Followers

Khamis, 24 November 2011

1433H Muqaddimah Perubahan Ummat Islam

Assalamualaikum .. salam sejahtera 

Sabtu ini seluruh ummat islam di serata dunia bakal meraikan hadirnya tahun baru 1433H dan bakal meninggalkan tahun hijriyah 1432H. Banyak kenangan pahit, manis, masam dan masin serta pelbagai ranjau dan mehnah telah ditempuhi dan sayugianya kita sebagai salah seorang dari mata rantai perjuangan islam bersiap siaga menghadapi segala cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhi dalam tahun-tahun yang mendatang. 

Diberitakan terdengarlah perkhabaran yang disampaikan kepada hamba yang mana pandangan ini cukup mengujakan semua pihak khususnya di Melaka bahawa kepimpinan yang ada pada masa sekarang ini bakal tumbang bila-bila masa dalam pilihanraya umum yang akan datang. 

Sewajarnya hamba ingatkan disini kepada sahabat-sahabat readers pakatan rakyat yang dikasihi sekalian khususnya yang berada di DUN Serkam memandangkan DUN ini merupakan salah satu daripada DUN Target dalam Parlimen Jasin dan amnya kepada sahabat-sahabat di Melaka , marilah kita sama-sama menyinsing lengan dan pakaian kita , mempersiapkan jentera perjuangan kita dalam menghadapi cabaran yang mendatang dengan mengambil semangat Hijrah Baginda Nabi SAW dalam mendaulatkan Islam didunia. 

Sahabat, 
Kemenangan pasti takkan datang bergolek dan melayang tanpa usaha dan kerjasama yang kuat dalam jamaah. Kemenangan juga pasti takkan menjelma andai kata kita masih leka dengan kesenangan dunia yang sementara . Tetapi kemenangan dan kejayaan pasti akan kita miliki andai kita punyai sifat dan kepimpinan yang sanggup berkorban apa saja demi islam yang tercinta. Rapatkan saf, kukuhkan pertahanan dan sisihkan segala permasalahan dalaman dan pertembungan pendapat yang merugikan. Semoga kejayaan milik kita bersama . 

Salam Maal Hijrah 1433H 

Ketua Pas Cawangan Serkam Darat

Tiada ulasan: