Followers

Ahad, 23 Mei 2010

DATUK AZHAR TAK KENANG BUDI

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata Pengerusi Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (Perda) Datuk Azhar Ibrahim tidak mengenang budi kerana menyalahkan kerajaan negeri apabila berlaku banjir kilat di kawasan projek perumahan di Kuala Sungai Pinang, Teluk Bahang, di Pulau Pinang.

NONELim (dua dari kanan) berkata kerajaan negeri selama ini terlalu banyak membantu mempermudahkan pelaksanaan projek pembangunan oleh Perda di negeri itu.

"Mulai hari ini kita akan tegas. Sebelum ini kita nak bantu Perda. Mereka buat projek semua boleh. Tapi sekarang, bila jadi banjir kilat dia (Azhar) salahkan kita pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hepatitis Pulau Pinang hari ini.

Semalam, Azhar membidas tindakan Lim yang mengeluarkan arahan pemberhentian kerja projek berkenaan dan Azhar juga menyangkal dakwaan Ketua Menteri bahawa banjir kilat itu disebabkan oleh masalah peparitan.

umno penang wants contest in penanti state seat 200409 azharAzhar dilaporkan berkata Perda tidak akan membesarkan longkang seperti yang diarahkan oleh Lim dan lembaga itu akan mengikut pelan asal projek yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Lim berkata kerajaan negeri akan menyiasat mengenai kelulusan pelan projek berkenaan.


"Sekiranya betul (pelan projek itu diluluskan sebegitu) kemungkinan ia diluluskan ialah kerana saya telah meminta pihak kerajaan negeri bekerjasama dengan agensi pusat.

"Mungkin kerana kita terlalu bekerjasama (dengan agensi pusat) sehingga membawa padah," katanya.

Beliau berkata isu membesarkan longkang itu tidak sepatutnya timbul kerana kontraktor yang dilantik oleh Perda untuk melaksanakan projek itu telah bersetuju untuk berbuat demikian.

"Mengikut laporan MPPP, punca banjir kilat berlaku di kawasan itu ialah masalah perparitan," katanya. Projek perumahan yang sedang dibangunkan oleh Perda itu melibatkan 216 unit rumah kos rendah dengan harga RM38,000 setiap unit.

- Bernama

Tiada ulasan: