Followers

Ahad, 20 Disember 2009

Jangan Fikir Apa Orang Kata

Ketua Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan PCSD


Assalamualaikum .. salam sejahtera buat semua yang berkunjung


Segala puji dan puja yang selayaknya dipanjatkan buat yang Maha Esa atas segala kurniaan yang telah diberikan kepada kita semua, selawat dan salam buat rasul junjungan penghulu sekalian nabi dan rasul seterusnya buat para pencinta pendokong kebenaran moga-moga kita senantiasa dibawah pemeliharaan Allah SWT. 

Kita sering kali terbantut dalam melaksanakan sesuatu kerja dek kerana perkataan yang seringkali kita ucapkan bila kebimbangan mula menyelubungi hati. Bukan susah sangat nak buat sesuatu kerja tapi bila kita selalu memikirkan perkataan ini kita pasti tak jadi nak melaksanakannya sedangkan kita mampu untuk melakukannya. 


Perkataan yang selalu diungkapkan " Nanti apa orang kata " "Tak boleh gitu nanti kalau jadi apa apa , apa orang kata". Perkataan ini yang selalu membantutkan usaha kita. Bila kalimat ini kita ungkapkan macam-macam perasaan yang pasti timbul dan bagi yang ingin berjuang dalam apa juga bidang perkataan dan ayat yang sebegini sememangnya perlu dan wajib dihindarkan. Ini kerana ianya akan mudah dapat melemahkan semangat kita untuk berjuang.Kita akan mudah putus asa dan lemah semangat. Oleh yang demikian, sama-sama kita kuat kan azam kdan tekad untuk terus cemerlang dan berjaya didunia dan akhirat .



Tiada ulasan: