Followers

Jumaat, 23 November 2012

Yb Ghazale Kecil Hati ..

Assalamualaikum .. berita nie baru saya terima daripada seorang rakan yang bercerita pada saya berkaitan kekecewaan Yb Ghazale Muhammad terhadap seorang hamba Allah yang boleh dipanggil Ustaz di Serkam Darat. Ustaz nie merupakan salah seorang daripada penceramah yang kerap kali dipanggil untuk memberikan ceramah untuk program taqarrub Ramadhan (dulu Sivik Ramadhan) di sekitar Jasin. 

Nak dijadikan cerita ada dua kejadian yang menyebabkan kami  selaku penduduk kampung serkam darat kurang berkenan dengan ustaz nie. 

Kejadian pertama : 
satu pagi dibulan Ramadhan baru-baru ini, seorang kawan yang merupakan aktivis masyarakat melewati kawasan rumah ustaz tersebut dengan tujuan sekadar lalu sahaja. Lalu ditegur oleh ustaz berkenaan dan bertanya kemana hala tuju sahabat tadi. 

Dengan selamba ustaz tadi menjepit rokok yang masih berbara dan menghembuskan asap rokok pada sahabat tadi. Sahabat tadi bertanya " Malam nie ade lagi ke jemputan ceramah taqarrub ramadhan ? " " Ada " Katanya. Sahabat tu bertanya lagi " kau tak puasa ke ?  "sambil melihat rokok yang masih berasap di tangan ustaz tadi. ustaz tadi senyap dan mendiamkan diri .

Kejadian Kedua :
Ustaz yang sama juga memohon daripada Yb Ghazale Muhammad ( Adun Serkam) peruntukan untuk membangunkan pondok untuk anak muda belajar agama dan Yb Ghazale telah memberikan peruntukan sebanyak RM 10,000 untuk pembinaan dan pembangunan pondok terbabit. Namun apa yang dikesalkan oleh beliau ialah sampai ke hari ini pondok yang dijanjikan masih tidak menampakkan bayang bahkan apa yang berlaku, ustaz tadi telah menggunakan duit peruntukan yang diberikan untuk mengubahsuai rumahnya dibahagian dapur .. 

Kesian kawan tengok Yb Ghazale .. Hidup-hidup kena tipu dengan ahli sendiri .. Tak pelah dengarnya Yb Ghazale pun akan pindah ke Dun Rim .. Selamat Jalan ye YB   


Tiada ulasan: