Followers

Rabu, 24 Oktober 2012

Wajib Tegur Pimpinan Salah

Mana-mana pemimpin masyarakat patut ditegur secara terbuka jika melakukan kesalahan yang melibatkan hak rakyat.Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkara seperti itu perlu dibahas secara terbuka dengan tertib."Soal masalah awam boleh dicakap dengan terbuka. Tetapi kita tak patut memaki, jadi orang profesional. 

 "Kritik kesalahan dan pengurusan itu tapi pilih perkataan yang elok seperti manusia yang bertamadun. Sebut perkataan yang tegas dan berkmasud," katanya pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 hari ini.Asri turut mempersoalkan pihaknya melarang ulama untuk membuat teguran secara terbuka kepada pemimpin negara.“Golongan yang kata ulama tak bole tegur terang-terangan, tegur ulama terang-terangan. 

Itu boleh?“Dosa manusia ada dua. Satu antara dia dengan Tuhan. Dosa dalam kategori ini tidak patut dibahasa dalam khalayak awam,” katanya. Tambah beliau, keseluruhan rakyat Malaysia beraga Islam bersetuju bahawa ulama mesti berperanan dan menegur pemerintah. Menurut Asri, peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru tetapi telah wujud sejak zaman nabi lagi. Katanya, tokoh agama turut diheret dalam usaha mendapat pengaruh politik.

Tiada ulasan: