
Menurut seorang sahabat yang mengirimkan gambar-gambar ini, macai-macai UMNO telah memasang bendera-bendera Barisan Nasional di markas PAS.
Kejadian tersebut dilaporkan telah berlaku di Markas PAS Cawangan Shahbandar, Pekan, Pahang negeri asal Perdana Menteri Malaysia.
Bayangkan jika ada petugas PAS yang menanggalkan bendera-bendera ini, sudah pasti kekecohan akan berlaku dan PAS pasti akan dipersalahkan oleh media tunggangan UMNO/BN.
Mereka mendakwa diri mereka adalah pejuang kepada Bangsa Melayu dan juga Agama Islam di negara ini..
Melayu jenis apakah yang mereka perjuangkan?.. hingga tidak tahu menghormati malah mencabul hak orang lain sedangkan Bangsa Melayu terkenal dengan adab dan sopan santunnya..
Islam apakah yang mereka perjuangkan sedangkan tiada ajaran dalam Islam yang membenarkan kita menceroboh hak individu lain?
Apa bezanya tindakan macai-macai UMNO ini dengan tindakan pihak Zionist di negara haram Israel?
Di Israel, puak Zionist menjadikan tanah dan juga rumah milik rakyat Palestine sebagai hak milik mereka.. di Malaysia pula macai UMNO pula mahu menjadikan markas PAS sebagai milik mereka../ Otai Reformasi II
Tiada ulasan:
Catat Ulasan