Tidak sampai lima hari selepas dipacakkan, plak peringatan yang dibina Pakatan Rakyat (PR) di bawah pokok Jemerlang yang menjadi lokasi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 3 Mac lalu, dipecahkan pihak tertentu awal pagi semalam.
Lima batang anak pokok yang ditanam kira-kira 15 meter dari tapak plak peringatan itu bagaimanapun 'tidak diapa-apakan'.Tinjauan Kosmo! mendapati, sebahagian besar plak yang dibina daripada batu marmar berwarna hitam itu, pecah terutama pada bahagian tepi dan bertaburan di atas tanah.
Kejadian itu disedari beberapa petugas ibu pejabat DAP Perak yang kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada pemimpin parti berkenaan.Speaker DUN, V. Sivakumar dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang bergegas ke lokasi berkenaan, terkejut dengan kejadian tersebut.Dalam responsnya, Mohammad Nizar berkata, tindakan merosakkan plak tersebut merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab namun beliau enggan menuduh sesiapa.
"Beberapa individu disyaki melakukannya tetapi kita tidak tahu siapakah mereka. Mereka telah mengetuk dan memecahkannya dan kami akan fikirkan sama ada untuk buat laporan polis mengenai perkara ini atau tidak," katanya.
source : KOSMO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan