Assalamualaikum .. Salam Hormat buat semua reader
Maaf lama tak dapat nak bersuara disebabkan masalah yang tak dapat nak diselesaikan dengan segera almaklum disebabkan kesibukan yang mendatang dan juga masalah taknikal yang tak dijangkakan berlaku. Segalanya berpunca dari diri kita juga sendiri. Saya mengambil peluang bersempena dengan pilihanraya negeri sarawak yang telah berlangsung semalam yang menyaksikan BN mendabik dada namun gagal menawan hati para pengundi di Sarawak yang menyebabkan mereka terlepas 15 kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat. Moga-moga ketewasan tersebut mematangkan para petugas yang telah melaksanakan tugas sebelum ini.
cuma terlintas dalam hati ini berapa lama kita nak berada di posisi menyerang sahaja sedangkan pertahanan kita cukup lemah. Mana tak nya sumber kekuatan dalaman makin lemah, ukhuwah dan persefahaman sesama ahli dan pentadbir cawangan dan kawasan makin kurang dan tak sepakat yang paling menyedihkan ialah majlis ilmu pun tak ramai yang berminat nak datang. Apa masalah sebenarnya nie? Kita duk bantai sana bantai sini, cucuk sana cucuk sini kempen sana kempen sini tapi dalam rumah kita apa yang jadi. Sikap Terlalu Yakin atau Over Confident menyebabkan PAS kurang mendapat perhatian yang sepatutnya.
Tak perlu pergi jauh , lihat saja dalam keluarga kita sendiri, kadang-kadang ibu dan ayah sibuk mencari ilmu tapi anak -anak terbiar tanpa bimbingan, ialah kita kata anak-anak dah dewasa dan mereka boleh berfikir sendiri tapi cuba kita semak balik anak-anak tersebut dapat bimbingan siapa ? siapa yang membimbing mereka ? Media ? Kawan yang tidak baik ? Jika ini berlaku, inilah salah satu daripada sebab kegagalan PAS dalam Mendidik Masyarakat. Masalah yang seperti ini perlu diberi perhatian yang jelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan