Followers

Isnin, 11 Februari 2013

Adam Corrie Sertai Kuliah


Kuliah Perdana Bukit Gantang -- Alhamdullilah, dalam ribuan hadirin di surau Ma'arof Taman Simpang Bukit Gantang rupa-rupanya terdapat seorang artis yang popular ditanahair ini berada sama dalam majlis ilmu tersebut.

Majlis ilmu tersebut ialah Kuliah Perdana dengan tajuk "Menjawap: Persoalan isu Pengunaan Kalimah Allah" yang berlangsung disurau ini di sampai oleh YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din iaitu Timbalan Mursyidul Am PAS.

Artis yang dimaksudkan ialah Adam Corrie Lee Abdullah, 43 tahun,seorang pelakon dan koreografer tarian yang sudah terkenal didalam industri perfileman dan TV Realiti diMalaysia.

Beliau juga salah seorang pelakon dalam filem popular tanahair "KL Gangster". Menurut Adam Corrie,beliau datang bersama isteri-nya serta ahli keluarga yang sememangnya tinggal di Kemunting Taiping.

Syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa, semakin ramai artis-artis tanahair mendampingi majlis ilmu yang disampaikan oleh pimpinan PAS dan bersama dengan jemaah yang memperjuangkan Islam ditanahair ini. ~orangni

Tiada ulasan: