Followers

Sabtu, 29 November 2008

Umur dan Ruh - Malaysiakini

Assalamualaikum wbth....

UMUR
ALLAH beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...
1/3 Umur kita hilang kerana masa kecil ------dan cari ilmu.....
1/3 lagi hilang kerana dok sibuk kerja..kahwin .....besarkan anak..
1/3 lagi sibuk kerana banyakkan harta....tambah bini...tambah anak..tambah padang golf...lepas tu...mati....
Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan.. dengan sebaik mungkin..
Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti...
Semuga Tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat...amin..............

ROH
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyin.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut ke hendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada digunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

DARUSSYIFA MASIH BEROPERASI -Malaysiakini

Assalamualaikum ...
PERKHIDMATAN PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA MELAKA masih lagi beroperasi pada setiap Hari Ahad di alamat berikut :
Madrasah Ar-Rahmah , Solok Gaung
Ayermolek Melaka
bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Balai Islam Serkam Darat
JB 208,Jalan Serkam Maju, Taman Serkam Maju,
77300 Merlimau Melaka.
bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang
Pelbagai Rawatan disediakan untuk anda Insya Allah.

Jom Gempur Dun SERKAM - Malaysiakini

Assalamualaikum ...

Dengan ini dikhabarkan kepada anak-anak serkam yang berada diperantauan yang berada diseluruh negara.Jika anda anak jadi kampung serkam, serkam darat,solak serkam darat, solok anak ayer dan kawasan yang berada dalam DUN N26 Serkam dan anda mahukan Islam dan kedaulatan Islam dikembalikan ke persadanya di bumi bertuah ini, mari rebut peluang ini.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Negeri Melaka akan mengadakan hari bersama pelanggan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 6 Disember 2008
Masa : 10.00 pagi -12.00 tengahari
Tempat di : JAPERUN DUN SERKAM

Sila bawa kad pengenalan anda untuk semakan daftar pemilih dan bagi yang belum mendaftar boleh mendaftar dan bagi yang ingin bertukar alamat tempat mengundi ke negeri melaka juga dialu-alukan (anak melaka terutamanya).Masa Depan Ketuanan dan Survival Gerakan Islam bergantung pada diri anda semua.

" PAS FOR ALL"

Isnin, 17 November 2008

Siasat Umno Pahang !!!!!- Malaysiakini

KUANTAN, 17 Nov (Hrkh) - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, rakyat Pahang sepatutnya menyesal kerana tidak mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum Mac lalu.Ini kerana rakyat di negeri-negeri yang di perintah Pakatan telah menikmati apa tidak diperolehi rakyat di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).Bagaimanapun katanya, rakyat masih boleh membuat perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Rakyat masih berpeluang membuat perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang," kata Fuziah ketika berceramah di kampung Razali, dekat sini baru-baru ini. Pada majlis sama Fuziah mengingatkan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat supaya bersiap sedia menghadapi strategi dan penipuan BN dalam pilihan raya akan datang. Mengimbas pilihan raya ke-12 lalu, pihaknya berjaya mengesan penipuan BN yang dibuat secara licik dipercayai atas bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasukkan pengundi lama di dalam daftar pemilih.

Katanya, pihaknya mengesan sejumlah nama pemilih yang telah dibersihkan daripada daftar pemilih 2004 dimasukkan semula didalam daftar pemilih 2008."Bagi SPR mereka ini bukan pengundi hantu kerana nama mereka berada di dalam daftar pemilih itu," ujarnya.Ekoran itu, pihaknya membuat laporan polis menyebabkan pihak terbabit dipercayai berhati-hati atau tidak melakukan penipuan menyebabkan beliau menang di Kuantan dan Inderamahkota.

Fuziah menjangkakan perkara sama turut dilakukan di kawasan lain tetapi jentera pilihan raya di sana gagal mengesan menyebabkan mereka kalah dalam pilihan raya itu. Fuziah mendakwa, ekoran kejayaan cemerlang Umno Pahang atas permainan SPR, maka sebagai menghargai jasa kerajaan Umno Pahang menganugerahkan tanah seluas 400 ekar kepada pengerusi SPR yang dibuat atas nama seorang proksi."Kita ada bukti bergambar kaitan pengerusi SPR dengan proksinya yang mendapat anugerah daripada kerajaan Umno Pahang," ujarnya.

Menurut Fuziah, pengerusi SPR itu juga turut mendapat tanah di Selangor atas jasanya memenangkan Umno-BN Selangor dalam pilihan raya umum sebelum itu.Turut berceramah bersama Fuziah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang, Leong Ngah Ngah.

Leong berkata, BN terlalu mementingkan kroni dalam setiap tindak tanduknya dan ini berlaku di kawasan yang diwakilinya apabila kerajaan menganugerahkan projek pembangunan bandar Triang kepada syarikat milik bekas Adun Umno.Menurut Leong, syarikat Umno itu dipercayai menjual pula kepada sebuah syarikat milik anggota Gerakan

Demo bugil takdok maruah -Malaysiakini

KOTA BHARU, 17 Nov (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) mengadakan demontrasi 'bogel' bagi membantah kerajaan Selangor menaik kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat sebagai tidak bermaruah.

Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan untuk berbogel sebagai membantah kerajaan Selangor bukan satu cara demontrasi yang wajar dilakukan."Kisah Nabi Adam a.s dimurkai Allah sehingga telah dibogelkan dan dihantar ke atas bumi. Dan sampai di bumi beliau terus mencari daun kayu untuk menutup auratnya, jadi kita yang bermaruah pun nak buat bogel.

"Bogel tak boleh dilakukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, tak ada manusia yang boleh terima bogel, dalam bilik air pun kita dianjurkan berdoa untuk mengelak gangguan syaitan."Masih banyak lagi cara untuk menyampaikan sebarang bantahan atau tidak puas hati tetapi janganlah sampai untuk berbogel, ini cara seumpama monkey," katanya selepas merasmikan kedai London Fish Tales di Tesco Mall di sini, hari ini. Baru-baru ini Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar dilaporkan berkata mereka akan mengadakan demontrasi sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan Selangor untuk menaikkan kadar sewa rumah dari RM124 kepada RM250 sebulan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato' Muhammed Khusrin Munawi dilaporkan berkata, tindakan akan diambil kepada mereka yang berbogel kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata perbuatan berbogel merupakan satu tindakan tidak bermaruah dan akan memalukan rakyat Malaysia.Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap tindakan NGO bukan Islam yang cuba membuat bantahan terhadap keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan Pengkid iaitu perempuan yang menyerupai gaya hidup lelaki.

Beliau berharap NGO bukan Islam terbabit perlu berhenti membuat bantahan kerana ia melibatkan maruah agama Islam.Menurutnya semua fatwa yang dikeluarkan mesti berdasar al-Quran dan Hadis."Gagah sangat ke kita, handal ke kita nak lawan Allah, bila Allah larang bererti benda tu tidak baik, macam polis larang kita parking kereta tepi jalan, ertinya kita lawan keselamatan,mana boleh kita buat demikian," ujarnya. Kata beliau sikap NGO bukan Islam terbabit sebenarnya meniru kerajaan Umno sendiri yang juga melanggar keputusan dibuat fatwa.

"Saya merasakan mereka berani membantah hal-hal yang berkaitan dengan fatwa agama berpunca orang Islam sendiri yang acap kali melanggar fatwa yang diwartakan," katanya."Bagaimanapun saya berharap NGO bukan Islam jangan campur tangan dan NGO Hak Islam pun jangan lawan agama dia sendiri.Ditanya persiapan Kelantan bagi menghadapi kemungkinan banjir tahun ini, beliau berharap orang ramai tidak menjadikan banjir sebagai pesta kerana ia melibatkan nyawa dan harta benda.Oleh itu beliau menasihatkan ibu bapa agar mengambil berat terhadap keselamatan anak-anak,jangan biarkan mereka bermain di kawasan yang dinaiki air

RTM Perak Macam komunis -Malaysiakini

IPOH, 17 Nov (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa kesal terhadap Radio FM (RTM) Perak yang bersikap anti Kerajaan Pakatan Rakyat Perak walaupun ia berpengkalan di negeri itu. Rasa terkilannya itu dilahirkanya dalam penggulungan Perbelanjaan Bajet 2009 di Persidangan Akhir Dewan Negeri Perak di sini, 13 November lalu.

Katanya, walaupun ia berpengkalan di negeri Perak tetapi amalannya masih mengikut kehendak politik Kerajaan Pusat yang akhirnya segala kerja dan niat baik Kerajaan Pakatan Rakyat diselewengkan faktanya hingga memberikan fahaman negatif. Sementara itu, Harakahdaily mendapati radio itu dalam Warta Perak jam 5.00 petang semalam telah menyiarkan suasana kekecohan Adun BN yang menggangu Menteri Besar berucap membuat pengulungan Bajet 2009 Persidangan Akhir Dewan Negeri itu, yang bertujuan mengelirukan rakyat.

"Bukan sekadar ia tidak memberi liputan pada majlis rasmi Kerajaan Negeri, malah ia tidak melaporkan cara adil," kata Nizar. "Sikap sedemikian itu umpama "kacang lupakan kulit" kerana sikap mesra berbaik sangka yang diamalkan Kerajaan Perak ini termasuk kepada RTM Perak itu seolah-olah dibalas dengan tuba. Sepatutnya mereka mengikut rasmi alam seperti kata pepatah Melayu "dimana bumi dipijak di situ langgit dijunjung," tegasnya.

Sebagai tindak balas katanya, Kerajaan Negeri terpaksa menubuhkan Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM300.0000 setahun untuk menjayakan program-program penerangan dan mengadakan bahan-bahan cetakan.
Ulasan :
Nasib baik YAB Nizar tak buat macam Tan sri Khalid halau Selangor FM keluar dari Wisma Negeri. tapi kalau nak merasa buat lah selalu .

Kelab Penyokong Muda Selamat Dilancar- Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Hrkh) - Pemuda PAS melangkah setapak lagi dalam arena politik semasa apabila melancarkan Kelab Penyokong Muda PAS, di pejabat parti itu, semalam. Kelab tersebut ditubuhkan sebagai penghubung di antara PAS dengan masyarakat bukan Islam khususnya serta menambahkan kesedaran dan pemahaman terhadap peranan Pakatan Rakyat.

Kelab yang ditubuhkan melalui Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Pusat ini meletakkan syarat hanya mereka yang berumur 40 tahun ke bawah layak menyertai kelab ini. Pengerusi Kelab Penaja Kelab Penyokong Muda PAS, Vincent Lee berkata, kelab ini ditubuhkan memandangkan PAS menerima permintaan daripada golongan muda, khususnya mereka yang bukan Islam.

"Melalui kelab ini, kita akan mengadakan 'roadshow' di setiap negeri bagi kempen mengumpulkan ahli menjelang 27 Nov ini, di mana kita mensasarkan sebanyak 100,000 ahli akan menyertai kelab ini," kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kelab ini bersifat lebih muda, berbanding Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan pada 2004 lebih menekankan aspek politik. Katanya, melalui kelab ini, pelbagai program akan diadakan bagi mendapatkan lebih ramai ahli muda, selain meningkatkan tahap pemahaman golongan itu terhadap PAS.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, yang merasmikan kelab itu pula menyatakan bahawa kelab ini bakal memberi sumbangan besar kepada PAS sebagai pemangkin masa depan PAS."PAS serius dengan golongan bukan Islam, di mana PAS akan terus berhadapan dan menyelesaikan permasalahan orang bukan Islam memandangkan Islam memberi hak kepada semua, tanpa mengira kaum," tegas beliau.

Tambah beliau, penubuhan Kelab Penyokong Muda ini akan diberikan peranan sewajarnya di bawah Lajnah Perpaduan, selain PAS akan sentiasa bersama mereka di saat susah dan senang.Sementara itu, pada majlis pelancaran yang disempurnakan Salahuddin, para tetamu yang menghadiri majlis itu disajikan dengan tarian singa dan paluan Urumi Melam, satu muzik tradisional klasik kaum India.

Suasana meriah pada pelancaran itu menggamit minat dan menjadi tumpuan ramai pengguna jalan raya yang melalui Jalan Raja Laut untuk berhenti merakamkan gambar serta menerima informasi mengenai kelab berkenaan. Turut hadir dalam majlis pelancaran kelab itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan; Naib Ketua Pemuda, Azman Shapawi; Setiausaha, Sabky Yusof dan anggota exco Pemuda PAS Pusat dan ahli Kelab Penyokong PAS

Isnin, 10 November 2008

Rahsia Kejayaan Dakwah Rasulullah -Malaysiakini

Rasulullah SAW adalah contoh segala contoh. Baginda adalah contoh dalam hal ibadah, taqwa, contoh dalam hal akhlak, perjuangan, jemaah, pengorbanan, kasih sayang, pendidikan dan sebagainya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu..." (Al Ahzab: 21)

Mari kita gambarkan sebahagian contoh dari Rasulullah SAW itu agar dapat kita contohi. Agar dapat kita ikut serba sedikit apa yang dibuat oleh Rasulullah SAW itu. Di sini kita akan sebutkan dua perkara tentang Rasulullah SAW:

1. Rasulullah SAW tidak bersekolah
2. Rasulullah SAW diutus kepada bangsa Arab yang juga tidak bersekolah

Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah..." (Al Jumu'ah: 2)

Jadi gurunya tidak bersekolah, murid-muridnya pun tidak bersekolah. Guru tidak belajar, murid juga tidak belajar. Yang luar biasanya, apa yang Rasulullah SAW ajarkan kepada bangsa yang tidak ada pelajaran itu, boleh menggugat dunia. Hingga boleh jadi empayar.

Apa rahsianya? Ini perkara penting yang hendak kita perkatakan.
Rasulullah SAW seorang rasul tidak pernah belajar dengan mana-mana guru.

Sebab itu baginda dikatakan ummiy. Rasulullah SAW tidak menulis dan tidak membaca. Padahal agama yang terakhir di waktu itu ialah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Isa.

Ertinya ulama-ulama Islam masa itu masih wujud iaitu pendeta-pendeta yang menganut ajaran Nabi Isa. Peliknya, Rasulullah SAW tidak belajar langsung dengan ulama-ulama semasa itu.

Apa hikmahnya berlaku demikian? Kalau baginda belajarlah sedikit, sekurang-kurangnya ilmu yang asas-asas, apalah salahnya. Tetapi yang asas pun tidak.

Padahal agama yang akan dibawa oleh Rasulullah SAW sama dengan yang dibawa Nabi Isa terutama tentang ketuhanan. Cuma yang berbeza syariatnya sahaja. Ikut logiknya, apa salahnya jika Rasulullah SAW belajar sedikit dari ulama-ulama semasa itu, sedangkan agama yang hendak dibawa adalah sama.

Di antara hikmah mengapa Rasulullah SAW tidak pernah belajar ialah:
1. Kalau Rasulullah SAW pernah belajar, nanti ada musuh boleh mencelah dengan menuduh Rasulullah SAW bukan dapat wahyu.

Setidak-tidaknya, mereka akan kata, ilmu Rasulullah SAW itu sebenarnya separuh wahyu dan separuh lagi hasil belajar dari ulama-ulama di zaman itu. Ini bahaya terutama untuk jangka panjang. Itu pun memang ada orang Yahudi yang menuduh Rasulullah SAW pernah belajar dengan pendeta-pendeta Kristian dan Yahudi. Itulah hikmahnya Rasulullah SAW tidak belajar langsung dengan pendeta-pendeta agama Nabi Isa itu.

2. Agar nampak kebesaran Tuhan. Agar nampak Maha Besar dan Maha Kuasanya Tuhan. Betapa Tuhan mampu memberi ilmu terus kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan manusia.

Oleh kerana Rasulullah SAW tidak pernah belajar dari mana-mana guru, walaupun ada percubaan menuduh bahawa baginda pernah belajar, usaha-usaha itu gagal. Fakta sejarah yang mereka bawa jelas adalah bohong dan direka-reka. Di sinilah nampak kepada kita Maha Kuasanya Tuhan. Dia boleh mengajar langsung kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan manusia.

Walaupun Rasulullah SAW diutuskan untuk semua manusia, tapi awalnya baginda diutus kepada bangsa Arab. Mengapa? Rasulullah SAW diutus kepada bangsa Arab yang mundur, tidak tahu menulis, tidak tahu membaca, serta jauh daripada ilmu dan tamadun.

Sudahlah begitu, mereka jahat, keras hati, pengotor, berpecah belah, suka berkelahi, bergaduh dan berperang. Selalu berlaku, dengan sebab seekor unta, mereka berperang atau bermusuhan berpanjangan sampai beratus tahun.

Kalau kerana bangsa atau negara, bolehlah tahan. Ini kerana seekor unta, bersambung permusuhan kepada anak, cucu, cicit, piut dan generasi seterusnya sehingga lahirnya Rasulullah SAW. Di waktu itu juga sudah ada dua bangsa yang maju dan bertamadun, yang menguasai Timur dan Barat iaitu Rom dan Parsi.

Rom dan Parsi telah menjajah bangsa Arab. Dalam keadaan begitu, Allah utuskan Rasul kepada bangsa Arab yang lemah dan dhaif seperti digambarkan tadi.

Mengapa Allah utuskan Rasulullah SAW kepada bangsa Arab dan bukan kepada bangsa Rom dan Parsi? Hikmahnya, kalau Rasulullah SAW diutus kepada bangsa Rom dan Parsi yang sudah maju, bertamadun, pandai membaca dan menulis, sejarah akan kata, patutlah pimpinan Rasulullah SAW cepat maju, cepat bertamadun dan cepat menguasai dunia sebab Rom dan Parsi memang bangsa yang maju, pandai dan bertamadun. Nanti tidak nampaklah kebesaran Allah, Rasulullah SAW dan Islam.

Rasulullah SAW diutus kepada bangsa Arab yang jahat, keras hati, tidak tahu membaca, tidak tahu menulis, tidak bertamadun, berpecah belah tetapi baginda boleh selesaikan masalah-masalah itu dalam tempoh 23 tahun.



Ini tentulah luar biasa. Bangsa Arab itu telah berjaya diubah menjadi bangsa yang pandai, bertaqwa, bersatu padu, berkasih sayang, bekerjasama, dikasihi manusia, berjaya membina tamadun dan boleh menguasai manusia. Maka terlihatlah luar biasanya Tuhan, Rasulullah SAW dan Islam.

Apakah rahsia kejayaan Rasulullah itu? Mari kita belajar dari baginda. Kita sedang berhadapan dengan orang Islam, khususnya orang Melayu. Walaupun berada di dunia kemajuan, tetapi kita berhadapan dengan dunia yang paling maju. Kita tidak mampu untuk mencabar kemajuan Amerika, Eropah atau Yahudi.

Sudahlah begitu, kita umat Islam, selalu bergaduh dan berperang sesama sendiri. Ertinya umat Islam hari ini tidak ubah seperti bangsa Arab Badwi, berhadapan dengan Rom dan Parsi di waktu itu. Jadi pemimpin-pemimpin umat Islam hari ini jika hendak bangunkan semula orang-orang Islam, mesti contohi Rasulullah SAW.

Apa yang berlaku, sehingga hari ini, tiada siapa pemimpin yang mahu mengambil contoh dari Rasulullah SAW. Bahkan kebanyakannya masih mencontohi Yahudi, Amerika atau Barat. Padahal negara-negara umat Islam sudah lama merdeka. Ada yang sudah 50 tahun dan ada yang sudah 100 tahun merdeka tetapi masih hina, masih tertinggal dan masih berpecah belah kerana tidak mengambil Rasulullah SAW sebagai contoh.

Apakah anak kunci kepada kejayaan Rasulullah SAW sehingga bangsa Arab yang begitu mundur, jahat dan ketinggalan waktu itu, mampu diproses hanya dalam tempoh 23 tahun?

Sehingga mereka dapat mengatasi Rom dan Parsi. Rahsia inilah yang perlu kita ketahui supaya dapat kita contohi untuk dapat pula kita bangunkan semula umat Islam sama ada orang Melayu, orang Arab dan lain-lainnya. Insya-Allah, jika kita contohi Rasulullah SAW, dalam masa yang pendek, kita akan dapat hasil yang sama dengan apa yang telah dicapai oleh baginda.



Cuba lihat, kalau kita baca ayat-ayat Al Quran yang Rasulullah SAW guna untuk mendidik bangsa Arab, ayat pertama yang Rasulullah SAW guna, bukan ayat yang berkaitan dengan ekonomi. Baginda berjuang juga tidak bermula dari kebudayaan atau kemajuan. Tapi dimulakan dengan:
Maksudnya: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-mu..." (Al Alaq: 1)

Dari ayat ini ada dua perkara yang penting iaitu:
1. Ilmu
2. Tuhan

Kedua-dua perkara ini digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mendidik bangsa Arab. Iaitu Baginda beri ilmu dahulu, kemudian beri Tuhan. Bila ada ilmu maka dapat miliki Tuhan, dapat buat kemajuan dan rasa bersama serta sifat bekerjasama akan datang sendiri.

Anak kuncinya adalah Tuhan. Dari membaca dapat ilmu. Dari ilmu lahir perlaksanaan. Dari perlaksanaan lahir kemajuan dan dari kemajuan, lahirlah tamadun.

Dari ayat ini, Tuhan mengajak umat Islam supaya membaca atas nama Tuhan, mencari ilmu atas nama Tuhan, melaksanakan ilmu atas nama Tuhan, buat kemajuan, bina tamadun, berekonomi, berjemaah dan bekerjasama atas nama Tuhan.



Buat apa pun mesti atas nama Tuhan.
Tentang ilmu, tidak perlu kita bahas sangat. Walau tidak didorong pun, orang memang hendak pandai dan hendak belajar. Tetapi untuk beri Tuhan, itulah yang susah. Rasulullah SAW hendak beri Tuhan itu, bukan sekadar untuk aqidah cukup makan.

Kita sudah belajar bahawa Tuhan wujud. Wujudnya Tuhan tidak ada permulaan, tidak serupa dengan yang baharu, tidak didahului oleh tiada dan Tuhan itu berkuasa. Ini hanya aqidah untuk cukup makan.

Aqidah yang begini, apakah boleh menyebabkan orang takut dan cintakan Tuhan? Siapa boleh akui bahawa dia sudah cinta dan takut dengan Tuhan? Rasa malu, rasa hina dengan Tuhan? Merasakan Tuhan segala-galanya, hingga tanpa ada Tuhan, tidak boleh hidup? Merasa Tuhan diperlukan sepanjang masa.

Tiada siapa yang merasa demikian.

Aqidah kita, kalau hanya cukup makan, ia diibaratkan seperti makan nasi tanpa lauk. Aqidah kita hanya sekadar agar jangan jadi kafir. Padahal Tuhan itu patut ditakuti dan dicintai. Sepatutnya kita rasa bahagia dengan Tuhan, rasa bahagia bersandar dengan Tuhan.

Jadi yang dimaksudkan kerja hendak bagi Tuhan kepada manusia mesti sampai ke peringkat ini. Bukan sekadar beri aqidah cukup makan. Kalau aqidah cukup makan, kita akan bergaduh, berperang, tidak boleh bekerjasama, tidak boleh bersatu, tidak boleh maju dan tidak boleh tumbangkan musuh.

Yang menyedihkan, hari ini, yang dikatakan ulama-ulama itu pun aqidahnya hanya setakat cukup makan. Bagaimana mereka hendak mengajar manusia?

Kalau ulama itu aqidahnya hanya setakat cukup makan, apa yang diberinya pada orang, apa yang diajarkan juga adalah aqidah cukup makan. Sebab itu perjuangan Rasulullah SAW ada dua peringkat yakni:

1. Perjuangkan Tuhan selama 13 tahun, padahal Tuhan itu Esa, tidak banyak.
2. Rasulullah SAW perjuangkan syariat selama 10 tahun sahaja sedangkan syariat itu beribu-ribu banyaknya.

Rasulullah perjuangkan Tuhan selama 13 tahun di era Mekah sehingga Sahabat-Sahabat takut dengan Tuhan, cinta dengan Tuhan, rasa besar dengan Tuhan, rasa bahagia dengan Tuhan dan rasa seronok berkawan dengan Tuhan. Sebab itu pengaruh dunia langsung tidak masuk ke hati mereka. Kerana itulah mereka boleh bersatu, bekerjasama, sanggup jual seluruh dunianya untuk Tuhan.



Mereka rasa cukup apabila dapat Tuhan. Yang lain jadi kecil.
Bila takut dengan Tuhan, semua dikorbankan. Kerana cintakan Tuhan maka mereka tidak terpengaruh dengan cinta dunia, cinta duit atau cinta pangkat.

Oleh kerana sudah tidak hendakkan dunia kerana Tuhan, Tuhan beri mereka dunia. Ini rahsianya. Selagi umat Islam cinta dunia, mereka bukan sahaja akan bergaduh, berebut sesama sendiri, bahkan dengan anak isteri pun boleh bergaduh. Kerana harta bergaduhlah adik-beradik.

Inilah akibatnya bila cinta Tuhan sudah beralih kepada cinta dunia. Sebab itu Tuhan tidak serahkan bumi ini kepada orang Islam, tetapi diberi kepada orang kafir. Biarlah orang kafir bergaduh pasal dunia.

Jadi rahsia agar umat Islam berwibawa dan dapat kuasai dunia ialah kita mestilah takut dan cinta pada Tuhan.

Untuk didik orang agar takut dan cintakan Tuhan itu bukan boleh dibuat oleh sebarang pemimpin. Kalau zaman dahulu Rasul saja yang buat kerja ini. Selepas itu, mujaddid sahaja yang mampu buat.

Sebab itu, dengan rahmat Tuhan, di setiap awal kurun, ada mujaddid. Bila datang awal kurun, umat Islam wajib cari pemimpin mujaddid ini. Bila jumpa, mesti taat padanya sebab hendak bersandar dengan ulama sudah tidak boleh sebab ulama pun aqidahnya hanya cukup makan.

Jadi rahsia umat Islam hendak bangun semula, jangan mulakan dengan ekonomi atau dengan kemajuan, tapi mestilah bermula dengan memberi Tuhan.

Beri tarbiah bab Tuhan sampai datang rasa takut dan cintakan Tuhan. Anak kuncinya adalah Tuhan. Dapat Tuhan, dapat segala-galanya. Dapat Tuhan, Tuhan akan serah dunia.

Buktinya orang Arab, bila dapat Tuhan maka mereka dapat kekuatan luar biasa. Akhirnya dapat menjadi empayar dunia. Inilah yang sudah dilupakan umat Islam. Mereka berjuang bermula dari ekonomi, bukan bermula dari mendapat Tuhan

Jumaat, 7 November 2008

MCA tuju Kat UMNO tu ... Dia pun Sama gak -Malaysiakini

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman.

Dengan mengambil Barack Obama, yang dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat, sebagai contoh, Ong berkata: "Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Sudah sampai masanya bagi kita membebaskan diri melakukan sesuatu perkara secara ortodoks. Di Amerika Syarikat, ia mengambil masa lebih 200 tahun bagi seorang lelaki kulit hitam untuk dipilih sebagai presiden di sebuah negara yang dikuasai orang kulit putih.

"Ironiknya, rakyat di Malaysia, yang bersorak untuk Obama tidak berfikir bahawa seorang wanita Cina itu layak menerajui PKNS, kata Ong yang juga Menteri Pengangkutan, dalam satu kenyataan di sini.

Ong berkata, reaksi daripada sesetengah ahli politik daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang berhubung pelantikan itu menunjukkan bahawa mereka masih lagi berada di dalam kepompong perkauman mereka sendiri.
- Bernama

Isnin, 3 November 2008

PCSD berjaya tubuh sayap Nisa cawangan , UMNO makin kecut

alhamdulillah PAS cawangan SERKAM DARAT telah berjaya menubuhkan sayap nisa' salah satu daripada NGO yang berada dibawah Dewan Muslimat pada 1/11/2008 pada jam 3.30 petang. Majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka, Ust Kamaruddin bin Hj sidek, Setiausaha Dewan Muslimat Pas Negeri Melaka, Puan kintan man, Pengarah Nisa Negeri Melaka, Puan mahani Osman Basir dan Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan, Puan Hjh Shopiah binti Hj.Ahmad.

apa nak jadi : 257,411 bayi luar nikah

Gejala keruntuhan akhlak dikalangan muda mudi di Malaysia berada ditahap begitu kritikal. Ini ekoran makluman dari salah sebuah akhbar tempatan bahawa seramai 257,411 bayi luar nikah dilahirkan sejak tahun 2000 sehingga Julai lalu.

Malangnya Malaysia yang dipanggil sebagai Negara Islam selama ini rupa-rupa antara negara penyumbang untuk melahirkan 'produk haram'. Sedih sekali bila membaca berita ini, Apa agaknya usaha kerajaan selepas mendengar permasalahan ini. Bagi saya ia sudah terlalu serius dan wajar untuk diperbincangkan bagi mengatasi masalah ini.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.
Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

Walaupun tiada perincian dibuat tetapi saya dapat jangkakan majoriti yang terlibat di dalam gejala ini adalah bangsa Melayu yang beragama Islam. Inilah kesannya jika Islam pun dipolitikkan dan bukannya untuk dilaksanakan..Jika keadaan ini berterusan tidak mustahil jika Malaysia akan menjadi seperti negara jiran kita, Thailand. Apa yang dapat saya risaukan, bagaimana agaknya generasi ini hendak mentadbir negara pada masa akan datang ??

respon kawan pada sahabat silembiks:
kalau yang bilangan kat malaysia saja .. kat melaka saja yang dilaporkan dalam 155 orang anak luar nikah .. tu yang dilaporkan tapi kalau yang tak dilaporkan rasanya banyak .. itulah sumabangan yang diberikan oleh kerajaan BN dalam menambahkan bilangan rakyat dalam negeri melaka.