Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, ramai pihak turun padang memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.Namun ada juga yang menangguk mahu mengambil kesempatan untuk meraih sokongan politik.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menggesa Parti Islam Se-Malaysia agar menutup pusat-pusat hiburan di Selangor sepanjang bulan Ramadhan.Memandangkan premis-premis maksiat ini beroperasi dengan lesen pentadbiran Umno terdahulu, Parti Keadilan Rakyat mencadangkan jemaah menteri Umno memujuk Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk menutup Genting Highlands selama satu bulan bagi menghormati kesucian bulan Ramadhan.
"Saya cabar Noh Omar menasihatkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak supaya mengemukakan saranan menutup Genting Highlands sepanjang Ramadhan, bagi menghormati kesucian bulan Islam ini, sebagaimana yang disaran Noh Omar sendiri," ujar Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail.Azan menjelaskan ramai pihak bukan sahaja masyarakat Islam yang bersetuju bahawa premis-premis judi, arak dan hiburan ini adalah warisan pemerintahan Umno.
Beliau melahirkan kebimbangan Noh Omar menggunakan Islam dan Ramadhan sebagai topeng untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat.Paling tidak, untuk menewaskan pesaingnya, iaitu bekas Menteri Besar Dr Mohammad Khir Toyo."Noh Omar sewajarnya menyarankan bukan sahaja di Selangor, tetapi juga di Johor, di Perak, di Melaka bahkan di Kuala Lumpur sendiri," kata Azan."Tetapi tak perlulah menggunakan nama agama atau Ramadhan, untuk meraih anjakan politik, atau untuk mendahului saingannya Dr Khir Toyo, kerana itu seolah memperalat dan mencemar nama Islam itu," tambah beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan