Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mendapati tiada kegiatan ajaran sesat di negeri ini hasil siasatan yang sudah dijalankan setakat ini. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Ramli Nuh, berkata dakwaan yang kononnya wujud beberapa aliran ajaran sesat di negeri ini tidak berasas kerana siasatan yang dibuat terhadap beberapa pihak tertentu mendapati ia hanya merujuk kepada doktrin amalan, bukannya percanggahan akidah.
Beliau berkata, pegawai penguat kuasa JHEAT sudah menjalankan siasatan di beberapa kawasan yang didakwa berlaku ajaran sesat dan mendapati tiada guru terbabit mengajarnya.
Ramli turut menafikan dakwaan kononnya Ariffin Muhammad atau Ayah Pin mengadakan korban ternakan pada Aidiladha minggu lalu di Batu 13, Hulu Besut. Katanya, Ayah Pin tidak ada di kawasan itu dan tidak menjadi kesalahan jika ada pengikutnya melakukan ibadat korban.
Beliau berkata, dakwaan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 15 Disember lalu, kononnya Ayah Pin turut mengadakan korban pada hari itu hanyalah berdasarkan cakap dengar.

betah pendekarserkam:
agaknya jabatan agama nie tidur kot masa buat kerja. Ajaran Ayah Pin kan pernah diisytiharkan seset oleh majlis fatwa kebangsaan kenapa masih dibiarkan aktif lagi ?? makan gaji buta ker ?kalau dah tau benda tu sesat lagi menyesatkan buat tindakan.Jangan biarkan perkara ini berleluasa. Atau Jabatan Agama nie dah makan suap sehinggakan tak berani untuk menangkap Ayah Pin??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan