Followers

Isnin, 18 Jun 2007

apa komen anda sebagai seorang islam ????

Britain hina Islam iktiraf Salman Rushdie
TEHERAN: Iran semalam mengutuk keputusan Britain menganugerahkan darjah kesatria kepada penulis Salman Rushdie, yang terpaksa bersembunyi lebih sedekad selepas pemimpin keagamaan republik itu mengarahkan pembunuhan ke atasnya.Jurucakap Menteri Luar Iran, Mohammad Ali Hosseini, berkata keputusan memberikan anugerah kehormat tertinggi Britain kepada Rushdie yang menulis novel kontroversi, ‘The Satanic Verses’ adalah satu penghinaan terhadap dunia Islam.“Menganugerahkan seseorang yang bersifat paling dibenci dalam masyarakat Islam jelas membuktikan perasaan anti Islam pegawai atasan Britain,” kata Hosseini ketika sidang akhbar mingguannya.
Rushdie bersembunyi selepas Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa pada 1989 mengarahkan umat Islam membunuh penulis berkenaan disebabkan novelnya, The Satanic Verses didakwa menghina Islam.
Kerajaan Iran pada 1998 mengisytiharkan mereka tidak menyokong fatwa berkenaan tetapi tidak pula memansuhkannya.
Rushdie juga mendakwa menerima banyak kad Valentine dari Iran setiap tahun pada 14 Februari memaklumkan bahawa negara itu tidak melupakan beliau sehingga akhir hayatnya.
“Anugerah itu menunjukkan bahawa gerakan menghina Islam bukan secara tidak sengaja tetapi perbuatan yang dirancang itu mendapat sokongan dari beberapa negara Barat,” kata Hosseini.
Britain kelmarin mengumumkan penganugerahan darjah kesatria kepada Rushdie bersama seorang pemberita CNN, Christiane Amanpour. – AP

sumber : berita harian 18 Jun 2007

Tiada ulasan: