Apa yang dipaparkan ini adalah merupakan salah satu contoh kenapa rakyat tidak boleh lagi memberikan amanah kepada pemimpin-pemimpin BN yang ternyata tidak amanah.
Dalam kes yang menjadi contoh ini jelas pihak yang berkaitan itu tidak menunaikan amanah untuk memastikan ianya mencapai sasaran iaitu memenuhi 40% pengeluaran daging lembu tempatan.
Dalam kes yang lain pula kepimpinan BN diberikan mandat untuk membentuk kerajaan bagi memastikan kebajikan rakyat terjaga tetapi apa yang dibuat ialah kepimpinan BN mengkhianati amanah itu dengan membuat perjanjian jangka panjang untuk pemegang konsessi lebuh raya.
Begitu juga dalam kes IPP, semua kerja dilakukan oleh tenaga kerja TNB tetapi hasilnya IPP mendapat keuntungan besar tanpa buat apa-apa kerja melainkan dengan menandatangani pembekalan tenaga kepada TNB.
Begitulah mudahnya kroni-kroni mendapat keuntungan. Nampaknya kita semua tersilap memberikan mandat kepada serigala untu menjaga biri-biri.Oleh itu admin ingin bertanya haruskah kita memberikan mandat lagi kepada UMNO dan BN? Jika bersetuju untuk menarik balik mandat dan lesen yang kita berikan kepada mereka selama ini/ Suara Rakyat FB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan