Dalam sehari dua ini terdapat pihak tertentu yang cuba memainkan semula dan memanipulasi isu perkauman untuk mewujudkan pemusuhan dan perasaan benci membenci antara kaum.Isu berkaitan Kuil Sri Maha Kaliamman di Sri Ampang Selangor yang didakwa akan dirobohkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat disensasikan untuk mewujudkan perasaan kebencian kepada kerajaan negeri.Hakikatnya kuil tersebut dirobohkan bagi tujuan pengubahsuaian dan dukumentasi setelah 19 tahun bergelumang dengan pelbagai masalah dan diabaikan sejak zaman Mad Taib dan Khir Toyo semasa menjadi menteri besar lagi.Awal pagi ini, rumah ibu bapa YB Teresa Kok ahli Parlimen Seputeh yang baru dibebaskan ISA dilontar dengan bom petrol. Dipercayai rentetan dari isu azan dan tulisan jawi serta komennya yang telah disilap tafsir tentang makanan semasa beliau ditahan dalam ISA seperti 'makanan anjing'. Saya ingin menasihatkan pihak berkenaan yang cuba menggunakan isu perkauman untuk kepentingan politik sempit carilah isu atau pendekatan lain. Rakyat Malaysia semakin bijak dan matang dalam menilai dan menangani sesuatu isu.Satu ketika dulu, isu perkauman mungkin senjata ampuh untuk membuat provokasi dan 'menghalalkan' sesuatu tindakan mereka kini rakyat Malaysia semakin bijak menilai kebenaran dan kepalsuan.Apa yang berlaku dalam isu Datuk Ahmad Ismail, Ketua Umno Bukit Bendera yang 'direhatkan' dengan isu orang cina sebagai penumpang membuktikan bahawa rakyat Malaysia tidak termakan 'umpan' yang mereka hulurkan.Keadaannya sama apabila isu tuduhan liwat terbaru pada DSAI dan tangkapan terpilih BPR, rakyat sudah tahun skrip dan jalan cerita serta kesudahannya. Malah watak-watak pelakon utama tak perlu diperkenalkan. Rakyat dah dapat menilai yang mana kaca yang mana permata.Dalam tempoh penghujung Ramadhan ini sepatutnya mereka merebut peluang ini untuk membanyakkan diri dengan beribadat dan memohon keampunan dari Allah dengan meninggalkan kerja sia-sia dan tak berfaedah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan