Followers

Isnin, 13 September 2010

COMFORM TAK JUMPA

Pasukan penyelam Polis Marin semalam menjalankan kerja menyelam di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini untuk mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain.

Tinjauan berhampiran sungai itu yang terletak di jalan utama menuju Banting-Tanjung Sepat mendapati polis memeriksa bahan yang kelihatan seperti tulang berwarna kelabu kehitam-hitaman.

Daripada pemerhatian, ada beberapa penandaan diletakkan pada bahan itu. Berikutan tidak dibenarkan menghampiri kawasan operasi, wartawan terpaksa berpusing di sekitar kawasan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.

Polis semalam mengesahkan Sosilawati dan tiga orang lain mati dibunuh dan mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.

Mereka dilaporkan hilang 30 Ogos ketika di Banting untuk urusan pembelian tanah. Operasi polis itu menarik perhatian orang ramai yang memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Orang ramai turut berkumpul di satu kawasan kira-kira 600 meter dari Ladang Gadong, tempat mangsa dipercayai dibakar.
Kira-kira jam 6 petang, polis mengarahkan mereka bersurai dan hanya membenarkan wartawan berada di situ. –

Tiada ulasan: