Followers

Khamis, 28 Jun 2007

Ni lah Kerja Umno dan BN

Kerajaan biarkan majlis rasmi bergelumang arak dan peraga gadis seksi
Nyza Ayob Thu Jun 28, 07 05:06:34 PM
KUALA LUMPUR, 28 Jun(Hrkh)- Kementerian Belia dan Sukan ditegur kerana penganjuran program Formula Satu (F1) dan Super GT yang disertai dengan gadis-gadis litar yang berpakaian menjolok mata serta penggunaan minuman keras dan champagne sewaktu sesi penyampaian hadiah.

Teguran itu dibuat oleh, Dato' Kamarudin Bin Jaffar (PAS-Tumpat) yang menyelar sikap kementerian tersebut sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
"Program seperti ini merupakan program rasmi kerajaan. Sebagaimana yang kita tahu sejak tahun 1980-an lagi garis panduan kerajaan ialah pada setiap program rasmi kerajaan tidak ada minuman keras.
"Jadi saya ingin mendapat pandangan Timbalan Menteri tentang dasar kerajaan dalam kes perlumbaan Formula One ini," katanya.
Menjawab teguran tersebut, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Liow Tiong Lai menjelaskan berhubung dengan acara F1, pihaknya akan memastikan setiap peserta serta penganjur memahami adat resam masyarakat Malaysia.
Jelasnya lagi sungguhpun terdapat upacara menyembur champagne, champagne yang digunakan adalah tidak mengandungi alkohol.
Sementara itu, menjawab soalan Kamarudin mengenai Malaysia akan menyambung F1 circuit, jelasnya cadangan untuk menyambung kontrak daripada tahun 2010 hingg tahun 2015 telah dirundingkan dengan salah satu syaratnya perlumbaan dijalankan di sebelah malam untuk mendapat lebih penaja.
Tambahnya kos keseluruhan lanjutan F1 ini lebih kurang RM20 juta untuk memasang lampu di 'circuit' (litar).
Terdahulu Kamarudin dalam soalan asalnya meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan jumlah perbelanjaan yang ditanggung Kerajaan bagi melaksanakan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia-Petronas baru-baru ini.
Jelasnya kerajaan telah membelanjakan RM130.5 juta bagi penganjuran sukan perlumbaan kereta Formula 1 (F1) tahun ini. Jumlah itu adalah bagi bayaran F1 kepada Formula 1 Management Limited.
Katanya, pada tahun 2006 pihak pengurusan Sepang F1 membelanjakan RM121.8 juta sebagai bayaran ditersebut berbanding RM110.7 juta tahun 2005 dan RM98.4 juta pada 2004.
Sementara jumlah pendapatan yang diperolehi ialah berjumlah RM58.5 juta melalui penganjuran acara itu baru-baru ini, RM50.8 juta (2006), RM56.4 juta (2005) dan RM59 juta (2004)./wann.

Jumaat, 22 Jun 2007

Kat malaysia cammana ??? bahaya !!!!

Orang murtad tubuh persatuan di Britain

PARIS: Sekumpulan bekas Muslim menubuhkan persatuan Britain, mengikuti penubuhan di Jerman, Februari lalu dan Scandinavia, Mei lalu, manakala satu lagi bakal dilancarkan di Belanda, September ini.

mereka mahu mengubah perdebatan mengenai Islam di Eropah. Aktivis terbabit yang kebanyakannya rakyat Iran dalam buangan, menyokong kebebasan mengkritik agama dan mengakhiri apa yang diifatkan mereka sebagai ancaman keagamaan.“Terlalu banyak dalam media dan dasar kerajaan yang digerakkan untuk memuaskan pergerakan politik dan pertubuhan Islam,” kata Maryam Namazie, ketua pertubuhan Majlis Bekas Muslim di Britain.“Saya berharap akan mendapat lebih banyak perhatian dan mula mengubah debat. Kami sudah lama murtad,” kata Namazie yang meninggalkan Iran pada 1980 selepas revolusi Islam di sana.Meninggalkan Islam disifatkan sebagai jenayah yang boleh dihukum bunuh di kalangan negara Islam. Penduduk Islam di Eropah jarang mengamalkan agama seperti rakan seagama di Asia Barat tetapi ada di antara mereka mengaku murtad.Lebih 15 juta penduduk Islam tinggal di barat Eropah kebanyakannya di Perancis, Jerman dan Britain. Jurucakap penduduk Islam biasanya pemimpin agama, lebih menekankan ilmu ketuhanan atau aktif berpolitik.Sejak serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat, kebanyakan penduduk Islam di Eropah mengadu mereka sering menjadi mangsa disyaki pengganas atau dianggap menyokong pandangan melampau agama.Namazie berkata, penubuhan Majlis Pusat Bekas Muslim di Berlin memberi semangat kepada kumpulan lain untuk turut menyertainya.Majlis sama di Scandinavia berpejabat di Sweden dengan mempunyai cawangan di Denmark, Norway dan Finland.Namazie berkata, kumpulan British mempunyai sekurang-kurangnya 25 aktivis setakat ini. – Reuters

Melaka Semakin Parah ???

MELAKA 17 Julai: Seramai lima wanita `mencatatkan rekod’ apabila melahirkan anak tak sah taraf di Hospital Melaka, di sini, dalam tempoh kurang 24 jam, semalam. Dua daripada mereka berusia 17 tahun dan tiga lagi berusia antara 23 tahun hingga 30 tahun. Kelima-lima wanita itu melahirkan anak antara jam 5 pagi sehingga 3 petang di hospital berkenaan.Difahamkan, mereka dihantar keluarga masing-masing ke hospital berkenaan untuk melahirkan anak selepas mengadu sakit hendak bersalin .Berikutan itu, semua wanita terbabit diberi surat saman hadir oleh Bahagian Penguat Kuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk siasatan lanjut.Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata semua mereka diberi tempoh sebulan untuk hadir ke pejabat Jaim bagi memberiketerangan.Katanya, apabila siasatan sudah dijalankan tindakan mendakwa mereka di Mahkamah Tinggi Syariah akan dilakukan.“Siasatan awal mendapati mereka masih dapat menghubungi pasangan masing-masing,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.Rahimin berkata, semua wanita terbabit perlu datang ke Jaim bagi mendapatkan surat sokongan untuk memudahkan pendaftaran kelahiran bayi terbabit.Katanya, kegagalan mereka berbuat demikian hanya menyukarkan bayi mereka mendapatkan sijil lahir.Beliau berkata, jumlah kelahiran seramai lima bayi luar nikah dalam tempoh sehari adalah sesuatu yang jarang berlaku.Katanya, antara faktor terjadinya kes hamil luar nikah adalah wanita terbabit terlalu percaya dengan teman lelakinya.“Menjadikan ikatan pertunangan sebagai alasan boleh mencuba untuk perkara terlarang, hubungan bebas serta hidup bersekedudukan.“Semua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 54, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana hamil luar nikah.“Sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.Sumber : Harian Metro

Isnin, 18 Jun 2007

Tun Razak seorang sosialis ????

Sang Kelembai Mon Jun 18, 07 12:30:46 PM
Pemuda UMNO mengadakan seminar legasi Tun Razak Hussein dan beberapa orang yang pernah bekerja atau mengenal beliau dijemput untuk memberi pandangan.
[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]-->
Maka seminarnya itu bertukar menjadi majlis nostalgia termasuk oleh anaknya sendiri Najib Tun Razak. Tidak ada seorang pun pengkaji politik yang dijemput membentangkan kertas kerja atas sikap dan pendirian politik Tun Razak Hussein.
Pemuda sebagai orang muda, di saat kematian Tun mungkin baru berusia empat tahun dan tidak mengerti apa-apa terhadap kematian itu. Sekiranya benar pengerusi penganjur seminar itu Khairi Jamalludin berkata, bahawa baru dia sedar kenapa Allahyarham ayahnya yang menjadi duta ke Kuwait terlalu sedih dan hiba pada 14hb Januari 1976 apabila Boeing 707 milik MAS yang menghantar pulang jenazah Tun Razak singgah di Kuwait kerana mengisi minyak. Semua orang tahu bahawa Khairy Jamalludin baru berusia 30 tahun sekarang dan Tun Razak Hussein telah meninggal 31 tahun. Bagaimana agaknya dia mampu ingat. Kalau dia berumur 40 tahun sekali pun jika dia boleh ingat maka memanglah dia seorang genius.
Satu perkara yang tidak di ambil ingatan dan tidak dipedulikan orang yang mendengar Berita di TV3 akan kisah Tun Razak Hussein ialah beliau pernah berjalan kaki dan berkaki ayam bila bersekolah di kampung asal di Langgar Pekan, Pahang. Bagi orang yang berfikiran waras, mereka akan bertanya, bukankah Tun Razak Hussein anak seorang pembesar Pahang yang bergelar Orang Kaya Indra Shahbandar, antara orang berempat Keluarga Diraja Pahang? Kenapa dia begitu miskin dan tak mampu membeli kasut?
Di sinilah sepatutnya kita ambil kira sikap politik Tun Razak Hussein. Beliau bukan sahaja idola, mentor atau sumber inspirasi kalangan orang politik tetapi juga kepada anak-anak yang terbiar. Jarang hendak diperkatakan orang bahawa ayahnya Dato Hussein Bin Mohd. Taib walau pembesar di Negeri Pahang tetapi berkahwin dua.
Semenjak dia beristeri baru di Bentong, Pahang dan telah mendapat anak, antara anaknya adalah Zainun Hussein yang menjadi isteri kepada Hamzah Abu Samah, Bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-undang. Keluarga Tun Razak Hussein mempunyai seorang adik perempuan lagi yang kemudian berkahwin dengan Mohamad Jusuh dan pernah menjadi Menteri Besar Pahang. Malangnya ini tidak diambil kisah oleh ayah Tun Razak Hussein dan dia membesar dengan pemberontakannya terhadap sikap ayahnya sendiri.
Itu sebab bila belajar di England, Tun Razak menyertai Parti Buruh dan dengan minat yang mendalam dalam soal-soal politik, bila dia balik ke Malaya dan dia telah menyertai MCS-Malayan Civil Service. Tun Razak Hussein menyertai UMNO kerana galakan kerajaan penjajah masa itu supaya pegawai-pegawai kerajaan termasuk MCS menyertai UMNO bagi mengaburkan mata orang-orang Melayu bahawa UMNO sebuah parti yang disokong oleh kerajaan dan siapa menyertai UMNO akan dikira selamat kerana, di luar UMNO terdapat beberapa parti lain termasuk gerakan berhaluan kiri yang ditekan oleh British termasuk PKMM yang diharamkan.
Perlu di ingat Tun Razak Hussein bukan Tunku Abd. Rahman Putra kerana Tunku terus meletakan jawatan sebagai pegawai Jabatan Kehakiman atau masa itu hendak ditukarkan menjadi Pegawai Pendakwa Raya. Sebaliknya Tun Razak Hussein kekal sebagai pegawai MCS walau seketika menjadi Menteri Besar Pahang. Tun Razak Hussein memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO dan kemudian bertukar jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dengan Sardon Jubir dan meletakan jawatan MCS bila beliau dipilih bertanding dalam PRU- Pilihan raya Umum 55 dan kemudian dilantik menjadi Menteri Pelajaran.
Jawatan Menteri Pelajaran kekal selepas Merdeka dan beliau tidak pernah secara automatik dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaik sahaja Malaya merdeka. Tunku Abd. Rahman Putra tidak melantik Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana semasa itu sudah terdapat desakan supaya lantikan seorang Timbalan Perdana Menteri adalah perlu dari orang bukan Melayu.
Akhirnya Tunku membuat helah untuk bercuti kerana hendak berkempen menghadapi PRU 1959 dengan meletakan jawatan dan melantik Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri dan selepas kemenangan itu, Tun Razak Hussein terpaksa menyerah balik jawatan Perdana Menteri kepada Tunku dan baru Tunku Abd Rahman mengumumkan Tun Razak Hussein sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Timbalan Perdana Menteri.
Pendedahan Tun Razak Hussein sebagai anggota Parti Buruh banyak membantu beliau menguruskan dasar pembangunan negara ini. Kerana dia faham sangat bahawa sebuah negara demokrasi yang mana sistem kekuasaan di tangan rakyat dan jika rakyat hendak menyokong kepada suatu parti maka prinsip negara bertanggungjawab atas kesejahteraan rakyat mestilah dilaksanakan. Walau pun Tun Razak Hussein dilihat sebagai "otoritet" dalam menguruskan pembangunan negara ini, beliau melaksanakan kepentingan bersama atau lebih tepatnya "kepentingan negara".
Garisan panduan DEB-Dasar Ekonomi Baru melalui serampang dua matanya jelas menunjukkan ada pemakaian sistem sosialis, di dalam sosialisme yang mana setiap orang diperlakukan sama oleh negara dan tidak ada kekuatan lain yang selain kekuatan negara. Bagi melaksanakan DEB, satu mekanisme sokongan diwujudkan yang dinamakan RUKUN NEGARA. Ini memberi maksud apa yang dilakukan mesti dalam garis lima prinsip yang ada dengan mukadimah masyarakat adil dan kemajuan berasaskan sains dan teknologi.
Prinsip tersebut hampir menyerupai dan hampir dengan prinsip komunisme yang dikembangkan oleh Karl Marx dan Friederich Engels. Marx dan Engel memutlakkan prinsip sosialis dengan mengatakan bahawa keadilan dan berkemakmuran hanya tercipta kalau dalam masyarakat tidak ada kategori atas dasar kelas, lebih tepat disebut sebuah "masyarakat tampa kelas" (no class society).
Tun Razak Hussein menyedari dari segi Malaysia, sebelum atau selepas Merdeka tetap tidak boleh menerima fahaman komunis tetapi mungkin beliau memikirkan sama seperti yang ditulis oleh William Ebenstein di dalam bukunya Today Isms bahawa ideologi sosialis dalam negara yang baru hendak maju sangat penting. Maka Tun Razak Hussein membina DEB berlandaskan fahaman sosialis kerana menyedari Malaysia hendak mencapai pertumbuhan ekonomi yang cepat. Tanpa kemajuan ekonomi bererti Malaysia tidak akan ada kemerdekaan politik dan kepimpinan internasional yang sejati.
Bila Abdullah Hj Ahmad mengatakan dia ahli politik yang dilahirkan oleh Tun Razak Hussein, apa yang kita lihat bertentangan dengan akuan yang dibuat oleh Abdullah Hj Ahmad. Beliau hanya seorang pegawai MCS yang berketuakan Ketua Pegawai Eksekutif MAGERAN yang dipegang oleh Jeneral Ibrahim Ismail dan beliau bukan orang yang membuat dasar serta jika tahu apa yang di bincang dalam MAGERAN itu hanya kerana dia hadir di dalam mesyuarat-mesyuarat itu sebagai Pembantu Peribadi, sebab bila MAGERAN di mansoh kenapa dia dihantar menjadi Pengarah Belia, kenapa tidak ke Jabatan lain khasnya di Jabatan Elit Unit Perancang Ekonomi.
Percantuman idea sosialis itu yang menuntut sebuah kerajaan demokrasi supaya melaksanakan "negara memenuhi keperluan rakyat" atau sebuah negara yang dipanggil “walfare state” dan bukan terjemahan langsung negara kebajikan tetapi negara kesejahteraan. Dan sebuah negara kesejahteraan memiliki pandangan bahawa negara harus memberi subsidi kepada keperluan pokok iaitu rakyat terutama di bidang-bidang yang terbabit dalam mengolah dasar mendasar seperti pendidikan, pengangkutan awam, minyak dan makanan keperluan utama sapersi yang di sasarkan oleh William Ebenstein.
Bila Abdullah Hj Ahmad dalam kerajaan tiga beranaknya sekarang menarik semula subsidi yang pernah dijadikan dasar oleh Tun Razak Hussein, maka jelaslah dia bukan ahli politik yang dilahirkan oleh Tun Razak Hussein. Jika Najib Tun Razak sendiri yang punya DNA Tun Razak tidak punya genetik Tun Razak, siapa Abdullah Hj Ahmad yang hanya sekadar imam besar mazhab Islam hadhari yang sudah pasti jika sudah tidak menjadi Perdana Menteri, mazhab itu akan dibawa bersama ke kuburnya dan tidak diteruskan seperti berlaku kepada Anwar Ibrahim dengan masyakat madaninya.
Sang Kelembai: Kalau Abdullah Hj Ahmad rapat dengan Tun Razak dan dia jenis membaca dan bukan kaki tidur sudah pasti dia akan terjumpa satu catatan Tun Razak Hussein selepas balik dari lawatan pertama ke China sebelum PRU 1974, bahawa dia hanya hendak menjadi Perdana Menteri sepenggal sahaja dan selepas itu bersara dan balik ke Pahang.
Tidak macam dia yang marah-marah bila rakyat mengatakan dia hanya layak menjadi Perdana Menteri sepenggal. - http://sangkelembai2006.blogspot.com/

apa komen anda sebagai seorang islam ????

Britain hina Islam iktiraf Salman Rushdie
TEHERAN: Iran semalam mengutuk keputusan Britain menganugerahkan darjah kesatria kepada penulis Salman Rushdie, yang terpaksa bersembunyi lebih sedekad selepas pemimpin keagamaan republik itu mengarahkan pembunuhan ke atasnya.Jurucakap Menteri Luar Iran, Mohammad Ali Hosseini, berkata keputusan memberikan anugerah kehormat tertinggi Britain kepada Rushdie yang menulis novel kontroversi, ‘The Satanic Verses’ adalah satu penghinaan terhadap dunia Islam.“Menganugerahkan seseorang yang bersifat paling dibenci dalam masyarakat Islam jelas membuktikan perasaan anti Islam pegawai atasan Britain,” kata Hosseini ketika sidang akhbar mingguannya.
Rushdie bersembunyi selepas Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa pada 1989 mengarahkan umat Islam membunuh penulis berkenaan disebabkan novelnya, The Satanic Verses didakwa menghina Islam.
Kerajaan Iran pada 1998 mengisytiharkan mereka tidak menyokong fatwa berkenaan tetapi tidak pula memansuhkannya.
Rushdie juga mendakwa menerima banyak kad Valentine dari Iran setiap tahun pada 14 Februari memaklumkan bahawa negara itu tidak melupakan beliau sehingga akhir hayatnya.
“Anugerah itu menunjukkan bahawa gerakan menghina Islam bukan secara tidak sengaja tetapi perbuatan yang dirancang itu mendapat sokongan dari beberapa negara Barat,” kata Hosseini.
Britain kelmarin mengumumkan penganugerahan darjah kesatria kepada Rushdie bersama seorang pemberita CNN, Christiane Amanpour. – AP

sumber : berita harian 18 Jun 2007

Sabtu, 16 Jun 2007

Bapa pukul anak kerana enggan isi borang Puteri Umno

KUALA KEDAH, 15 Jun (Hrkh) - Akibat enggan mengisi borang keahlian Puteri Umno, seorang gadis 19 tahun di sebuah taman perumahan di Jalan Putera di sini dipukul oleh bapaya sendiri.
[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]-->
Kejadian berlaku 8 Jun lalu dan disedari beberapa jiran yang terpaksa campur tangan menyuraikan keadaan.
Difahamkan gadis berkenaan mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badannya.
Salah seorang jiran yang ditemui berkata, mereka amat terkejut dengan insiden tersebut dan menganggap jiran mereka yang terkenal sebagai jaguh Umno di kawasan perumahan terbabit telah bertindak di luar batas kemanusiaan.
"Dia juga malu kerana anaknya sendiri tidak mahu mengikut jejaknya untuk aktif dalam Umno, ini menunjukkan bahawa golongan muda sudah tidak berminat kepada Umno," ujarnya.

komentar :
nampak sangat umno sekarang nie dah terdesak sampai boleh main paksa-paksa plak

Bersiap hadapi pilihan raya umum ke-12 – Timbalan Presiden

PENGKALAN CHEPA, 15 Jun (Hrkh) – Biar pun muktamar tahunan PAS kali ke-53 telah berlalu, namun ada tugas yang lebih berat menunggu ahli dan penyokong PAS, iaitu pilihan raya umum ke-12.
[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]-->
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 merupakan tugas besar yang dihadapi sekarang.
“Ini memandangkan Perdana Menteri sudah memaklumkan ilham bagi mengumumkan tarikh pilihan raya tersebut boleh datang secara tiba-tiba.
“Berdasarkan kenyataan itu jelas menggambarkan pilihan raya umum ke-12 terlalu hampir sekarang,” katanya ketika meraikan petugas-petugas muktamar PAS ke-53 di perkarangan bangunan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, malam kelmarin.
Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan petugas-petugas muktamar.
Pelbagai hidangan disediakan termasuk satay, nasi goreng, mee goreng, roti, minuman dan buah-buahan.
Baru-baru ini, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan memberitahu beliau belum mendapat ilham tarikh pilihan raya umum yang akan diadakan. Bagaimanapun katanya, ilham itu boleh datang secara tiba-tiba.
Demam pilihan raya semakin dirasai sekarang memandangkan kerajaan telah menaikkan gaji lebih sejuta kakitangan awam yang akan diterima mereka Julai ini.
Nasharuddin berkata, PAS perlu memperkukuhkan lagi saf bagi menghadapi pilihan raya tersebut, lebih-lebih perlu bekerja keras bagi mempertahankan Kelantan.
Beliau juga memberitahu wakil-wakil kedutaan asing terkejut melihat kemampuan PAS mengendalikan perhimpunan parti yang besar secara teratur.
Katanya, ramai di kalangan mereka terkejut kerana perwakilan PAS lebih berdisiplin kerana tidak berganjak sehingga muktamar itu berakhir.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, muktamar yang baru berlalu mencatat suatu kelainan apabila turut melibatkan wakil bukan Islam yang mewakili Kelab Penyokong PAS Kaum Cina.
Selain itu katanya, bendera PAS yang dipasang di seluruh bandar ketika muktamar berlangsung menggambarkan anak-anak muda begitu bersemangat.
“Mengibarkan bendera menggambarkan syiar dan ia ternyata berkesan bagi menzahirkan kekuatan sesebuah parti. Dan tugas memasangkan begitu banyak bendera bukan perkara mudah,” ujarnya. - mj

Jumaat, 15 Jun 2007

Pelajar Malaysia di al-Azhar maut ditikam (alfatihah)

Oleh Hardi Effendi Yaacob, Nazura Ngah dan Ifwan Tun Tuah

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Universiti al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir, mati selepas ditikam lebih 10 kali oleh rakan senegara, yang dipercayai mengalami tekanan mental, dalam kejadian di rumah sewa mangsa, malam kelmarin.Mohammad Ishak, 22, dari Kampung Pangkalan Raja Wali, Chendering, Terengganu, meninggal dunia selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Antarabangsa As-Sallam, Kaherah kerana kecederaan parah di kepala akibat dipukul dan ditikam bertubi-tubi pada leher pada kejadian jam 8.30 malam (1.30 pagi waktu Malaysia).Suspek, juga pelajar universiti itu berusia 22 tahun dan berasal dari Dengkil, Selangor, kini ditahan polis Mesir bagi membantu siasatan kes berkenaan. Abang mangsa, Hussin, 28, yang ditemui Berita Harian di Chendering bagaimanapun berkata, Mohammad mungkin menjadi mangsa keadaan kerana suspek sebelum itu dikatakan mencari dua rakan serumah adiknya.Beliau yang dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh Yang Dipertua Dewan Perwakilan Pelajar Mansurah, Ali Zulfakar, berkata suspek mengunjungi rumah sewa adiknya kira-kira jam 7 malam tetapi dua rakan serumah Mohammad tiada.“Ketika itu Mohammad keseorangan dan sedang menggunakan komputer. Selepas gagal menemui rakan serumah Mohammad, suspek dikatakan meluru ke dapur dan mengambil pisau,” katanya yang turut menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah bagi mengesahkan kejadian itu, kira-kira jam 11 pagi semalam.Mangsa adalah pelajar tahun pertama jurusan Usuluddin manakala suspek menuntut di tahun tiga jurusan Pengajian Islam.Hussin yang juga bekas pelajar universiti itu dan kembali ke tanah air pada 2005, turut mengenali suspek ketika di sana dan menyifatkannya sebagai seorang yang pendiam. Katanya, berdasarkan maklumat rakannya di sana, suspek dipercayai mengalami tekanan akibat peperiksaan dan pernah berselisih pendapat dengan rakan serumah adiknya.Beliau berkata, Mohammad tidak mendapat tajaan mana-mana pihak dan keluarganya menghantar RM200 sebulan untuk perbelanjaan. Keluarganya reda Mohammad dikebumikan di Kaherah kerana mereka tidak mampu membawa jenazah pulang. Bagaimanapun Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kerajaan negeri sedia membiayai kos membawa pulang jenazah yang akan diuruskan Yayasan Terengganu.Sementara itu, seorang pelajar Malaysia di Mansurah ketika dihubungi berkata, mangsa dan suspek saling mengenali, malah sering berkunjung ke rumah sewa Mohammad.Pelajar itu berkata, suspek dikatakan membawa tiga pisau, termasuk satu pisau pemotong daging yang baru dibeli.Jurucakap Bahagian Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Kaherah ketika dihubungi pula berkata, suspek ditahan bersama tiga pisau berlumuran darah, dipercayai senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, tidak dapat dihubungi kerana dikatakan ke tempat kejadian, kira-kira dua jam perjalanan dari Kaherah.

Khamis, 14 Jun 2007

Imam setuju berhenti merokok ??

BANGI 13 Jun – Muzakarah Imam-Imam Peringkat Kebangsaan 2007 yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini sebulat suara bersetuju supaya imam di negara ini berhenti merokok.
Dalam satu undian tidak rasmi yang diadakan secara spontan pada sesi dialog selepas pembentangan kertas kerja ketujuh itu, hampir semua imam yang hadir di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) itu mengangkat tangan tanda setuju.
Walaupun ia bukan keputusan rasmi muzakarah, Utusan Malaysia difahamkan perkara itu akan dimasukkan sebagai salah satu daripada resolusi pada majlis penutup muzakarah berkenaan Jumaat ini.
Terdahulu, seorang peserta membangkitkan cadangan supaya imam yang merokok menghentikan amalan yang boleh menjejaskan kesihatan itu.
Menurut peserta itu, selain faktor kesihatan, langkah itu juga baik untuk imej imam sebagai pemimpin masyarakat.

Dalil ulamak yang mengharamkannya Para ulama yang mengharam merokok bersandar kepada beberapa iktibar syarak yang menghimpun perkara-perkara di bawah: 1. Mabuk Sebengah mereka mengatakan merokok juga memabukkan, jadi setiap yang memabukkan itu haram. Maksud memabukkan menurut pendapat mereka ialah menutup akal secara mutlak sekali pun tiada "kerosakan" yang teruk. Menurut mereka: Tidak syak lagi bahawa ia memberi kesan kepada sesiapa yang mencubanya buat kali pertama. Sebahagian mereka pula berkata: Setiap yang memabukkan sama ada diminum atau dihisap bererti merangsangkannya dan menghilangkan akalnya dengan menyempitkan pernafasan, maka ia dikira daripada jenisnya. Mabuk dari segi ini bukanlah mabuk akibat kelazatan dan keseronokan. (2) Setengah ulamak juga berpendapat bahawa tidak harus berimam dengan orang yang meminumnya (menghisap). 2. Mengkhayal dan Memeningkan Menurut mereka jika tidak sesuai dikatakan dia mabuk, maka dia (rokok) memening dan mengkhayalkan. Imam Ahmad dan Abu Daud ada meriwayatkan dari Ummu Salamah bahawa Nabi saw melarang setiap yang memabukkan dan mengkhayalkan. (3) Menurut mereka, sesuatu yang mengkhayalkan ialah apa yang mewariskan khayalan dan pening dalam keturunan. Jadi memadailah hadis ini sebagai bukti mengenai pengharamannya. 3. Kesan buruk atau kemudaratan (bahaya) Kesan-kesan buruk yang mereka sebut di sini terbahagi kepada dua bahagian: A: Kesan Fizikal: Ia melemahkan kekuatan badan, mengubah warna wajah kepada kekuningan dan menderita batuk yang teruk yang boleh membawa kepada sakit paru-paru. Apa yang disebut oleh sesetengah cerdik pandai di sini ialah: Tiada beza dalam mengharamkan sesuatu yang memudaratkan, di antara yang bahayanya sekaligus (datang serta merta sekali) atau beransur-ansur. Yang beransur-ansur itu yang paling banyak berlaku. B: Kesan dari segi kewangan: Kita maksud di sini bahawa dengan merokok berlaku pembaziran wang, membelanjakannya kepada apa yang tidak berfaedah kepada badan dan roh. Tidak memberi faedah juga kepada dunia dan akhirat. Nabi saw telah melarang dari menghabiskan wang dan harta. Allah SWT berfirman: "]anganlah kamu membazir, sesungguhnya orang membazir itu saudara syaitan. Syaitan pula kufur terhadap Tuhannya. " (Al-Isra': 27) Salah seorang ulama berkata: "Jika seseorang itu mengakui bahawa merokok itu ada faedah, maka ia harus diharamkan bukan kerana dari segi penggunaan, bahkan dari segi menghabiskan harta benda, di mana tiada beza menghabiskan harta dengan sebab mencampakkan harta itu ke dalam laut atau membakarnya dan pelbagai cara lain untuk memusnahkannya." Salah seorang ulama Mesir yang mengharamkan merokok pada masa lalu ialah Syeikhul Islam Ahmad al-Samhuri al-Buhuti al-Hambali dan seorang ulama bermazhab Malik, Ibrahim al Laqqani. . Ulama Maghribi pula ialah Abu al-Ghaith al-Qashas al-Maliki. Ulama Damsyik ialah Najmuddin bin Badruddin bin Mufassir alQuran, alArabi al-Ghazi al-Aamiri al-Shafie. Manakala seorang ulamak dari Yaman pula ialah Ibrahim bin Jamaan dan muridnya Abu Bakar bin al-Ahdal. Dari kalangan Ulamak al-haramain (Makkah dan Madinah) Abdul Malik al Assani dan muridnya Muhammad bin Allamah serfs Sayid Umar al-Basri. Di jajahan Rome (Turki) pula, Sheikh al-Anzam Muhammad alKhwajah, Isa al-Sahwai al-Hanafi, Makki bin Furuk al-Makki dan Sayyid Saad al-Balkhi al-Madani. Mereka semua adalah para ulamak yang mengeluarkan fatwa bahawa merokok itu haram dan ditegah dari mengamalnya. Asas atau Sandaran Golongan Yang Berpendapat Merokok itu Makruh Golongan yang berpendapat bahawa merokok itu makruh bersandarkan pendapat mereka kepada perkara-perkara berikut: 1.Ia tidak terkeluar dari jenis kemudaratan, lebih-lebih lagi jika terlalu banyak (merokok). Sedikit-sedikit pun membawa kepada banyak. 2. Mengurangkan harta. Jika ianya bukan membazir, melampau atau menghilangkan, ia tetap mengurangkan harta. Adalah lebih elok jika disedekahkan kerana itu lebih berfaedah kepada dirinya dan orang lain. 3. Bau busuk yang menganggu orang yang tidak menggemarinya dan menyakitkan hatinya. Jika begitu, maka ia menjadi makruh seperti juga makan bawang dan lain-lain lagi. 4. Mencacatkan maruah diri jika dibandingkan dengan golongan yang mempunyai kelebihan dan kesempurnaan. 5. Melalaikan dari mengerjakan ibadat dengan sempurna. 6. Orang yang biasa atau ketagih merokok, jika dia tidak memperolehinya beberapa hari, nescaya kelam-kabutlah dibuatnya. 7. Seperti itu juga, jika berada dalam satu majlis, tidak patut dia merokok atau jika tidak akan mendapat malu dari hadirin. Sheikh Muhd. Abu Sahl bin al-Waaidz al-Hanafi: "Dalil yang menunjukkan makruh jelas, yang menunjukkan haram, masih diragukan. Sesuatu yang makruh biasanya ditinggalkan, hak dikira makruh seperti bawang besar. Jadi rokok ini lebih-lebih lagilah. Menghalang perokok dari memasuki masjid dan menghadiri perhimpunan adalah tindakan yang lebih baik." Asas Kepada Yang Mengatakan Ianya Harus Golongan yang mengharuskannya pula berpegang dengan kaedah bahawa harus adalah asal kepada semua perkara. Dakwaan yang mengatakan ianya memabukkan atau mengkhayalkan adalah tidak benar. Ini kerana mabuk ialah menghilangkan akal sedangkan anggota badan lain bergerak. Manakala mengkhayalkan adalah situasi hilang akal dan kurang pergerakan badan. Kedua-duanya tidak terjadi kepada perokok. Ya, orang yang tidak biasa juga apabila merokok akan menyebabkan dia tertekan dan tersedak. Ini tidak sampai mengharamkannya. Dakwaan yang mengatakan ianya membazir pula tidak boleh dikhususkan daripada rokok sahaja.4 Ini adalah pendapat Sheikh Abdul Ghani al-Nabulsi. Sheikh Mustafa al-Sayuti al-Rahbani pula menulis dalam kitab penjelas bagi " Ghayatal-Muntaha", sebuah kitab fiqah mazhab Hanbali: Setiap orang yang berpengetahuan patut sedar tentang perkara-perkara usul dan cabang agama. Jika dia tidak berminat untuk mengetahuinya kerana menurut hawa nafsu dan dia ditanya mengenai amalan merokok sekarang selepas dia memberitahu dan orang lain pula telah tahu. Di samping pembatalannya terhadap dakwaan orang-orang yang menyokong pendapat bahawa ia memberi kesan buruk terhadap akal dan badan, nescaya dia akan menjawab ianya harus. Ini kerana asal sesuatu perkara yang tiada kemudaratan dan juga tiada nas yang mengharamkannya ialah halal dan harus, sehinggalah syarak mengharamkannya. Para hakim sependapat bahawa sebarang hukuman berdasarkan akal dan pendapat sahaja tanpa sandaran syarak adalah batal5 Ini pendapat Sheikh itu berdasarkan apa yang jelas pada beliau pada waktunya. Kalaulah dia tahu tentang kesan buruknya hari ini, nescaya dia akan menukar pendapatnya dengan penuh yakin. Orang Yang Berpendapat Perlu Kepada Penelitian Golongan ini berkata: "Tumbuhan ini (tembakau) pada zatnya adalah bersih, tidak memabukkan, tidak memudaratkan dan tidak mengotorkan. Maka pada asalnya ia harus. Kemudian datang hukum syarak mengenainya: Sesiapa yang menggunakannya tanpa sebarang kesan tidak elok pada badan dan akalnya, maka harus baginya. Siapa yang menerima kesan buruk akibat penggunaannya maka haram hukumnya, sama seperti penggunaan madu jika madu tersebut meninggalkan kesan buruk ke atasnya. Siapa yang memanfaatkannya untuk mencegah keburukan seperti penyakit, maka dia wajib menggunakannya." Hukum-hukum ini tetap atau sabit secara mendatang dan pada zatnya adalah harus. Pendapat Ulamak Kontemporari (Semasa) Bila kita mengalihkan pandangan dari golongan terdahulu, dan menghala pula kepada pendapat-pendapat ulamak kontemporari, kita mendapati mereka juga berbeza-beza dalam mengeluarkan hokum. Salah seorang daripada mereka iaitu Syeikhul Hasanain Makhluf, Mufti Mesir dahulu yang menyaksikan berleluasanya pendapat Ulamak terdahulu bahawa asal pada hukumnya ialah harus. Dia juga diajukan hukum haram atau makruh bila ia menghasilkan kesan buruk sedikit atau banyak pada jiwa atau harta atau pun kedua-duanya sekali. Juga membawa kepada kerosakan, kehilangan hak seperti pengurangan hak (nafkah) isteri dan anak-anak atau orang yang wajib diberi nafkah pada pandangan syarak apabila dia membelanjakan wang itu untuk membeli rokok. Apabila ini ternyata hukumnya adalah makruh atau pun haram menurut kekuatan dan kelemahannya. Apabila tiada kesan-kesan sebegitu, bererti ianya halal.6 Ada juga yang tegas mengatakan ianya haram dan mereka mengeluarkan risalah-risalah dan kita dapati ramai Ulamak yang mengharamkannya, lebih-lebih lagi jika yang merokok itu ialah alim-ulamak (agama). Sheikh Mohammad Ibn Manii, seorang ulamak besar Qatar dan juga Pengarah Institut Maarif al-Saudiah pada masanya pernah berkata dalam "Hasyiah" (ulasan) terhadap kitab 'Ghayat alMuntaha'' jilid 2 muka surat 332: "Pendapat yang mengatakan ianya harus adalah tidak logik sama sekali. Bilangan perokok tidak bertambah kerana bahaya dan kesannya sudah diketahui, baunya pula tidak menyenangkan. Wang dihabiskan untuk benda yang tidak berfaedah. Maka janganlah dipedulikan katakata yang mengharuskannya. Kalau diambil pun pasti akan meninggalkan juga pendapat itu kecuali (kata-kata) Rasulullah. Mudah-mudahan apa yang lebih betul dan jelas dari segi buktinya ialah yang diperkatakan oleh Sheikh Mahmood Syaltut, Syeikhul Azhar dalam fatwanya." 7 "jika tembakau (tobacco) tidak memberi kemabukan dan tidak merosakkan akal, ia tetap mempunyai kesan buruk yang dapat dirasai oleh perokok sendiri pada taraf kesihatannya dan juga bukan perokok. Para doktor telah menghalalkan segala isi kandungannya walhal mereka tahu ada unsur racun di dalamnya yang boleh memberi kesan walaupun memakan masa yang lama terhadap kebahagiaan dan ketenangan hidup manusia. Justeru itu tidak syak lagi ia mempunyai keburukan dan bahaya. Keburukan dan bahaya ini adalah sesuatu yang membahayakan pada pandangan Islam. Jika kita melihat ini melalui wang yang dibelanjakan, kita dapati ramai penghisap memerlukannya atau pun perlu membelanjakan wang kepada benda lain yang lebih berfaedah. Kalau kita melihat kepada sudut ini, kita dapat lihat aspek kewangan yang menyebabkan syarak menghukumkan merokok itu tidak harus dan membahayakan. Dari sini kita dapati dengan pengetahuan yang jelas tentang kesan tembakau terhadap kesihatan dan wang, ianya adalah di antara benda yang dibenci oleh syarak. Islam menghukum sesuatu itu haram atau pun makruh, tidak bergantung kepada ada atau tiadanya nas yang tertentu mengenainya. Nilai hukum-hukum dan kaedah-kaedah syarak umum dalam mengetahui dan mencari hukum, dengannya membuktikan bahawa Islam mempunyai kekuatan meletakkan sesuatu hukum, halal atau pun haram pada segenap perkara yang berlaku pads manusia. Caranya ialah melalui pengkhususan dan kesan-kesan yang biasa pada sesuatu. Mungkin mudaratnya membahayakan, mungkin juga faedahnya mengatasi maka jadilah ia harus. Jika manafaat dan mudaratnya sama sahaja maka mencegah adalah lebih baik daripada merawat."(8) Penyelesaiannya: Jelas bagi saya bahawa segala perselisihan yang kita bawa di sini dari Alim Ulamak mazhab, ketika munculnya tembakau dan tersebar penggunaannya dan ketika mereka berselisih pendapat dalam mengeluarkan hukum syarak mengenai penggunaannya. Puncanya bukanlah kerana perbezaan dalil tetapi kerana perbezaan tentang "tahqiq al-Manat" iaitu melihat pada adanya "illat (alasan atau sebab)'' yang sabit melalui cara mengetahui illat pada satu kejadian (occasion) yang tidak dibawa oleh nas. Maksud saya mereka semua sepakat bahawa sesuatu yang telah sabit membawa kesan buruk ke atas badan atau akal, haram digunakan. Akan tetapi mereka berbeza pendapat dalam meletakkan hukum ini ke atas tembakau. Di. kalangan mereka ada yang menetapkan beberapa faedahnya. Ada juga menetapkan keburukannya yang wujud bersama kebaikan. Ada pula yang tidak mengakui sebarang faedah pun padanya tetapi menafikan juga keburukan dan pelbagai lagi. Ini bererti jika mereka menekankan kewujudan sebarang keburukan pada benda itu nescaya mereka mengharamkannya tanpa apa-apa pertikaian. Di sini kami berpendapat bahawa mensabitkan keburukan tembakau (rokok) mempunyai kesan negatif pada badan atau menafikannya bukanlah urusan ulamak-ulamak feqah bahkan itu semua adalah urusan doktor dan pakar perubatan. Merekalah yang sepatutnya ditanya kerana mereka adalah cendekiawan dan banyak pengalaman. Allah SWT berfirman: "Maka tanyakanlah tentang itu kepada Yang Maha Mengetahui" (Al-Furqan: 59) Firman Nya lagi: "Tidak ada yang dapat memberitahu engkau (akan sesuatu) sebagaimana yang diberitahu oleh Yang Mafia Mengetahui" Al-Fathir: 14 Pakar-pakar perubatan dan doktor telah pun menjelaskan mengenai akibat buruk merokok terhadap badan manusia secara umum dan kesannya ke atas paru-paru dan saluran penlafasan secara khusus. Disamping kesan buruk ke atas kesesakan nafas yang menyebabkan semua cerdik pandai pada tahun-tahun terakhir ini melaungkan agar merokok itu diharamkan. Sebahagian dari kesan buruk tidak lagi memerlukan perakuan dari doktor pakar atau pun ahli kimia. Ini kerana ia telah sedia dimaklumi oleh masyarakat dari kalangan celik huruf dan juga golongan yang tidak berpelajaran. Perlu disebutkan di sini apa yang dipetik dari sesetengah ulamak bahawa risiko yang beransur-ansur ataupun risiko mengejut adalah haram. Oleh itu mengambil "racun" yang cepat bertindak balas pada badan dan racun yang lambat tetap haram tanpa syak lagi. Berdasarkan pendapat ini, perselisihan fatwa ulamak mengenai haram dan harus tembakau adalah berdasarkan kepada kesan-kesan buruk yang dikenal pasti oleh mereka. Mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak: "Bagaimana kamu boleh mengharamkan tanaman seperti ini tanpa ada nas?" Jawabnya: Tidak penting bagi syarak untuk menaskan setiap benda haram. Ia meletakkan peraturan atau kaedah-kaedah yang diikuti oleh pelbagai benda dan objek. Kaedah-kaedah ini boleh dibilang manakala benda-benda itu tidak mungkin dapat dibilang (kerana banyak). Cukup bagi syarak untuk mengharamkan sesuatu yang tidak baik atau memudaratkan, termasuk di bawahnya makanan atau pun minuman yang merosakkan. Oleh itu, ulamak telah bersepakat mengatakan ganja dan dadah-dadah lain juga adalah haram, sekali pun tiada nas tertentu yang menjelaskan pengharamannya secara khusus. Kami berpendapat bahawa Imam Abu Muhd Ibn Hazm alZahiri ini berpegang pada nas secara perkataannya dan zahir nas itu, sedangkan sesuatu yang memudaratkan apabila dimakan dihukumkan haram berdasarkan keumuman nas-nas. Beliau berkata: "Setiap apa yang memudaratkan, maka ia haram, berdasarkan sabda Nabi saw: "Sesungguhnya Allah telah menulis ihsan (kasihan) ke atas segala-gala, maka sesiapa yang memudaratkan dirinya atau orang lain, maka dia tidak bersikap kasihan. Sesiapa yang tidak berkasihan, bererti dia telah menyalahi ketetapan ihsan Allah ke atas tiap sesuatu." (9) Hukum ini boleh juga bersandar kepada dalil hadis ini: "Tiada mudarat dan tiada memudaratkan." Begitu juga dengan berdalilkan firman Allah: "Janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah berbelas kasihan terhadap kamu." (An-Nisa': 29) Salah satu ibarat (nukilan) fikah dalam mengharamkan pengambilan benda-benda yang memudaratkan ialah ibarat dari Imam alNawawi di dalam kitab 'Raudah'nya. Beliau menyebut: "Sesuatu yang memudaratkan apabila dimakan seperti kaca, batu dan racun, maka haram dimakan. Setiap benda bersih yang tidak memudaratkan bila dimakan, maka ianya halal, kecuali benda yang dianggap kotor tapi "bersih" seperti mani dan hingus. Ianya haram hingga katanya; ubat yang mengandungi racun dalam kuantiti sedikit harus diminum jika ia selamat pada kebiasaannya dan diperlukan." Ada orang berpegang dengan kaedah: Asal pada sesuatu perkara itu adalah harus kecuali apa yang dinaskan haram oleh syarak. Untuk menjawab sebagai balasan kepada golongan di atas, ulamak usul membelakanginya dan berkata: "Asal sesuatu perkara ialah haram kecuali apa yang diharuskan oleh syarak." Apa yang benar dari pendapat tersebut ialah asal pada perkara-perkara yang berfaedah ialah harus berdasarkan firman Allah SWT mengenai segala pemberian nikmat kepada hamba Nya. "Dialah yang mencipta bagimu seluruh yang ada dibumi. (Al-Baqarah: 29) Dan Allah SWT tidak memberi sesuatu nikmat itu jika ianya diharamkan ke atas mereka dari menggunakannya. Mengenai kemudaratan pula; ia adalah apa sahaja yang merosakkan badan atau jiwa atau kedua-duanya. Maka asalnya ia adalah haram. Mengenai merokok terdapat sejenis keburukan yang tidak boleh dilupakan, satu keburukan yang tidak boleh dinafikan lagi iaitulah dari segi kewangan. Maksud saya menghabiskan wang pada sesuatu yang tidak berfaedah sama ada untuk dunia atau pun agama, lebih-lebih lagi apabila harganya meningkat dan terlalu mengikut nafsu untuk mendapatkannya hinggakan ada di antara mereka yang telah membelanjakan daripada peruntukan untuk menyara kehidupan keluarga mereka. Mengenai ketenangan jiwa yang diperolehi oleh sesetengah orang dengan merokok, ianya bukanlah faedah atau kebaikan zat merokok tetapi kerana kebiasaan dan ketagihannya. Kerana itulah ia merasa tenang untuk menggunakannya. Inilah keadaan setiap orang yang merokok walau pun ia membawa keburukan dan kesan negatif. Imam Ibnu Hazm dalam kitab '('Muhalla'10 berkata: "Melampau (membazir) adalah haram, iaitu: 1. Menafkahkan pada perkara yang diharamkan oleh Allah SWT sedikit mahupun banyak, walaupun ianya sebahagian daripada perkara yang perlu diganti. 2. Atau membazir pada perkara yang tidak perlu, yang tidak mengekalkan kekayaan orang yang berbelanja itu. 3. Atau menghilangkan harta sekali pun sedikit dengan mencampakkannya dengan sia-sia. Firman Allah SWT yang bermaksud: "janganlah kamu membazir, sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang membazir." Membelanjakan wang untuk merokok di sini adalah menghilangkannya. Says juga merasa hairan dengan pendapat salah seorang ulamak yang telah saya petik sebagai berkata sebelum ini. Jika seseorang itu mengaku tiada sebarang faedah dengan merokok, maka haruslah ia diharamkan, itu dari segi ia menghabiskan wang. Ia juga tiada beza di antara mengharamkan dan menghilangkan harta serta mencampakkannya ke laut, melontar ke dalam api ataupun sebagainya. Bagaimana jika ada kemudaratan yang pasti atau pun ragu-ragu bersama-sama dengan menghabiskan wang itu iaitu merosakkan harta (wang) dan badan sekali? Alangkah peliknya bagi orang yang sanggup membeli kemudaratan badannya dengan mengeluarkan hartanya dengan sukarela. Terdapat kemudaratan lain yang dilupakan oleh kebanyakan penulis topik ini, iaitulah kesan buruk kepada jiwa. Maksud saya ialah dengan membiasakan diri merokok dan seumpamanya, bererti memperhambakan kehendak manusia dan menjadikannya tawanan bagi kebiasaan yang tidak baik ini. Dia juga tidak berdaya untuk membebaskan dirinya dengan mudah apatah lagi jika dia sendiri suka berbuat demikian tanpa mengira apa sebabnya. Contohnya timbul kesan buruk terhadap dirinya atau terhadap pendidikan anaknya ataupun pada hajatnya untuk menafkahkan wangnya kepada sesuatu untuk yang lebih bermenfaat dan lebih wajib dan sebagainya. Melihat kepada perhambaan jiwa, kita mendapati sesetengah perokok melupakan nafkah anak-anaknya dan keperluan dari nafkah keluarganya hanya kerana tabiatnya ini yang dia juga tidak berupaya untuk membebaskan diri daripadanya. Bila dia tidak berdaya menahan diri daripada merokok walaupun sehari sama ada kerana halangan dalaman atau pun luaran, maka hidupnya tertekan, pertimbangannya sudah tidak sempurna, keadaannya pula teruk, fikirannya bercampur baur dan sendi-sendinya pula menjadi lemah tanpa sebab. Tidak syak lagi bahawa "penyakit-penyakit" ini perlu diambil kira dalam menghukum perbuatan merokok. Apa yang nyata dari kepincangan yang kita sebutkan tadi ialah menggunakan pendapat harus bagi merokok adalah tidak berasaskan bahkan ia adalah satu kesalahan yang nyata dan terpesong dari tajuk secara keseluruhannya. Cukup dengan melihat kepada aspek bahawa ia hanya menghabiskan wang untuk sesuatu yang tidak berfaedah serta akibat sampingan seperti menghasilkan bau yang kurang enak dan banyak lagi penyakit dan kemudaratan yang sudah pasti dan kemungkinan akan meriimpa diri perokok itu. Sekalipun untuk pendapat ini (harus) ada ruang asasnya, iaitu ketika permulaan penggunaan tumbuhan ini (tembakau) pads tahun 1000 Hijrah, di mana para cerdik pandai ketika itu tidak menekankan sangat kemudaratannya. Kita dapati pada zaman kita ini tiada ruang logik untuk mengharuskannya apatah lagi setelah pelbagai pertubuhan kedoktoran dan akademik menjelaskan tentang bahaya serta kesan buruknya secara umum dan khas berserta dengan bukti-bukti statistik. Cukuplah rasanya bukti-bukti bancian yang mengandungi perakuan kebanyakan pertubuhan kedoktoran yang disegani di dunia. Bila gugur pendapat yang mengharuskan merokok, apa yang kekal ialah sama ada ianya makruh atau pun haram. Sesungguhnya sudah jelas tentang sudut-sudut pengharamannya berserta dengan hujjah-hujjah yang kuat. Inilah pendapat kita. Ini kerana sudah nyata kesan buruknya terhadap badan, harta dan jiwa akibat terlalu kerap merokok. Jika dikatakan is hanya makruh, maka adakah ianya makruh "tanzih" atau pun "makruh tahrim"? Jelasnya, yang kedua, dengan melihat kepada kekuatan pengambilkiraan dan dalil-dalil yang mendorong kepada hukum haram. Sesiapa yang menurunkan tingkat hukumnya dari haram, ia tidak akan menjadi lebih rendah daripada makruh tahrim. Walaupun begitu, apa yang pasti ialah berterusan melakukan dosa-dosa kecil akan mendekatkannya kepada dosa besar. Kerana itulah saya khuatir, berterus-terusan melakukan yang makruh akan mendekatkannya dengan haram. Terdapat juga pelbagai anggapan dan rujukan yang khusus untuk sesuatu pihak yang menyokong pengharamannya serta memandangnya sirius sama juga dengan pihak lain yang berpendapat ianya makruh, bahkan sehingga mencapai ke peringkat hukum haram. Yang demikian, seperti rokok itu memudaratkan diri seseorang berdasarkan kepada sifat-sifat yang digambarkan oleh doktor yang dipercayai ataupun menurut pengalaman orang itu sendiri atau pengalaman orang lain yang berada dalam keadaan sepertinya. Sama juga seperti dia memerlukan peruntukan wang untuk nafkah diri dan keluarganya dan orang-orang yang wajib ditanggungnya di sisi syarak. Contohnya juga seperti rokok itu diimport dan sebuah negeri yang memusuhi Islam. Sudah tentu harga rokok itu kembali untuk menguatkan rakyat negeri tersebut dalam menentang orang Islam. Pemerintah Islam juga boleh mengeluarkan perintah agar ditegah amalan merokok dan mematuhi arahan itu adalah satu kewajipan selagi tiada unsur maksiat padanya. Perlu juga ada satu golongan yang diikuti kerana ilmu dan agamanya, seperti alim ulamak agama dan mereka ini dibantu oleh para doktor. Kita harus mengambil kira tentang hal-hal ini dan mengeluarkan hukum mengenai merokok bersama beberapa perkara yang amat perlu dijaga supaya teori kita itu merangkumi keseluruhan dan bersifat adil. Pertama: Para perokok yang berazam untuk berhenti merokok akan tetapi tidak berdaya untuk meninggalkan kebiasaan yang sudah sebati dengan badannya, dan dia akan ditimpa bencana yang lebih banyak jika dia meninggalkannya. Dalam hal yang demikian, maka dia dikecualikan menurut sekadarnya dan kelemahannya, dan bagi tiap-tiap individu itu apa yang diniatkannya. Kedua: Kecenderungan kita ke arah pengharaman merokok kerana beberapa sudut pandangan dan mengambil kira pelbagai aspek syarak, tidak bererti ianya sama seperti meminum arak, berzina atau mencuri. Haram dalam Islam ada beberapa peringkat. Ada yang berdosa kecil dan berdosa besar. Jadi tiap-tiap satu perbuatan ada hukum dan peringkatnya sendiri. Dosa besar dapat dihapuskan dengan taubat nasuha, manakala dosa-dosa kecil pula dihapuskan oleh sembahyang lima waktu dan solat berjemaah, menunaikan puasa Ramadan dan sebagainya, malah ia dihapuskan dengan hanya menjauhi dosa-dosa besar. Dipetik daripada Ibnu Abbas dan beberapa ulamak salaf yang lain bahawa jika kita berterusan melakukan dosa kecil akan menyebabkan is menjadi besar (dosa). Tetapi pendapat ini tidak disepakati. Ketiga: Sesuatu yang tidak disepakati pengharamannya, tidak juga menjadi haram pada satu tahap tertentu. Oleh itu, adalah susah untuk menuduh pelakunya sebagai fasik, menggugurkan kesaksiannya dan sebagainya lebih-lebih lagi merokok adalah sesuatu yang secara umumnya dianggap sebagai kerosakan (umum al-balwa). Jadi, jelaslah daripada kajian ini bahawa apa yang disebut oleh penyoal dan dipetiknya dari beberapa orang ulamak di mana terdapatnya kebanyakan hukum mengenai merokok menurut nilai kewangan sahaja atau tidak, maka ia tetap haram dalam keadaan perokok itu tiada upaya untuk membebaskan diri dari amalan merokok dan makruh bagi orang yang mampu melakukannya. Di samping kesan ke atas harta, kesan buruk ke atas badan dan jiwa juga perlu diambil kira. Orang kaya tidak berhak menghabiskan hartanya dan menghamburkan ke mana sahaja disukainya kerana harta itu sebenarnya adalah milik Allah yang pertamanya dan kedua ianya adalah milik masyarakat. Dalam soalan ini ada menyebut bahawa ramai di kalangan ulama yang merokok. Ulama ini tidak mendakwa diri mereka maksum dan kebanyakan mereka "tergoda" dengan rokok ketika masih muda, kemudian mereka sukar mengelakkannya lagi. Ada di antara mereka yang memfatwa ianya haram walaupun mereka sendiri "tergoda" dengannya. Kita sendiri pun ada melihat ramai dari kalangan para doktor yang mengetahui bahaya merokok dan mereka bercakap mengenainya, sedangkan mereka sendiri tidak dapat melepaskan diri dari belenggu rokok. Bila merokok dikeji dalam konteks kaum lelaki, maka ia menjadi bertambah keji dan tidak elok dalam kontek wanita kerana ia memudaratkan kecantikan wanita, mengubah warna giginya serta menyebabkan mulutnya berbau, sedangkan wanita mahu sentiasa cantik dan terurus. Nasihat saya untuk setiap perokok, hendaklah cuba menghapuskan tabiat ini dengan azam yang kuat dan keinginan yang padu. Berdikit-dikit dahulu menghilangkan ketagihan rokok. Orang yang lemah kemahuan, hendaklah cuba menjauhi bahaya merokok setakat terdaya, tidak mengatakan yang ianya baik kepada orang lain serta tidak mempengaruhi orang lain seperti mempelawa rokok atau menghulurkannya kepada tetamu. Bahkan sepatutnya dia cuba menerangkan kepada orang lain mengenai bahaya atau kesan buruk merokok terhadap harta, badan dan jiwa. Apa yang paling bahaya ialah ia menjadikan seseorang itu hamba kepadanya dan tidak berdaya lagi untuk melepaskan diri daripaclanya. Dia wajar berdoa kepada Allah agar menyelamatkannya dari terpengaruh olehnya. Nasihat saya kepada para pemuda khasnya, hendaklah menjauhi diri mereka dari tabiat ini yang boleh merosakkan kesihatan mereka serta melemahkan kekuatan dan rupa mereka. Janganlah mereka gugurkan pertahanan diri mereka semata-mata kerana dipengaruhi bahawasanya merokok adalah tanda kelelakian atau kebebasan individu. Sesiapa yang terjerumus ke dalamnya, dia boleh membebaskan diri daripadanya dengan mudah dan mengatasinya jika dia masih di awal awal jalan sebelum rokok itu dapat menguasainya. Bila sudah demikian halnya akan merumitkan keadaan kecuali dengan belas kasihan Allah SWT Media massa pula mestilah menyiarkan rancangan-rancangan yang menerangkan keburukan dan bahaya mengenai merokok. Kepada semua pengarah, pengeluar dan producer filem, drama dan pementasan mestilah menghadkan dakyah merokok ini di segenap tempat tanpa mengira masa. Kerajaan pula mestilah berusaha mengatasi dan menghadapi tabiat ini dan membebaskan masyarakat dari bahayanya. Jika khazanah negara rugi berjuta juta mata wang, maka kesihatan rakyat dari segi jasmani dan jiwa adalah lebih penting dan lebih berharga dari wang berjuta dan berbilion itu.

Tambahan RM100j untuk projek tebatan banjir ???

Oleh Amin Ridzuan Ishak
PUTRAJAYA: Kabinet meluluskan peruntukan segera RM100 juta untuk melaksanakan pelbagai projek tebatan banjir tambahan di ibu negara bagi mengelak banjir teruk pada Ahad lalu berulang.Pada mesyuarat semalam, jemaah menteri juga mengarahkan Kementerian Wilayah Persekutuan berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung penyediaan skim pinjaman untuk membantu peniaga yang terjejas akibat banjir.Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique (gambar), berkata melalui skim itu peniaga boleh mendapatkan pinjaman mudah pada kadar faedah rendah bagi memulihkan perniagaan.“Butiran skim pinjaman ini akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini. Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Abu Seman Yusup; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab Hakim Borhan serta Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan, Ahmad Fuad Embi.Zulhasnan menjelaskan, separuh daripada peruntukan RM100 juta akan digunakan bagi membina 10 lagi kolam takungan banjir, manakala selebihnya untuk menambah dua rumah pam dan pemasangan beberapa lagi sistem amaran banjir serta menaik taraf sistem saliran di sekitar ibu negara. Pembinaan 10 kolam tadahan itu, yang dijangka siap dalam tempoh 18 hingga 24 bulan termasuk dalam senarai 28 projek tebatan banjir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan JPS sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan."Dengan peruntukan ini, projek akan dilaksanakan secepat mungkin selepas kawasan terbabit diwartakan," katanya.Kolam takungan banjir itu akan dibina di Pasar Borong; Nurseri Pusat JSTR DBKL, Kepong; Taman Koperasi Polis; Taman Bullion; Taman Seri Batu; Kampung Batu Muda; Taman Pelangi, Gombak; Ampang Hilir, Ampang; Batu 4 1/2, Jalan Klang Lama dan Kampung Bohol, Jalan Klang Lama.

sumber : berita harian 14 jun 2007

Bagaimanakah Melaka Watercity Resort boleh beroperasi tanpa CF?

MELAKA, 14 Jun (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Melaka mempertikaikan bagaimana Kerajaan Negeri Melaka membiarkan pihak pengurusan Hotel Melaka Watercity Resort menjalankan operasinya walaupun belum memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF).
[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]-->
Sedangkan, Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka cuma terletak bersebelahan dengan hotel tersebut dan menimbulkan kesangsian terhadap tahap pemantauannya atau apakah Jabatan Bomba tidak menyedari akan kewujudannya?
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek, antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada CF bagi bangunan hotel, kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta lesen daripada Kementerian Pelancongan dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
"Ini merupakan satu perkara yang serius, bagaimana kerajaan negeri tidak mengetahuinya sebelum ini sedangkan banyak program dan aktiviti berbentuk seminar atau sebagainya oleh peringkat negeri serta pusat diadakan di hotel tersebut.
"Sekiranya bangunan atau premis yang dimiliki oleh rakyat biasa tiada mempunyai CF dengan cepat mereka bertindak contohnya bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kita, di sini kita lihat seolah ada sikap 'double standard' dalam menguatkuasakan undang- undang," kata beliau.
Ustaz Kamaruddin turut mempersoalkan, bagaimana hotel tersebut boleh menjalankan operasinya sedangkan menanggung tunggakan bil elektrik berjumlah RM441,204 dan bil air sebanyak RM25,000.
"Kalau orang kampung terlewat bayar satu atau dua bulan dengan cepat mereka menggugut untuk memotong bekalan kita, tapi bila syarikat besar tertunggak mereka boleh biarakanb sahaja," rungut Aziz Derahman, seorang pesara.
Pihak resort banyak melakukan kesalahan
Mereka juga didakwa tidak membayar gaji, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Socso beberapa pekerja, selain menjejaskan imej pelancongan di Melaka apabila tidak memberikan bilik kepada lebih 300 pelancong yang sudah membuat bayaran dan tempahan tiga bulan sebelum itu, dalam kes yang berlaku baru-baru ini.
Difahamkan juga, pihak hotel kini menggunakan perkhidmatan air tangki daripada Pam Maintenance & Services Sdn Bhd, namun sehingga kini hotel itu masih berhutang sebanyak RM1,460 bagi bekalan air tangki yang disediakan.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Buruh Negeri Melaka, Zainal Abidin, berkata pihaknya menerima enam aduan daripada pekerja hotel itu, lima kes gaji lewat dan satu kes potongan gaji tidak sah.
Berdasarkan aduan, hotel berkenaan tidak membayar gaji berjumlah RM21,783.15 untuk tahun ini, selain gaji ganti notis RM12,472.58 dan faedah tamat kerja RM433.97.
Mesyuarat Exco di Seri Negeri memutuskan menggantung operasi Melaka Watercity Resort di Ayer Keroh dekat sini, berkuatkuasa serta- merta.
Penggantungan operasi itu bagaimanapun hanya membabitkan semua bilik penginapan yang belum mendapat sijil layak menduduki (CF), manakala operasi bilik persidangan, restoran dan kelab di bangunan berasingan yang mempunyai CF dibenarkan seperti biasa. - mks.

Cakno Anak Muda dekatkan remaja dengan agama

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun (Hrkh) – Kemerosotan undi PAS pada pilihan raya umum lalu tidak bermakna pengaruh kerajaan negeri juga merudum, sebaliknya ia menjadi titik tolak bagi merangka pelbagai program mendekatkan lagi hubungan dengan rakyat.
[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]-->
Malah, program yang dijalankan di sini tidak kedengaran diadakan di negeri-negeri lain. Antaranya Cakno Keluarga, Kem Bulan Madu untuk pasangan baru kahwin, dan terbaru Cakno Anak Muda.
Cakno keluarga yang diadakan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) seluruh Kelantan sejak tiga tahun lalu mendapat sambutan menggalakkan. Pelbagai program diadakan termasuk sukaneka, gotong royong dan pemeriksaan kesihatan percuma.
Cakno Anak Muda pula mulai diadakan tahun ini bertujuan membentuk keperibadian golongan muda dengan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan harian.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, kejayaan menganjurkan program Cakno Keluarga tiga tahun lalu mendorong kerajaan melaksanakan program Cakno Anak Muda khusus bagi remaja.
“Melalui program ini kita berharap akan menjadi satu medan latihan kepada remaja untuk mendekatkan diri dengan kerja-kerja amal serta memupuk semangat bergotong royong,” katanya ketika merasmikan program Cakno Anak Muda Dun Panchor di Kampung Gelong Machang dekat sini, baru-baru ini.
Program Cakno Anak Muda berkonsepkan remaja dari sesebuah Dun menjadi anak angkat kepada keluarga di Dun lain. Bagi program tersebut anak angkat dari Dun Pengkalan Kubur tinggal bersama anak angkat di Dun Panchor.
Program itu bertujuan merapatkan hubungan silatulrahim di kalangan masyarakat dan membolehkan anak muda dari Dun lain mengenali masyarakat kampung keluarga angkatnya.
Pengarah program berkenaan, Ustaz Roslan Mohd Noor berkata, program itu juga bertujuan memberi kesedaran kepada remaja menngenai agama ketika tinggal bersama keluarga angkat.
“Selain itu bagi menyemai dan memupuk rasa cinta kepada Islam dan cara hidup Islam, menggerakkan kesedaran kepada masyarakat setempat akan kepentingan beribadat secara berjemaah di masjid dan surau-surau,” ujarnya.
Pada majlis itu seramai 41 remaja diserah kepada 20 keluarga angkat yang terpilih di tiga kampung iaitu Kampung Gelong Machang, Telaga Bata dan Chicha Menyambong.
Mereka tinggal selama tiga hari dua malam bersama keluarga angkat. Pelbagai program diadakan antaranya gotong royong membersih madrasah dan tanah perkuburan, menghidupkan surau-surau dan madrasah, sukaneka dan khidmat kesihatan percuma.
Program kemasyarakatan turut digerakkan melalui aktiviti ziarah secara berkumpulan ke atas warga emas, orang sakit dan penduduk miskin.
Program motivasi armalah, penerangan mengenai peluang belajar di institusi pengajian tinggi, motivasi remaja dan penerangan skim Takaful Kifaalah turut diadakan.
Program Cakno Anak Muda dianjur Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan. - mj

Awasi unsur syirik jika guna kayu koka

Dato' Dr Haron Din Thu Jun 14, 07 01:09:13 PM
Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka.
[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]-->
Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin. Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?
Abu Bakar Zakaria,Damansara, Selangor
Saya pernah melihat kayu koka dalam semua bentuk. Pernah dihadiahkan kayu tersebut oleh beberapa orang kepada saya. Malah saya pernah membaca ada sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia, disebutkan tentang penggunaan dan kebaikan kayu koka seperti yang saudara sebutkan.
Sepanjang hidup saya, tidak pernah mendengar tentang kayu koka ini, melainkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.
Ada pelajar yang pulang dari Jordan, bertemu saya dan memperkenalkan kayu koka. Beliau berhasrat menjualnya kepada saya kerana dia mengatakan sayalah orang yang paling layak memakai atau menggunakan kayu koka.
Saya berbincang panjang dengan beliau, malah saya menasihatkan beliau mencari profesyen lain daripada menjual kayu koka.
Persoalan ini lama kelamaan semakin timbul. Saya melihat orang memakai cincin yang batunya diperbuat daripada kayu koka. Kebetulan saya dapati bukan kayu sebenarnya, tetapi ia buah yang terlalu keras.
Oleh kerana tampung buah itu terlalu keras, maka daripadanya diperbuat pelbagai bentuk atas nama kayu koka. Ada juga yang saya jumpa ia diperbuat daripada kayu betul.
Pada saya, semua yang dikaitkan dengan kuasa makhluk-makhluk 'madi' seperti kayu, batu dan sebagainya yang dikaitkan dengan memberi bekas, kecelakaan atau kemanfaatan, inilah yang dilarang oleh Islam.
Ini termasuk dalam larangan Rasulullah s.a.w. dalam bersabdanya (mafhumnya); "Sesungguhnya jampi mentara yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan semua jenis tangkal, ilmu pengasih yang menggunakan sihir, semuanya adalah syirik terhadap Allah SWT." (Hadis sahih)
Kalau sekadar perhiasan, yang semata-mata perhiasan, seperti membuat batu cincin atau gelang, yang tidak dikaitkan dengan sebarang kemudaratan atau kebaikan daripadanya, boleh digunakan.
Seperti kita menggunakan batu permata, emas dan perak, semata-mata untuk perhiasan, adalah diharuskan.
Oleh kerana penggunaan kayu koka ini sudah menjadi suatu profesyen yang pembeli atau penggunanya terpukau dengan penjelasan yang menarik, maka banyak orang yang tertipu dengan penerangan, lalu membelinya.
Jika berlaku kebetulan, seorang yang sempit rezekinya, memakai kayu ini, murah rezekinya. Jika dikaitkan rezeki yang murah berpunca dari kayu tersebut, jelas berlaku syirik terhadap Allah.
Tidak boleh ada kuasa lain yang memberi rezeki kepada makhluk melainkan Allah sahaja.
Banyak ayat al-Quran yang menyebut bahawa Allahlah pemberi rezeki yang sebenarnya.
Kayu koka mungkin ada khasiat khusus dalam perubatan yang termasuk dalam jenis herba. Jika ia merupakan herba, dilarutkan atau dimasukkan dalam apa-apa adunan, yang mungkin sesuai mengubati penyakit tertentu, itu termasuk dalam salah satu bentuk rawatan penyakit.
Itu pun salah satu yang diharuskan kerana ada dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. yang merujuk rawatan penyakit secara memakan ubat.
Nabi s.a.w. pernah menyebut tentang madu lebah, bijirin hitam (Habbatus Saudak), jintan hitam, jenis tanaman seperti 'assina' dan 'assinut'. Dalam al-Quran disebut 'at-tiin', 'az-zaytun', 'ar-rummaan', 'an-nahiil' dan sebagainya yang merujuk kepada buah-buahan.
Ini termasuk dalam kajian-kajian untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit tertentu.
Persoalan saya tentang pengguna kayu kota atau apa sahaja kayu, mengapa orang yang memiliki kayu itu tidak menggunakan untuk faedah dirinya dan menjualkannya kepada orang lain.
Barangkali orang tersebut tidak begitu yakin dengan apa yang didakwanya manfaat kepada pengguna kayu koka, sehingga menjualnya dengan harga yang tinggi untuk mendapat faedah kewangan.
Saya amat meragui perkara menggunakan kayu ini, terutama untuk menjadi penghadang kepada jin, syaitan dan sebagainya.
Apa yang saya tahu, jin dan syaitan akan takut dan lari lintang pukang jika dibacakan ayat-ayat al-Quran ataupun zikir kepada Allah SWT.
Dalam suatu hadis disebut, Rasulullah s.a.w. pernah melintasi rumah-rumah sahabat di waktu dinihari. Baginda mendapati Umar al-Khattab r.a. membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah dengan suara yang amat lantang.
Keesokan harinya Nabi s.a.w. bertemu Umar dan berkata kepadanya, "Aku melintasi rumahmu dan aku mendengar kamu membaca al-Quran dan berzikir dengan suara yang amat nyaring, mengapa kamu buat demikian."
Umar menjawab; "Saya berbuat demikian untuk menghalau segala syaitan yang menganggu saya." Lalu Nabi berkata kepadanya, "Perlahankan sedikit."
Wallahua'lam. - lanh

Rabu, 13 Jun 2007

Siaran secara langsung muktamar PAS di webtv cecah 360 ribu hits

Intan Abdullah Wed Jun 13, 07 04:13:54 PM
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Hrkh) - Muktamar Tahunan PAS ke-53 berlangsung dari 1 hingga 3 Jun yang lalu mendapat liputan yang meluas daripada pelbagai pihak termasuk media arus perdana serta daripada dalam dan luar negara.
[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]-->
Tidak ketinggalan beberapa saluran webtv PAS disiarkan secara langsung di tiga laman web utama, iaitu webtv.pas.org.my, www.harakahdaily.net/muktamar, www.kelantan.tv.
Laman-laman ini mendapat sambutan yang begitu hangat sehingga jumlah hits mencecah ke angka 363,068 dan dalam satu-satu masa sejumlah 2026 orang pengunjung serentak yang menyaksikan web tv dalam satu jangka masa sepanjang muktamar berlangsung.
Dengan liputan yang dibuat oleh sekumpulan petugas IT PAS tersebut, memberi peluang kepada pelayar internet dalam dan luar negara dapat mengikutinya secara 'live' atau secara langsung.
Pada masa 'peak hours' atau masa kemuncak kesesakan berlaku pada server atau pelayan yang menyebabkan laman tersebut lambat di'akses' atau dibuka oleh pengunjung
Menurut Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, pengunjung dari luar negara juga dapat menyaksikan siaran muktamar tahunan PAS ini, terutamanya bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang tidak dapat bersama-sama di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).
Manakala bagi Pegawai IT PAS, Abdullah Atan pula, laman web tv PAS yang mempunyai 4 saluran tersebut mendapat pujian serta komen yang memberangsangkan daripada dalam dan luar negara atas liputan yang memudahkan mereka dapat mengikuti siaran muktamar secara jelas.
"Antara pilihan video yang disediakan di dalam webtv PAS, kelantan tv mengandungi sidang media hari terakhir muktamar, sesi dialog Menteri Besar Kelantan bersama media ketika Majlis Makan Malam bersama petugas media sempena muktamar, wawancara bersama pimpinan PAS serta ceramah khas muktamar di stadium Sultan Muhammad ke-IV," kata penyelaras webtv Kelantan tv (KTV), Mohd Redwan Ilias.
Tambahnya, KTV merupakan penyiar utama bagi muktamar pemuda, muslimat serta muktamar penuh dan liputan tersebut bermula dengan perasmian muktamar pemuda pada 30 Mei.
Bahkan, ujarnya bagi yang terlepas daripada mengikuti sidang muktamar tersebut boleh mengikutinya sehingga kini dengan melayari di laman webtv Pas. - mr

Celup jari, Pengerusi SPR sebenarnya tidak berminat lakukan perubahan - Badrul Hisham

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Tanggal 1 Jun 2007, hampir semua media utama menyiarkan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahmad yang mengumumkan mengenai SPR secara prinsipnya telah bersetuju untuk memperkenalkan dakwat penanda jari bagi pengundi menjelang pilihanraya umum akan datang.[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]-->Pengumuman SPR ini disambut baik oleh banyak pertubuhan politik, pertubuhan bukan kerajaan dan tokoh tokoh tertentu, kecuali Timbalan Menteri Penerangan, Dato' Chia Kwang Chye yang berulangkali membantah pengumuman SPR itu .Sememangnya ada tanda positif sedikit apabila secara prissipnya bersetuju menggunakan dakwat penanda jari tersebut, namun jika diteliti kenyataan penuh Rashid ketika mengumumkan kesediaan SPR memperkenalkan dakwat penanda ini amat mengecewakan, kata Koordinator Gerakan Demokrasi dan Anti Koruspi (Gerak), Badrul Hisham Shaharin.Abdul Rashid dalam kenyataanya menyatakan bawah kesediaan memperkenalkan dakwat penanda ini hanya kerana ingin menghentikan polimik dan tidak mahu ia terus menjadi modal politik parti pembangkang, katanya kepada Harakahdaily dalam satu ulasannya mengenai kenyataan SPR baru-baru ini.Rashid tidak tunjuk minatTernyata kenyataan Rashid itu menggambarkan betapa beliau secara peribadi dan SPR itu sebenarnya tidak berminat untuk mengadakan pilihan raya yang benar-benar adil dan bersih, katanya.Setiap tindakan SPR seharusnya bukan kerana tekanan atau hanya untuk memuaskan hati mana-mana pihak tetapi ia perlu hadir atas kesedaran tanggungjawab untuk memastikan sistem pilihan raya yang menjadi salah satu tunjang utama sistem demokrasi negara benar bersih dan adil, tegasnya.Perkara kedua ialah cara SPR menyebut ' isu dakwat penanda jari ini hanya modal parti parti pembangkang yang selama ini menjadikan alasan tidak menang kerana tidak ada dakwat penanda', ini jelas menunjukkan sikap peribadi beliau yang berat sebelah, katanya.Pegawai Tinggi SPR tidak boleh beza politik dan kerajaan"Dalam negara demokrasi parti politik dan kerajaan ialah dua entiti yang jelas berbeza, sebagai pihak yang seharusnya menguruskan pertandingan dalam pilihan raya, SPR gagal selama ini untuk mengadakan pilihan raya yang bersih.Ini kerana masalah ketidak fahaman yang wujud dalam diri pegawai tinggo SPR itu sendiri untuk membezakan parti politik dengan kerajaan. Malah dalam banyak keadaan SPR seolah bertindak bagi pihak parti politik yang menguasai majoriti parlimen," tegasnya kepada Harakahdaily hari ini.Kembali kepada hal dakwat penanda jari, ternyata ia masih belum lagi terpakai secara rasmi kerana ia hanya diterima secara prinsip oleh mesyuarat SPR tetapi ia perlu dibentangkan di kabinet dan pindaan rang Undang Undang Pilihan Raya (perjalanan Pilihan Raya 1981) diperlukan, ujarnya.Pertama sekali harus di renungkan, sejauh mana persediaan SPR untuk untuk dibentang kepada kabinet mengenai perkara ini.SPR perlu bersedia dan membentangkannya dengan teliti untuk mengelakkan kabinet menolak mentah-mentah cadangan dakwat penanda jari yang akan dibentangkan,katanya.Jika dirujuk kepada tentangan oleh Timbalan Menteri Penerangan maka sudah pasti akan ramai Menteri Kabinet akan turut sama bersungguh untuk memastikan saranan ini gagal, ujarnya.Bila dan sempatkah pindaan dibuat?Kedua ialah berapa lama masa diperlukan sehingga dapat dipinda Akta Pilihan Raya yang membolehkan dakwat penanda ini digunakan dalam pilihan raya.Jika pilihan raya umum awal berlaku pasti SPR akan menggunakan alasan 'kami sudah bersedia tetapi proses masih belum selesai', katanya.Sebenarnya dakwat penanda itu bukan satu satunya masalah dalam pilihan raya di Malaysia, di Kelantan baru-baru ini ketika mennyampaikan ucapan sempena Muktamar Pas 2007, Dato' Seri Anwar Ibrahim mendedahkan mengenai kewujudan 40, 000 pengundi luar yang akan dibawa masuk untuk mengundi bagi memastikan kemenangan BN,katanya.Berdasarkan maklumat dalam BN sendiri menyatakan tindakan itu merupakan kali pertama dalam sejarah BN yang dilihat bakal menghadapi kesukaran di 70 kawasan parlimen, katanya.Antara kawasan tumpuan mereka sudah tentulah Kelantan yang dikuasai oleh PAS dan Sabah tempat dimana sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) berada di puncak sementara BN menghadapi pelbagai masalah."Anwar sehingga kini masih belum menunjukkan apa apa bukti berkenaan tuduhan beliau itu kerana dalam ucapan yang sama beliau menegaskan hanya akan mengenengahkan bukti jika SPR sendiri menyatakan kesediaan untuk menyiasat dan menyelesaikan permasalahan ini. Jika tidak menurutnya pendedahan tidak akan bermakna kerana ia bakal menjadi seperti pendedahan pembelian senjata yang pernah beliau lakukan,"katanya.Berkenaan perkara tersebut, Badrul Hisham membawa satu fakta dari yang dipetik dari sebuah blog milik seorang anak muda yang bertugas bersama Asian Network for Free Election (Anfrel), Amin Iskandar.Warga Filipina miliki kerakyatan MalaysiaAmin Iskandar mencatatkan pengalaman beliau menemui penyokong BN Sabah di Tawi-Tawi Filipina dalam misi pemantauan Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 2007 Filipina baru baru ini, kata Badrul Hisham.Amin mendedahkan pihaknya banyak bertemu dengan penduduk di TawiTawi yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Filipina,katanya.Berdasarkan permerhatian beliau menyatakan bawaha perkara ini diketahui kerajaan, walaupun kerajaan melarang rakyat memiliki dua kerakyatan tetapi perkara ini didiamkan demi memastikan kelangsungan kuasa BN,katanya.Tindakan ini sebenarnya secara tidak langsung menjejaskan keselamatan negara, ujarnya."Beliau (Amin) juga menemui seorang buruh yangs sering berulang alik dari Sabah ke Tawi-Tawi kerana bekerja. Buruh ini memiliki dua kerakyatan dan apabila ditanya bagaimana dia memiliki dua kerakyatan buruh itu menyatakan bahwa terdapat sindikit yang memberikan kerakyatan Malaysia kepada orang Filipina dengan syarat mereka mengundi BN,"katanya.Pendedahan mengenai kegiatan seumpama ini telah dibuat oleh Naib Presiden keADILan,Dr Jeffery Kitingan, dan kini catatan perjalanan bergambar seorang anak muda juga telah membuktikanya."Ingatan buat semua pemimpin parti politik progresif dan rakyat secara keseluruhan jangan mudah terpedaya dengan tindakan cakap-cakap Pengerusi SPR yang bertindak membeli masa menjelang pilihan raya untuk menunjukkan seolah wujud kesungguhan mewujudkan pilihan raya yang adil,"tegasnya.Terlalu banyak jenayah yang terselindung dalam pilihan raya negara ini dengan pembelian undi dan hampir seluruh rakyat mengetahui bagaimana BN membeli undi dengan kononya membayar 'mileage' kepada pengundi yang datang mengundi dari luar kawasan, katanya.Justeru beliau mengulangi pendirian bahawa parti pembangkang terutamanya tidak terlalu terpengaruh dengan kenyataan Abdul Rashid itu memandangkan sebelum ini Pengerusi SPR pernah berdolak-dalih dalam banyak hal, katanya

13 AJK profesional dalam DMPP

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Mesyuarat pertama Dewan Muslimat PAS Pusat di bawah kepimpinan baru telah memutuskan melantik mantan Ketua, Ustazah Azizah Khatib Mat dan Timbalannya, Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali sebagai AJK tambahan bagi sesi 2007/2009.[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]-->Pelantikan itu disetujui sebulat suara oleh saf kepimpinan DMPP dan diumumkan oleh Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam sidang media kali pertama di Pejabat Agung PAS, jam 2 petang tadi.Dalam sidang itu, Nuridah turut mengumumkan tujuh AJK tambahan lain iaitu Senator Wan Ubaidah Omar dilantik sebagai Bendahari; Salbiah Wahab (Wilayah Persekutuan) dilantik Ketua Penerangan; Hajah Kintan Osman (Melaka); Dr Wan Zalehah Mohd Salleh (Selangor); Dr Najihatus Solehah (Perak); Wan Fatimah Wan Teh (Kedah) dan Hamidah Daud (Terengganu).Manakala Aiman Athirah Al Jundi yang dipilih oleh perwakilan untuk kekal dalam AJK DMPP turut dilantik sebagai Setiausaha DMPP.Perwakilan Muktamar DMPP bagi kali ke-47 telah memilih Nuridah sebagai Ketua; Timbalan, Wan Hasrina Wan Hassan dan Naib Siti Zailah Mohd Yusoff.Sepuluh AJK yang dipilih oleh perwakilan iaitu To' Puan Ustazah Fatimah Zainab Ibrahim (Terengganu); Rosiah Salleh (Wilayah Persekutuan); Munirah Athirah (Perak); Salamiah Mohd Noor (Pahang); Dr Halimah Abdullah (Selangor); Dr Siti Mariah Mahmud (Selangor); Mastura Mohamad (Selangor); Senator Mumtaz Mohd Nawi (Kelantan); Aiman Athirah Al Jundi dan Senator Wan Ubaidah Omar (Kelantan).Fokus pilihan rayaNuridah dalam sidang media itu menegaskan saf kepimpinan baru ini akan terus melaksanakan tugas gerak kerja pilihan raya ke negeri-negeri dengan dibahagikan kepada tiga kumpulan.Beliau berkata, lawatan ke negeri itu akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan Ketua, Timbalan dan Naib.Katanya, Pahang menjadi negeri pertama untuk dilawati pada 14 Jun ini bagi memberi motivasi kepada petugas pilihan raya khususnya golongan muslimat.Apa yang menarik dalam saf kepimpinan DMPP sesi ini, 12 AJKnya mempunyai kelulusan akademik seperti Wan Hasrina (Ijazah Sains Matematik; Siti Zailah (Diploma Sains, ITM); Aiman Athirah (Sains Politik) dan hanya tiga pimpinan DMPP sahaja yang berkelulusan agama.Dalam pada itu, Nuridah yang juga Ketua Muslimat Wilayah Persekutuan berkata, DMPP mencadangkan kepada Dewan Ulama supaya melantik dua orang muslimat sebagai AJK tambahan dalam Dewan Ulama PAS Pusat.Katanya, Ulama perlu mengambil kira AJK mereka di kalangan muslimat kerana pengundi wanita mempunyai jumlah yang tinggi.Berhubung perkahwinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Jeane Abdullah katanya, DMPP akan menghantar ucap tahniah kepada beliau dengan doa semoga mereka hidup bahagia hingga ke akhir hayat. - mns

BALA DAH DATANG

Warga kota dikejutkan dengan “tsunami” dahsyat menyelubungi Kuala Lumpur, Ahad lalu pada sebelah malamnya (10hb. Jun 2007) sehari selepas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi diijabkabulkan dengan Jeanne Abdullah.[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]-->Hujan yang mencurah turun, tidak disangka menjadi bala Tuhan yang menggodam ibu negara. Segala kecanggihan terkini, tiada nilainya lagi. DBKL dan aneka perancangan bandarnya, tidak upaya membungkus bala Tuhan yang datang mendadak itu. Semuanya akur, menerima takdir illahi.Jalan utama menjadi kaku. Air melimpah ruah lebih dari satu meter. Tiada lagi jalan bertar kelihatan di Jalan Masjid India dan Jalan Ipoh. Kampung Baru, Keramat, Kampung Chubadak dan Sentul tenggelam teruk.Paling dahsyat, air banjir turut menjenguk sehingga ke ruang sembahyang Masjid Jamek, Jalan Raja yang terletak betul-betul dipertembungan dua sungai iaitu Sg. Gombak dan Sg. Klang. Masjid klasik itu terletak kira-kira 10 meter dari paras normal kedua-dua sungai berkenaan.Dataran Merdeka turut berselimut air separas pinggang (seperti bendang luas yang melaut di Yan, Kedah) hingga memburukkan pandangan Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad. Tidak diketahui, bagaimana nasib peniaga dan barangan dagangan mereka yang menjalankan bisnes di bawah perut Dataran Merdeka itu.Pernah sekali dulu, air menerjah masuk ke pusat perniagaan di bawah perut Dataran Merdeka itu. Akibat dari banjir kilat juga. Tetapi tidak seteruk Ahad lalu. Namun, kerugiannya mampu untuk melingkupkan peniaga Bumiputera dan menambahkan penganggur.Di Kuala Lumpur, ketakutan dan kekalutan yang amat sangat bila hujan turun ialah kesesakan lalu lintas. Jika kereta tiada penghawa dingin, sudah tentu penghuninya pitam dan pengsan. Namun, kesesakan kali ini, amat menakutkan. Berjam-jam lamanya!Entah berapa lama kenderaan terkandas di jalan raya, tidak diketahui dengan tepat. Hujan lebat bermula sebelum jam 6 petang dan berlarutan hingga jam 9 malam, telah melumpuhkan ibu kota. Kenderaan dimasuki air dan penghuninya diselamatkan oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).Kali ini, banjir benar-benar menggodam ibu kota walaupun tidak seteruk banjir 1971. Ketika itu, beberapa kampong di Selangor dan Kuala Lumpur dibungkusi banjir termasuklah Kg.Haji Abdullah Hukum, Kg. Baru, Semenyih, Kg. Arang Batu dan penempatan Orang-Orang Asli Changkat Bintang di Hulu Selangor.Ibu kota ketika itu terputus hubungan terus dengan dunia luar dan pasaran saham terpaksa dihentikan kerana seluruh Kuala Lumpur digodam banjir dahsyat.Tetapi, banjir Ahad lalu dilaporkan paling teruk melanda Jalan Masjid India, Jalan Ipoh dan Kampung Baru. Bot-bot penyelamat juga gagal mengesan dan menyelamat mangsa kerana terperangkap teruk dicelah-celah hutan batu dan kesesakan trafik.Seperti tsunami menggodam Acheh, kerajaan tetap dipersalahkan kerana gagal memberi isyarat awal. Dalam isu ini, apakah peranan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan DBKL? Mereka gagal memberi amaran awal kepada para penduduk bagi menghadapi banjir ini.Kenaikan air di Sg. Gombak, Sg. Batu dan Sg. Kerayong telah diketahui lebih cepat tetapi tiada amaran dikeluarkan oleh mereka termasuklah Jabatan Bomba sehingga beberapa kawasan sudah terhantuk baru terngadah, ditenggelami air.Menurut rekod, sudah tiga kali banjir menggodam ibu kota pada tahap yang sama. Projek Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) masih gagal berfungsi sekalipun Menteri Kerja Raya, Samy Vellu telah mengumumkan (menipu) SMART siap sepenuhnya. Walhal, kolam tadahan air di Kg. Brembang dan Taman Desa, belum siap dan SMART hanya boleh digunakan Julai ini.Tiba-tiba, bagi membungkus pekung di dada, Samy mengumumkan kadar tol RM2.00 untuk pengguna SMART keesokan harinya (11hb. Jun 2007). Langkah ini disifatkan sebagai kurang ajar. Tidak peka dan menyakitkan hati.Rakyat rasanya mula tidak yakin dengan JKR dan Samy. Banyak projek yang retak, runtuh dan sengit. Semuanya telah diluluskan dan mengikut piawaian. Apakah SMART selamat digunakan? Khuatir juga, takut-takut pengguna tenggelam dalam terowong yang belum siap sepenuhnya itu.Kebiadapan Samy Vellu ini sebenarnya simbol keangkuhan BN di Malaysia. Belum reda lumpur dibersihkan, trauma kesesakan masih muda; Samy sudah memberi “hadiah” kepada warga kota yang terperangkap Ahad lalu dengan dikenakan tol RM2 bagi penggunaan SMART.Sama ada benar atau tidak keupayaan SMART boleh mengurangkan kesesakan trafik dan membuang air banjir kilat di ibu kota, belum teruji. Secara teorinya, inilah satu lagi mercu tanda penemuan terhebat negara dalam menyelesaikan dua masalah tersebut.Namun, bala Tuhan yang menggodam ibu kota Ahad lalu tetap membuktikan betapa hebatnya Allah SWT dan lemahnya manusia dalam pembikinan teknologi dan cara berfikir mereka.Rupa-rupanya, bangunan Menara KLCC yang tertinggi mencakar langit, Menara Kuala Lumpur yang angkuh berdiri, Terowong SMART yang tercari-cari arah; membungkus seribu kelemahan dan ketololan manusia berdepan dengan “kekuatan” air yang menjadi sebahagian tentera ciptaan Allah.Bagi orang yang beriman, lihatlah banjir itu sebagai bala dari Allah atas kemaksiatan yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ini

Enam dilantik AJK PAS Pusat, Mahfuz sebagai Ketua Penerangan

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Mesyuarat Pertama PAS Pusat sesi 2007-2009 yang selesai tengah malam tadi telah melantik enam AJK PAS Pusat yang baru sebagai tambahan kepada saf barisan kepimpinan yang dipilih pada Muktamar PAS yang ke-53 baru-baru ini.[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]-->Mereka terdiri daripada Dato' Harun Taib, Ustazah Azizah Khatib Mat, Haji Wan Mutalib Embong, Haji Asmuni Awi, Anuar Tahir dan Dr. Mariah Mahmud.Manakala bagi jawatan Setiausaha dan Bendahari Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dan Dr Hatta Ramli masing-masing mengekalkan jawatan tersebut.Mesyuarat yang bermula jam 9 malam itu juga, turut melantik Haji Mahfuz Omar selaku Ketua Penerangan PAS Pusat yang baru manakala Pengarah Pilihanraya PAS Pusat kekal disandang oleh Dato' Haji Mustafa Ali.Demikian menurut satu senarai penuh Jawatankuasa PAS Pusat yang dibaca oleh Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub kepada Harakahdaily.net yang turut disertai oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebaik sahaja mesyuarat tamat kira-kira 12 tengah malam di Pejabat Agung PAS dekat sini."Bagi Pesuruhjaya Negeri pula, hanya Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sarawak sahaja yang menampilkan muka baru manakala yang lain-lain kekal seperti biasa," kata Salahudin.Pesuruhjaya Negeri (PJ) Pulau Pinang yang baru ialah Ustaz Salleh Man, Haji Zulkifli Mohd Omar sebagai (PJ Negeri Sembilan) dan Ustaz Haji Osman (PJ Sarawak), katanya.Selain itu bagi negeri Perlis masih mengekalkan Ustaz Hasim Jasin sebagai PJ, Ustaz Azizan Abdul Razak (PJ Kedah), Ustaz Ahmad Awang (PJ Perak), Ustaz Mohamad Nor (PJ Wilayah Persekutuan), Dato'Dr Hassan Ali(PJ Selangor) dan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (PJ Melaka).Bagi Pahang pula, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man kekal sebagai PJ negeri, Dato' Mustafa Ali (PJ Trengganu), Dr Mahfodz Muhd (PJ Johor), Haji Muhammad Abdullah (PJ Sabah) dan Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Pesuruhjaya Negeri Kelantan."Bagi Lajnah-lajnah dan senarai ahli lembaga Pengarah Harakah pula, ianya akan diumumkan kemudian," kata Salahudin.Sebelum itu, pada sebelah paginya telah diadakan Mesyuarat Dewan Pemuda PAS yang telah pun melantik ahli jawatankuasa masing-masing manakala dijangka hari ini (Ahad) jam 10 pagi, akan diadakan pula Mesyuarat pertama bagi Dewan Muslimat PAS Pusat.-Az

DARI MEJA ICT MTD SERKAM

ASSALAMUALAIKUM..SALAM MESRA PEMBUKA KATA MADAH BISTARI
BUAT SEMUA BLOGGER DAN PELAYAR YANG DIHORMATI ..
KALI INI MTD SERKAM MELANGKAH SETAPAK LAGI
MENYAHUT SERUAN ISLAM SUPAYA RAKYAT CELIK IT.

MTD SERKAM MENGORAK LANGKAH
LANGKAH DIATUR DENGAN CERMAT
MARI SEMUA MENYUSUN LANGKAH
SUPAYA GERAK KERJA BERJALAN SELAMAT

SIRIH PINANG DALAM PETI
BUAH PISANG DIBUAT LEPAT
SALAH SILAP HARAP DIPERATI
AGAR GERAK KERJA BERGERAK CEPAT