Followers

Selasa, 19 Oktober 2010

KU LI Digugurkan Dari Majlis Perajaan Negeri Kelantan

Tengku Razaleigh Hamzah dan Tengku Amalin Aisyah Puteri bukan lagi ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN) sejak 13 September lalu.

Keputusan itu dibuat oleh MPN selepas Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang gagal hadir mesyuarat tanpa menyatakan penjelasan berhubung kegagalan mereka.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiesri Alias pada sidang medianya ketika diminta mengulas berhubung perkara itu di Pejabat Sultan, Istana Negeri Kubang Kerian, petang ini.

Menurutnya, mengikut perkara 11(1) dan 11(2), mana-mana ahli yang tidak hadir tanpa mendapat kemaafan daripada pengerusi dan tanpa sebarang huraian di atas ketidakhadirannya itu akan gugur dengan sendiri.

“Maka ketidakkehadiraan Tengku Razaleigh pada hari itu tidak mendapat sebarang huraian dan kemaafan dari MPN,” ujarnya.

Jelasnya, walaupun hanya sekali anggota MPN tidak hadir bermesyuarat tanpa menyatakan huraian berhubung kegagalan serta tidak mendapat kemaafan dari Pengerusi MPN, secara ‘automatik’ mereka akan terkeluar dari majlis itu.

Tiada ulasan: