Followers

Selasa, 19 Februari 2008

Pak Ali selar pembangkang ....TAKTIK LAPUK RACUN FIKIRAN RAKYAT

BANDARAYA MELAKA, 18 Feb - Tohmahan 'Orang Utan' yang dilontarkan parti pembangkang - PAS terhadap UMNO adalah satu dakwaan melampau yang nyata tidak berlandaskan agama sama sekali.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melahirkan rasa kesal dengan dakwaan berkenaan sambil menyelar bahawa itu adalah taktik lapuk yang sudah basi dan ianya pasti tidak mampu menpengaruhi pemikiran rakyat.Beliau berkata, ketandusan isu pembangkang itu jelas kelihatan apabila PAS sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa adalah haram jika UMNO bersahabat dengan MIC dan MCA."Tetapi mereka (PAS) pula kini bersahabat dengan parti pembangkang DAP. Adakah hukumnya haram juga? "Ini menunjukkan mereka telah kehabisan modal untuk mencaci kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sejak dahulu lagi," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pihak pembangkang yang mengatakan UMNO Orang Utan dalam sebuah akhbar tempatan, hari ini.Terdahulu, Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri melakukan lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang. Turut sama dalam lawatan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan, Datuk Koh Nai Kwong dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Wong Nai Chee.Sementara itu, Mohd. Ali turut mengulas DAP juga tidak mampu membela nasib masyarakat kerana mereka sendiri tidak mampu uruskan negara atau negeri ini."Bagaimana mereka ingin mentadbir negara atau negeri sedangkan ada di antara mereka juga gagal untuk menguruskan keluarga sendiri," ujarnya.Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, nama calon akan diumumkan dua hari lebih awal daripada tarikh penamaan calon yang jatuh pada Ahad (24 Februari ini)."Kita akan umumkan dua hari lebih awal bagi memberi persiapan awal kepada calon untuk diarak ke pusat penamaan calon di negeri ini nanti," katanya lagi.

Tiada ulasan: