jumlahnya melebihi 20 peratus pengundi di Parlimen Kota Raja amat memberansangkan. Angin perubahan tersebut katanya berbeza berbanding suasana pilihan raya 2004 lalu. "Saya rasa jika pengundi-pengundi ini konsisten dengan isu-isu yang mereka hadapi sekarang, peluang kita cukup positif," katanya semasa dihubungi Kempen hari ini. Begitu juga sambutan orang Melayu, sokongan yang diberikan banyak memihak kepada PAS. Katanya, perbagai isu dibangkitkan penduduk setempat contohnya isu jerebu di kawasan Dun Seri Muda dan Sri Andalas. Selain itu dakwanya isu jenayah seperti wujudnya kumpulan-kumpulan gengster mula dibimbangi penduduk. Turut dibangkitkan penduduk ialah isu cukai pintu, perparitan, jalan raya dan isu pendidikan khasnya sekolah agama Dalam pada itu katanya, akibat tindakan ahli parlimen dulu yang tidak menjengoh mereka, beliau telah ditemplak oleh penduduk ketika melakukan program merayu undi dari rumah ke rumah. "Ada yang berkata masa hendak mengundi baru tunjuk muka tetapi apabila menang langsung tidak pedulikan mereka," katanya. Katanya, reaksi yang diterima beliau itu menunjukkan wakil rakyat yang dipilih mereka tidak mengambil berat terhadap mereka. Sementara itu, pengundi Cina meminta mereka dilayan sama rata. Pengundi Cina juga mengharap pembangkang menjadi kuasa yang kuat di parlimen. Perkembangan itu katanya, menampakkan pengundi di parlimen Kota Raja positif terhadap pembangkang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan