Followers

Isnin, 17 November 2008

Siasat Umno Pahang !!!!!- Malaysiakini

KUANTAN, 17 Nov (Hrkh) - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, rakyat Pahang sepatutnya menyesal kerana tidak mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum Mac lalu.Ini kerana rakyat di negeri-negeri yang di perintah Pakatan telah menikmati apa tidak diperolehi rakyat di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).Bagaimanapun katanya, rakyat masih boleh membuat perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Rakyat masih berpeluang membuat perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang," kata Fuziah ketika berceramah di kampung Razali, dekat sini baru-baru ini. Pada majlis sama Fuziah mengingatkan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat supaya bersiap sedia menghadapi strategi dan penipuan BN dalam pilihan raya akan datang. Mengimbas pilihan raya ke-12 lalu, pihaknya berjaya mengesan penipuan BN yang dibuat secara licik dipercayai atas bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasukkan pengundi lama di dalam daftar pemilih.

Katanya, pihaknya mengesan sejumlah nama pemilih yang telah dibersihkan daripada daftar pemilih 2004 dimasukkan semula didalam daftar pemilih 2008."Bagi SPR mereka ini bukan pengundi hantu kerana nama mereka berada di dalam daftar pemilih itu," ujarnya.Ekoran itu, pihaknya membuat laporan polis menyebabkan pihak terbabit dipercayai berhati-hati atau tidak melakukan penipuan menyebabkan beliau menang di Kuantan dan Inderamahkota.

Fuziah menjangkakan perkara sama turut dilakukan di kawasan lain tetapi jentera pilihan raya di sana gagal mengesan menyebabkan mereka kalah dalam pilihan raya itu. Fuziah mendakwa, ekoran kejayaan cemerlang Umno Pahang atas permainan SPR, maka sebagai menghargai jasa kerajaan Umno Pahang menganugerahkan tanah seluas 400 ekar kepada pengerusi SPR yang dibuat atas nama seorang proksi."Kita ada bukti bergambar kaitan pengerusi SPR dengan proksinya yang mendapat anugerah daripada kerajaan Umno Pahang," ujarnya.

Menurut Fuziah, pengerusi SPR itu juga turut mendapat tanah di Selangor atas jasanya memenangkan Umno-BN Selangor dalam pilihan raya umum sebelum itu.Turut berceramah bersama Fuziah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang, Leong Ngah Ngah.

Leong berkata, BN terlalu mementingkan kroni dalam setiap tindak tanduknya dan ini berlaku di kawasan yang diwakilinya apabila kerajaan menganugerahkan projek pembangunan bandar Triang kepada syarikat milik bekas Adun Umno.Menurut Leong, syarikat Umno itu dipercayai menjual pula kepada sebuah syarikat milik anggota Gerakan

Tiada ulasan: