Followers

Rabu, 27 Mei 2009

PPSMI DAN UMNO

Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh tumbang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika isu Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) digarap dengan baik.Ini kerana, isu PPSMI bukan menjadi isu politik tetapi demi masa depan bahasa dan bangsa Melayu di negara ini.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata demikian pada satu majlis di Maahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, di Kampung Tok Jiring, baru-baru ini.

Katanya, penentangan terhadap rancangan PPSMI turut dilakukan oleh tokoh-tokoh Sasterawan Negara, Budayawan, ahli akademik dan lain-lain."Dalam isu PPSMI ini kita (PAS) yakin dan percaya Umno dan kerajaan Barisan Nasional boleh tumbang dalam pilihan raya akan datang."Semua pihak termasuk Sasterawan Negara, Budayawan, tokoh akademik dan pensyarah Universiti menentang pelaksanaan PPSMI itu,"ujarnya.

Menurutnya, PPSMI merugikan masa depan anak-anak Melayu yang wajar ditentang oleh semua pihak.Justeru itu, katanya kempen penerangan serta penjelasan terhadap isu PPSMI itu diteruskan melalui beberapa pendekatan.Kata Ustaz Azman, antara tokoh terbabit seperti Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, Prof Muhammad Haji Salleh, Dato' Nordin Hassan, Dato' Abdullah Hussain, Dato' Prof Emiritus Shahnon Ahmad dan ramai lagi.

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata golongan muda yang terpelajar kini menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.Menurutnya, PAS kini mendapat sokongan orang muda yang mempunyai minda terbuka serta boleh menilai prestasi Umno-BN.

"PAS dapat sokongan orang muda sekarang dan golongan muda bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat menolak Umno-BN,"tegasnya.Katanya, bukti sokongan golongan muda terhadap PAS dan Pakatan Rakyat melalui beberapa pilihan raya kecil selepas PRU ke-12 lalu.

Hadir sama pada majlis tersebut Juara Akademi Nasyid TV9, Saudara Azhan Atan yang turut membuat persembahan hiburan alternatif selama satu jam di MTT tersebut.

1 ulasan:

org memali berkata...

saya rasa isu telah dipolitikkan secara berleluasa olih golongan2 berkepentingan . Sekiranya kedua2 matapelajaran ini di arabkan ,ianya tidak menjadi masalah bagi pemprotes2 sekarang tapi menjadi protes yg amat besar pada kaum2 tertentu .maknanya generasi akan datang tidak perlu maju dan hanya berkebolihan didlm kelompok tertentu sahaja . cuba lah tanya rakyat malaysia secara keseluruhan adakah mereka setuju ,hatta jika ditanya masyarakat di pendalaman pun mereka mahu jenerasi mereka keperingkat antarabangsa .Kita perlu terima hakikat , bahasa ilmu adalah bahasa inggeris ,sebagaimana org2 barat menerima bahasa arab sebagai bahasa ilmu dizaman keagungan Islam . Tidak akan hilang melayunya jika belajar bahasa2 lain dlm bentuk apa sekalipun .Melayu akan hilang bila melayu sendiri yg tidak dapat menguasai ilmu .Melayu yg berilmu akan tetap sanjung dasar ketuanan , martabat dan keagungan serta sistem 'kemelayuan ' bangsa juga bahasa MELAYU .Juga perlu sedar sehingga sekarang belum ada penggiat2 sastera yg cuba untuk memelayukan ilmu2 terutama dalam bidang sains dan juga bidang2 kejuruteraan .