Followers

Jumaat, 4 Disember 2009

Pemimpin UMNO mula kecut usus

Assalamualaikum .. salam perjuangan

Dalam dua tiga hari ini timbul isu berkenaan ketidakpuasan hati pemimpin BN khususnya UMNO apabila didoakan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz kemusnahan dek kerana peel mereka yang suka menzalimi orang lain dulu kini dan selamanya.

Maka timbullah kritikan yang tidak membina kepada Tuan Guru Nik Aziz berkaitan dengan doa yang dibacakan kerana pandangan mereka ianya bertentangan dengan prinsip islam hadhari yang dianuti oleh mereka semenjak ianya diperkenalkan oleh Tun Lah pada tahun 2004 sewaktu Tun mula-mula memegang tampuk pemerintahan negara.

Mereka berpendapat bahawa apa yang dilakukan pada masa kini jelas bertentangan dengan ajaran islam hadhari yang mereka pelajari dan amalkan selama ini. Maka timbul lah suara-suara sumbang muhrim yang menggesa Tuan Guru turun dari tampuk pemerintahan kelantan yang hampir 15 tahun dipegang. Alasan yang mereka berikan ialah Tuan Guru dah nyanyuk dan tak layak memerintah lagi malahan pemerintahan sepatutnya diserhkan kepada orang muda.

Agak-agak pemimpin UMNO /BN nie sedar tak apa yang mereka buat sebelum ini pun dah bertentangan dengan islam lagikan pula kezaliman yang dilakukan selepas PAS berjaya membebaskan Kelantan dari pemerintahan poyo UMNO Kelantan yang dikatakan tidak mempunyai kekuatan dan karisma tersendiri.

pada pandangan hamba, sewajarnya racun yang diberikan oleh UMNO /BN ini dibalas semula dan kalau kita rujuk apa yang dilakukan sudah cukup membuktikan yang mereka ini seumpama melepaskan anjing yang kian tersepit. Bila dah tersepit tu elok kita sepitkan lagi andai ianya membawa bahaya kepada yang lain dan agar ianya tidak mengancam keselamatan orang lain.

Buat Sahabatku orang UMNO kalau nak selamat ikut islam yang sebenar dan bukan berpegang dengan islam hadhari yang sekian lama kamu anuti itu.Itu pun kalau nak selamat dari didoakan kebinasaan oleh Tuan Guru kami. So Lu pikirlah Sendiri

Tiada ulasan: