Pelakon veteran, Senator Tan Sri Jins Shamsudin hari ini menawarkan diri untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini.Penerbit dan pengarah berusia 74 tahun itu bagaimanapun berkata, beliau bersedia untuk bertanding kerusi tersebut sekiranya tiada calon yang sesuai daripada BN bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.“Kalau ada calon yang lebih baik daripada saya, silakanlah pilih calon tersebut. Tetapi kalau tidak ada, saya bersedia menawarkan diri. Ini kerana, itu kawasan kampung saya,” katanya pada sidang akhbar di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan