Assalamualaikum .. Salam Ramadhan buat semua readers yang dikasihi,
Diharapkan korang dalam sihat walafiat hendaknya almaklum sekarang nie, ramadhan dah masuk fasa yang ke 3 iaitu pembebasan daripada api neraka. Disebutkan oleh para ulama-ulama muktabar dalam beberapa kitab yang menyatakan perihal satu malam yang penuh dengan kemuliaan yang tidak terdapat pada mana- mana bulan yang lain melainkan bulan ramadhan yang mulia.
Apa yang ingin dimaksudkan disini ialah malam lailatul qadar. Malam lailatul qadar ialah satu malam yang terlalu istimewa yang dianugerahkan oleh Allah SWT khususnya kepada ummat muhammaf SAW. Malam yang disebutkan sebagai malam kemuliaan dimana pada malam yang tersebut diturunkan Al-Quran mukjizat Nabi Muhammad SAW. Ulama mengatakan barangsiapa yang melaksanakan ibadah pada malam tersebut ganjarannya seumpama beribadat seribu bulan atau 83 tahun umur manusia.
Jika kita melihat disini, kita acapkali terlupa dan terleka dengan apa yang dinyatakan dalam Alquran dan kita ralit dengan persiapan untuk menyambut hari raya.Menyambut hari raya tak salah tapi yang jadi salahnya apabila kita melepaskan peluang keemasan untuk mengecapi tahap muttaqin. Dengan istilah yang mudah difahami, kita tidak bersungguh-sungguh untuk mencari lailatul qadar tapi kita berhempas pulas untuk mengharungi lailatul kamdar almaklum esok 13 hb 8 kan penjawat awam akan beroleh gaji yang lumayan, akan tetapi perlu diingatkan agar kita tidak terleka dan terbabas dari landasan yang sebenar .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan