Followers

Khamis, 26 September 2013

Takziah Untuk Almarhum Ustaz Azizan Razak Mantan MB Kedah

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah pada jam 11.15 pagi tadi.Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Muhkriz Mahathir, Tan Sri Azizan Abdul Razak merupakan ADUN Sungai Limau dan berada dalam Parlimen Jerai.

Jenazah Ustaz Azizan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Negeri Kedah akan disembahyangkan di Masjid Kompleks Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena selepas solat Fardhu Asar. 

Jenazah beliau akan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum pada jam 5.30 petang ini.Kami mewakili PAS Cawangan Serkam Darat dengan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga ruh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah serta ditempatkan dikalangan para syuhada. Sama-sama kita hadiahkan Alfatihah kepada ruh Allahyarham.

Tiada ulasan: