Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi didakwa "bersikap talam dua muka" apabila cuba menggunakan sebuah masjid di Petaling Jaya untuk satu program politik.Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata tindakan itu dikesan melalui satu permohonan yang dihantar kepada nazir masjid berkenaan dia Kampung Medan.Katanya lagi, nazir Masjid Nurul Ehsan itu bagaimanapun engganmeluluskan penganjuran majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Salah-guna kuasa
Permohonan untuk menganjurkan majlis itu, dijadualkan pada 17 Ogos lalu, dihantar oleh setiausaha kerja badan perhubungan Umno negeri.
Bercakap pada satu sidang media di pejabatnya hari ini, Khalid berkata permohonan itu juga dibuat menggunakan kepala surat Umno Selangor.
Salinan surat berkenaan diedarkan kepada para wartawan.Tambahnya, tindakan itu dengan jelas bercanggah dengan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid bagi tujuan politik.Katanya lagi, Khusrin (kiri) juga didakwa telah berusaha untuk mendapatkan persetujuan nazir masjid berkenaan untuk menjayakan program berkenaan."(Ini menunjukkan) Datuk Khusrin adalah ejen Umno yang salahgunakan jawatan dia untuk kepentingan Umno.
"Bila kita buat begitu (guna masjid untuk politik) macam-macam dia kata. Bila dia buat, dia (sanggup) merayu kepada nazir masjid," katanya.Mengulas lanjut, Khalid turut menyelar alasan yang diberikan Khusrin sebelum ini dalam menjelaskan halangan kepada orang bukan Islam memasuki surau dan masjid.
Mandi hadas
Jelasnya, alasan bahawa orang bukan Islam berada dalam keadaan hadas besar adalah "tidak masuk akal."
Katanya, hanya orang Islam yang diwajibkan mandi hadas.
"Masalahnya bila ada pengarah JAIS yang ada agenda politik dan tak adailmu, memberi alasan memalukan sehingga orang bukan Islam hilang minat untuk berdamping dengan Islam," katanya.Khalid juga mendakwa, sultan Selangor juga dimaklumkan dengan maklumat yang salah berkenaan kehadiran ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah masjid.
"Teo Nie Ching difitnah untuk beri tazkirah -- ini disalahmaklumkan kepada sultan sehingga sultan murka," katanya lagi.
Khalid turut menyelar pandangan yang ditimbulkan bahawa orang Islam tidak akan suka sekiranya orang bukan Islam memasuki rumah ibadat berkenaan.
Bina jambatan
"Kelangsungan Umno atas dasar perbezaan dan perbalahan (supaya) ada buruk sangka, takut dan tak yakin, supaya orang sokong mereka."(Mereka) sengaja nak timbulkan tanggapan bahawa Islam itu tidak mesra," tambahnya.Katanya lagi, pandangan itu berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat yang ingin "membina jambatan" dengan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.Tambahnya, pendekatan ini bertujuan menghilangkan kesangsian antara kaum dan agama seperti yang boleh dilihat melalui kunjungannya ke sebuah gereja sebelum ini.
Sumber : Utaraonline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan