"Bagi menampung permintaan ramai berikutan peningkatan jumlah penduduk, pihak Kerajaan Negeri Melaka bakal membina 170 unit rumah kos rendah di Taman Pulai Indah bagi Fasa II tidak lama lagi. Pembinaan itu membabitkan kawasan seluas 12 ekar" - DATUK HAJI GHAZALE BIN MUHAMAD, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam
Itu bukan ucapan yg diucapkan semalam, minggu lepas ataupun bulan lepas.. Tapi itu ucapan beliau pada APRIL 2009.. diulangi.. APRIL 2009.
Majlis pecah tanah juga telah dilakukan ketika itu oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Malangnya.. pembangunan yg dilakukan yg boleh dikira SIAP SEPENUHNYA hanyalah SIGNBOARD yg dah nak naik karat tu.. Adakah bajet 2009 dulu hanya cukup untuk naikkan signboard? Bagaimana dengan Bajet 2010? 2011? 2012? takkan xde kot? Kesian rakyat yg dah membeli rumah yg dimaksudkan pada waktu itu. Difahamkan hingga kini mereka masih menanggung HUTANG BANK berikutan bayaran bulanan untuk rumah yang masih x wujud tu.. Ada gak yg dah fadeup dan BLACKLIST..
Inikah pimpinan yg rakyat MELAKA mahukan? Pernahkah mereka datang dan terangkan pada pembeli kenapa semua ini terjadi? Pernahkah mereka ambil kisah keperitan yg ditanggung rakyat? Setakat nak beri BR1M je la mereka baru muncul dengan senyuman sampai ke telinga..
Melaka, Bandar teknologi Hijau... Benarlah kata PM Najib, memang penuh kehijauan sampai projek taman perumahan pun hijau dengan pokok pokok dan semak samun./ Fb Orenji Ren Oren
Tiada ulasan:
Catat Ulasan