Dari Blog Ust Abdullah Zaik
Tobo’ ruhi adalah acuan asli bagi harakah Islamiah .Perkataan tobo’ saya ambil dari at Tab’u, iaitu satu bentuk acuan diri pada pada manusia samada secara semulajadi atau datang dari pembawaan tertentu. Mungkin dalam bahasa melayu kita boleh guna perkataan tabiat, namun saya tetap nak popularkan perkataan tobo’ sebagai sebutan kepada perkataan at tab’u.
Taghlib (arus dominan) siasi merupakan satu tobo’ pada organisasi hasil dari pembawaan qiadah atau anggotanya yang mana acuan/tobo’ siasi mereka mengatasi tabiat tarbawi.
Dalam pengamatan yang panjang, saya mendapati sekurang-kurangnya ada dua kategori tobo’ yang menonjol yang mewarnai organisasi Islam di dunia ini;
Taghlib (arus dominan) siasi merupakan satu tobo’ pada organisasi hasil dari pembawaan qiadah atau anggotanya yang mana acuan/tobo’ siasi mereka mengatasi tabiat tarbawi.
Dalam pengamatan yang panjang, saya mendapati sekurang-kurangnya ada dua kategori tobo’ yang menonjol yang mewarnai organisasi Islam di dunia ini;
1. Tobo’ tarbawi ruhi dan
2. tobo’ siasi.
Antara keduanya ada tahapan yang berbeza-beza dalam tarbawi dan siasinya.Pada dasarnya tabo’ ruhi harus sentiasa dominan pada tingkahlaku pertubuhan Islam, kerana ia beroperasi dari muntalak (titik tolak) iman, amal, persaudaraan dan kasih sayang, namun latar belakang tarbiah /kecenderungan individu atau pengaruh persaingan politik boleh mengubah tabo’ asli ini kepada tabo’ siasi.
Wujud tabo’ siasi ini tidak semestinya membayangkan banyak keterlibatan dalam aktiviti politik. Kadang-kadang ada golongan, banyak melakukan aktiviti politik tetapi ia melakukannya dengan berprinsip, menjaga akhlak, telus, iltizam hukum hakam, menghormati peraturan, maka ia masih dikira memiliki tobo’ ruhi.
Tetapi ada golongan yang penglibatan politiknya tidak setara mana, tetapi sikap dan cara bertindaknya penuh dengan manipulasi, konspirasi, menfitnah, membunuh syakhsiah, menjatuhkan orang dan sebagainya.
Mereka yang telah sebati dengan tobo’ siasi kadang kala tidak sedar bahaya tindak-tanduk mereka. Talbis (pengeliruan) iblis menjadikan kebatilan nampak seperti kebenaran.
Mereka pandai menutup niat buruk dengan ibarat-ibarat warak dan taqwa. Tipu muslihat disebut sebagai strategic management. Mereka tidak sedar dalam pada itu mereka sebenarnya sedang mempermainkan prinsip, iltifaf haula (berdolak dalih) terhadap undang-undang, memutarbelitkan keputusan, mengambil mudah terhadap nilai akhlak, memandang enteng pada hukum-hakam dan sebagainya.
Atas alasan dhorurah dan maslahah menghalalkan itu semua. Tobo’ siasi biasanya wujud pada orang yang cara fikir mereka sentiasa mahu menguasai orang lain. Mereka sangat pentingkan kuasa dan pengaruh. Hubungan dengan orang lain adalah hubungan ialah control, dominasi, hegemoni dan manipulasi.
Mereka boleh sahaja melakukan double standard. Dalam masa mereka menentang kezaliman, mereka boleh menindas orang lain. Mengekalkan dominasi, control dan pengaruh adalah prinsip bagi mereka, yang lain semua wasilah.
Sebagai contoh dalam pada mereka menentang perlaksanaan undang-undang ISA, mereka boleh menghukum orang tanpa bicara. Pada waktu mereka berjuang untuk good governens dan pemisahan kuasa, bila mereka berkuasa, mereka boleh menuduh tanpa bukti, mereka boleh menjadi pendakwa dan hakim pada masa yang sama. Pada waktu mereka menuntut keadilan dan penguatkuasaan undang-undang, mereka boleh mengabaikan keadilan dan mengeluarkan hukum tanpa perlu berlandaskan undang-undang.
Tobo’ ini boleh digambarkan wujud dengan meluas dalam parti politik khususnya parti sekular, namun ia juga boleh wujud dalam parti Islam dan juga dalam pertubuhan Islam yang lemah tarbiah imaniah dan penguasaan syaraknya atau dikuasai oleh golongan yang membesar dengan tobo’ siasi dalam tarbiah mereka.
Kebanyakan kita faham bahawa taghlib (dominasi) aspek siasi mengatasi aspek tarbawi merupakan satu simptom penyelewengan dalam harakah Islamiah. Namun sesetengah kita tidak berapa faham maksud ibarat tersebut, apabila kita sebut taghlib siasi, kita lihat pada saiz penglibatan siasi, dan apabila kita mendapati penglibatan siasi kita tidak seberapa, kita kata, “oh! kita tidak melakukan taghlib siasi”, pada hal, pada masa yang sama ‘tobo’ tarbawi sudah tidak dirasai kewujudannya lagi. Lalu kita tidak faham apa masalah kita dan tidak tahu bagaimana nak berubah.
Ya, taghlib siasi juga berlaku disebabkan oleh hilang keseimbangan dalam penekanan dari aspek aktiviti dan perlaksanaan. Pada awal pembentukan tobo’ tarbawi masih dominan tetapi apabila setelah masuk politik, harakah bertukar warna, menjadi tidak jauh beza dengan parti sekular. Safqah siasiah (perniagaan politik), menggadai apa sahaja demi mendapat populariti, tahalufat (kerjasama) yang mengorbankan prinsip untuk meraih kemenangan dan sebagainya boleh berlaku.
Dulu keutamaan ialah menengakkan prinsip, sekarang keutamaan mendapat kuasa pula. Bayangkan berapa banyak mana mizan/neraca akan berubah.Dalam konteks harakah islamiah sepatutnya berlaku keseimbangan antara pengembangan tarbawi dan peluasan amal siasi. Tidak mungkin bagi harakah islamiah bertolak ansur dalam hal ini, kerana peluasan siasi yang tidak terkawal bukan sahaja boleh menghilangkan tobo’ tarbawinya (yang merupakan sifatnya yang asli) bahkan akan menyebabkan ia bergelumang dengan masalah-masalah organisasi yang dihadapi oleh parti-parti politik sekular dan akhirnya mencampaknya jauh dari landasannya yang asal.
Saya melihat dua fenomena ini berlaku dengan ngerinya dihadapan mata saya. Justeru saya terpanggil untuk mendahulukan topik ini ke atas topik yang lain. Menjadi dasar saya untuk tidak menyebut di mana dan pada siapa perkara itu berlaku, kerana tujuan saya bukan untuk mengkritik sesiapa tetapi untuk merakamkan pengalaman supaya dapat diambil pelajaran oleh generasi baru dakwah ini.
Sebagai pelajaran kita harus memperketatkan proses peringkatan dalam tarbiah, keanggotaan dan ta’mir (perlantikan pemimpin) terhadap mereka yang memiliki tobo’ siasi dan harus sentiasa peka dalam menjaga keseimbangan dalam penglibatan politik dan tarbiah, jangan kerana syok mengejar kuasa atau pengaruh sehingga memandang mudah terhadap prinsip.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan