Kerajaan Malaysia diingatkan tidak menjadikan Malaysia seperti Israel yang bebas melakukan apa-apa sahaja termasuklah perjudian dan maksiat yang jelas ditegah oleh agama selama ini. "Jangan jadikan APCO sebagai alasan untuk kerajaan menjadi badut kepada dasar-dasar Yahudi Zionis ini kerana mereka pun tahu hanya dengan judi mereka boleh rosakkan umat Islam dan negara yang dipimpin oleh umat Islam," kata Timbalan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen kepada erapakatan.com.
Herman menegaskan judi adalah haram bagi semua agama di negara ini kerana tidak ada agama yang menghalalkan tabiat judi yang jelas merugikan kewangan rakyat dan negara.Beliau yakin rakyat mahu kerajaan mengharamkan judi dan memerangi industri haram ini hingga ke akar umbi."Kerajaan pun tahu bahawa begitu banyak aktiviti judi haram di negara ini."Sepatutnya kerajaan meningkatkan usaha membasminya bukan menghalalkannya untuk mendapatkan keuntungan. Jika lesen dikeluarkan pun, tetap akan ada aktiviti judi secara haram.
"Oleh itu, Kerajaan tidak perlu menimbangkan apa-apa permohonan untuk perjudian sempena Piala Dunia 2010 bulan hadapan," tegas Herman.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein juga dinasihatkan melupakan hasratnya kerana rakyat pasti tidak redha dengan kepimpinan yang ada kerana sanggup mencampur adukan hasil negara dengan sumber yang haram seperti judi dan arak."Amat memalukan bila yang mahu meluluskan lesen ini adalah kalangan menteri-menteri yang beragama Islam," kata beliau lagi.Beliau berkata sememangnya rakyat tahu, Umno tertegak dengak duit judi bermula dengan loteri kebajikan diawal penubuhannya.
Namun selepas 64 tahun Umno tertubuh, kenapa judi masih mahu dijadikan agenda besar dalam ekonomi negara.Menteri Agama dan ustaz-ustaz Umno begitu bangga menyebut di hadapan rakyat bahawa mereka mahu jadikan Malaysia ini sebagai, 'Baldhatun toyyibah warabbun ghafur' atau negara yang makmur serta mendapat pengampunan dan keredhaan Allah."Dengan dasar dan cara pemerintahan sebegini negara ini akan terus mendapat kemurkaan Allah," kata beliau lagi.Herman berkata, jika sebelum ini kita sedih melihat tsunami, tanah runtuh, pelbagai kemalangan ngeri dan kemelesetan ekonomi.
"Apakah semua itu tidak memberikan keinsafan kepada kita. Sampai bila Umno mahu bergantung nyawa dengan wang hasil judi," tegas beliau lagi.Beliau yang mewakili Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengesa para Ulama, Majlis Fatwa serta rakyat keseluruhannya bangkit menentang tindakan Kerajaan ini.
"Umno harus belajar membiasakan diri mereka berjauhan dengan maksiat perjudian ini. Jika tidak, jangan terkejut jika suatu hari nanti generasi Umno akan datang membina kasino-kasino mewah diatas kubur-kubur mereka," kata beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan