Pendekar serkam
Assalamualaikum ... salam ukhuwah salam sejahtera buat semua.
Hari nie banyak juga isu yang dapat hamba dengar dari sahabat-sahabat semasa duduk bersembang menghilangkan penat bekerja. Almaklum nak cari pendapatan tambahan nie bukan kena duduk diam saja. Dalam tengah rehat-rehat terpacul kata-kata dari seorang rakan " rasa-rasanya kalau ikut firasat akulah .. PRU ke 13 nie melaka jatuh tangan PR lah". Heran pun ade gak sebabnya yang bercakap pada hamba tu orang UMNO totok. Hamba pun tanyakan pada sahabat tu apa sebabnya. Kata sahabat tadi, mana taknya dijangkakan dalam PRU ke 13 nanti Datuk Ali Rustam berkemungkinan tak akan dicalonkan lagi dan akan dilantik sebagai duta ke indonesia bagi menghilangkan dan menyembunyikan serta memadamkan pertuduhan rasuah politik dan salah guna kuasa yang berlaku dalam negeri melaka.
Selain pada itu juga DUN yang Majoritinya orang melayu pula akan diserahkan kepada calon MCA seperti DUN Merlimau,DUN RIM dan DUN yang majoritinya orang cina pula akan dikembalikan kepada UMNO seperti DUN Ayer Panas dan beberapa DUN yang lain. Cuma ingatan daripada sahabat hamba tadi , kalau betul-betul PAS berhasrat nak memegang tampuk pemerintahan Negeri Melaka ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan seperti Daftar Pengundi Baru, Semakan Daftar Pemilih dan gerak kerja yang melibatkan komuniti masyarakat sekeliling. Jika perkara ini diamalkan lambat laun kepercayaan kepada PR untuk mentadbir dan mengurus negeri akan menjadi kenyataan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan