Followers

Sabtu, 27 Disember 2008

Muslimat Lancar kempen Jom Bersaudara -Malaysiakini

Bagi memurnikan kecintaan dan amalan serta cara hidup Islam di kalangan umat Islam serta membetulkan salah faham terhadap agama ini yang dianggap keras dan ganas, Lajnah Penerangan dan Dakwah serta Lajnah Perpaduan Nasional, Dewan Muslimat PAS Pusat menganjurkan Kempen Kita Bersaudara.

Kempen yang bermula pada Disember 2008 dan berakhir pada 30 Mei 2009 itu akan dilancarkan pada 31 Disember nanti di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, kempen tersebut mensasarkan khusus untuk anggota Kelab Penyokong PAS serta seluruh rakyat Malaysia di seluruh negara tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

Aiman Athirah menjelaskan, kempen tersebut juga bertujuan sebagai suatu penegasan semula kepada semua lapisan masyarakat khususnya yang belum Islam dan masyarakat awam bahawa Islam itu merupakan cara hidup, holistik, sejagat dan rahmat kepada alam.

Katanya, kempen tersebut juga bagi menghidupkan sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan menjadikannya ikutan sepanjang zaman.Menurut Aiman Athirah, sepanjang kempen tersebut, siri jelajah serta pelancarannya akan dilancarkan di setiap negeri.

Selain itu katanya, bagi menggalakkan umat Islam untuk turut sama menyumbangkan dalam gerak kerja dakwah di seluruh negara, mereka boleh mewaqafkan telekung, al-quran dan sejadah melalui pengeluaran kupon waqaf sebanyak RM50 sepanjang kempen tersebut.

Dalam pada itu, program Jejak Pendakwah, Malam Apresiasi Seni serta Konvensyen Wanita Islam Malaysia akan diadakan sepanjang kempen tersebut.

Tiada ulasan: