Followers

Selasa, 10 Mei 2011

ORANG KANAN ANUAR MUSA MASUK PAS


Setelah berteka-teki ke manakah Sobree Shafii akan pergi selepas keluar dari Umno akhir tahun lepas, hari ini terjawab apabila beliau menyerahkan borang permohonan menyertai PAS.Sobree menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz di pejabat MB Kelantan jam 10.30 pagi tadi.Sobree Shafii digelar penglima hitam Umno sejak tahun-tahun 80-an 


Menurut Mohd Sayuti Omar dalam blognya, ekoran kemasukan Sobree ke dalam PAS itu, seorang orang kanan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Annuar Musa  akan mengambil keputusan yang sama bersama beberapa pengikutnya.Dengan berlangsung peristiwa itu pada pagi ini maka tamatlah teka teki mengenai kedudukan Sobree yang sebelum ini kabur sama ada hendak bersama PKR atau Pas. 

Sobree meninggalkan Umno akhir tahun lepas selepas kecewa dengan sistem diamalkan parti berkenaan dan juga tindak tanduk pemimpin parti berkenaan.Katanya semasa mengumumkan keluar dari Umno, beliau rela kecewa di luar Umno dari kecewa di dalam Umno."Kalau Tuhan mahukan saya menyertai PAS, tidak ada usaha lain yang saya boleh lakukan melainkan akur saja sebab saya makhluk kerdil di mana sepanjang masa dalam kawalan takdir Allah," ujarnya tenang dalam satu majlis sebelum ini.

Mengulas mengenai pertemuan beliau dengan  Nik Abdul Aziz hari ini, Sobree melahirkan rasa gembria yang amat sangat. "Saya tidak ada bahasa untuk melukiskan perasaan gembira saya kecuali hanya bersyukur kepada Allah dan terima kasih banyak kepada Tok Guru dan seluruh kepimpinan PAS Kelantan," ujarnya.
Beliau juga menyifatkan kemurahan hati Tok Guru untuk menerima borang kemasukannya menggambarkan sikap tawaduk, rendah diri dan jiwa besar Menteri Besar Kelantan itu sebagai seorang mursyid. 

"Beliau senang saja menerima kemasukan saya bila saya menyatakan hasrat, tanpa ada dolak dalih dan membayangkan berbagai kemungkinan dan implikasinya," ceritanya.Sebelum ini beliau sudah berjumpa dengan Nik Aziz dan setiap kali berjumpa MB itu selalu bertanya beliau bila nak serah borang dan berceramah bila mana beliau mula memberi gambaran berminat dengan PAS.

Malam esok Sobree akan muncul di pentas ceramah di Ketereh buat pertama sekali sebagai bakal ahli PAS bersama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Husam Musa. Katanya dalam ceramah itu dia akan mendedahkan kepincangan kepimpinan Umno Ketereh khasnya mengenai Alwi Che Amat.

Tiada ulasan: