Ramadan sepatutnya mengubah diri kita atau membantu kita untuk mengubah diri. Di bawah ini dinyatakan 10 perkara bagaiman Ramdhan boleh membantu kita melakukan perubahan diri.
1. Mengenali diri
Seseorang itu tidak akan dapat melakukan perubahan dalam dirinya tanpa ia mengenali dirinya sendiri, dari segi kekuatan, kelemahan, sumber yang ia ada dan lain-lain.
Ahli perang Cina, Sun Tzu ada mengatakan “Kenali diri anda dan kenali musuh anda, setiap seribu peperangan beroleh seribu kemenangan.”
Dalam ilmu pengurusan proses mengenali diri ini dapat dilakukan melalui Analisa SWOT iaitu menganalisa Strength – Kekuatan, Weakness – Kelemahan, Opportunity – Peluang dan Threat – Ancaman.
Proses ini sering kita gunakan untuk urusan kerja di pejabat dan bagi syarikat tempat kita bekerja tapi tidak ramai yang menggunakannya bagi kegunaan peribadi atau keluarga ke arah pembaikan dalam kehidupan.
Ramadan memberi peluang untuk kita mengenali diri kita. Sejauh mana kita sabar, ikhlas, bersyukur dan pelbagai nilai-nilai yang lain kerana kebiasaannya pada bulan Ramadan seseorang itu akan lebih peka terhadap persoalan-persoalan ini kerana ingin menjaga ibadah puasanya.
Oleh itu gunakanlah kehadiran Ramadan untuk mengenali diri kita. Wujudkanlah masa untuk menghisab diri dan gunakanlah sistem-sistem yang banyak terdapat untuk lebih mengenali diri sendiri. Saidina Umar berkata
“Hisablah diri kamu sebelum kamu menghisab diri dan pertimbangkanlah amalan kamu sebelum ia ditimbang.”
2. Pengurusan hidup
Siapa yang gagal untuk merancang sesungguhnya ia merancang untuk gagal. Demikianlah kata-kata hikmah yang terdapat dalam ilmu pengurusan.
Pengurusan hidup adalah penting. Tanpanya kita akan kerugian kerana terlepas peluang, membazir sumber, tidak mengoptimumkan potensi diri dana lain-lain.
Ramadan adalah bulan yang baik bagi melatih kebiasaan pengurusan hidup yang baik. Sepanjang bulan Ramadan, urusan harian kita akan bertambah kerana kita masih perlu menunaikan kerjaa-kerja biasa di pejabat dan di rumah di samping itu juga melakukan pelbagai ibadah yang dianjurkan seperti Tarawih, Witr, Sahur, Tadarus bagi meraih fadilat Ramadan.
Kesemua ini menuntut kemahiran pengurusan. Jika tidak, kemungkinan besar akan ada yang terabai dan tertinggal dan ini pastinya akan merugikan kita.
Sekiranya kita secara sedar merancang kehidupan kita di bulan Ramadan bagi memenuhi tanggungjawab harian dan ibadah, ia akan membentuk kebiasaan yang baik. Kebiasaan ini jika diteruskan dalam kehidupan harian akan menyumbang kepada kejayaan dan perubahan yang besar dalam kehidupan.
Namun ingatlah bahawa yang penting ialah mengurus hidup bagi menghadapi hari pembalasan. Allah taala berfirman yang bermaksud
“Wahai orang yang beriman. Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap jiwa melihat apa yang ia sediakan untuk hari esok (hari pembalasan) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan” (Al-Hasyar : 18)
3. Mengawal diri
Bagi mengubah kehidupan kita, kita perlulah mampu untuk mengawal diri kerana kehidupan ini dipenuhi dengan pertarungan dan persaingan dengan pelbagai kepentingan dan keinginan.
Hanya mereka yang mampu mengawal diri sahaja yang dapat memilih apa yang terbaik bagi perubahan dirinya. Jika tidak, nafsu yang akan menjadi raja dalam diri. Betapa ramai kita lihat manusia hilang maruah dan melakukan pelbagai perkara kerana tidak mampu mengawal diri. Bapa yang tidak mampu mengawal dirinya melakukan perbuatan sumbang terhadap anaknya atau orang gajinya. Ramai remaja hari ini kecundang dengan pelbagai tarikan nafsu adalah kerana ketiadaan mekanisme kawalan dalaman dalam diri sendiri.
Puasa adalah latihan yang terbaik bagi kawalan diri kerana ia membina kawalan dalaman yang lebih kuat dari kawalan luaran. Seorang yang mengawal dirinya kerana faktor luaran seperti takut kepada ibu bapa akan mudah kecundang apabila ibu bapanya tiada bersamanya atau berada di belakang mereka.
Puasa membina kekuatan dalaman kerana ia hakikat puasa bukan hanya menahan dari lapar dan dahaga tetapi lebih dari itu. Lagi pula seseorang yang benar-benar berpuasa dia akan dilatih untuk menjaga dirinya dari pelbagai kejahatan walau pun bersendirian kerana ia menyedari Allah taala maha melihat dan tidak mahu pahala puasanya berkurangan.
Gunakanlah Ramadan sebagai latihan bagi mengawal diri.
4. Empati
Antara masalah dunia hari ini ialah meratanya sikap individualistik dalam diri. Apabila seseorang itu hanya mementingkan kepentingan peribadi, maka ia tidak akan peduli dengan nasib orang lain atau ia akan mencapai kepentingan diri di atas kesengsaraan orang lain.
Sering kali, dalam proses merubah kehidupan kita, perkara seperti ini akan berlaku. Satu cara untuk kita membuang sifat individualistik ialah dengan membina sifat empati. Empati ialah sifat yang mana kita meletakkan diri kita pada keadaan seseorang dan merasakan apa yang orang itu rasakan.
Puasa di bulan Ramadan adalah satu cara untuk membina sifat ini. Kerana dengan berpuasa kita bukan hanya merasakan kelaparan dan kesulitan tetapi juga disuruh untuk merasakan juga bagaimana kelaparan orang miskin dan pelarian di merata tempat.
Hanya apabila kita mempunyai empati kita akan mengambil berat akan nasib orang lain. Dengan itu kita bukan hanya berusaha untuk mengubah diri kita tetapi juga mengubah keadaan hidup orang lain.
5. Hidup untuk berkhidmat pada yang lain
Ramadan mengajar kita agar sentiasa berkhidmat pada orang lain. Kita bukan hanya disuruh untuk menjadi seorang mukmin yang soleh tetapi juga yang menjadikan orang lain soleh.
Di dalam bulan Ramadan kita diperintah untuk mengeluarkan zakat fitrah. Ia adalah simbol bagi sikap mengambil berat terhadap kesusahan orang lain dan berusaha untuk membantu yang lain.
Dalam berusaha untuk mengubah diri kita, hendaklah kita memperuntukkan sedikit masa bagi berkhidmat kepada orang lain. Sebenarnya Islam mengajar umatnya bahawa mereka boleh menolong diri sendiri dengan menolong orang lain. Apabila kita menolong orang lain, Allah akan membantu kita. Akan ada orang lain yang akan bersimpati untuk membantu kita pula. Pahala yang kita perolehi dari menolong orang lain pula akan memberi keberkatan dalam hidup. Keberkatan inilah yang paling penting bagi kita untuk kebahagiaan hidup. Betapa ramai orang kaya tetapi jiwanya tidak tenteram. Sebaliknya, ramai orang yang kurang berharta tetapi hidupnya baik-baik sahaja kerana keberkatan dari Allah taala.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
“Siapa yang tidak mengasihi manusia, Allah tidak akan mengasihi dia.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Ertinya kasihilah orang lain sebelum kita dikasihi. Berkhidmat kepada yang lain sebelum mengharap orang berkhidmat kepada kita untuk mengubah kehidupan.
6. Membiasakan kebiasaan yang baik
Antara perkara yang perlu dipertingkatkan dalam kehidupan ialah kebiasaan yang baik. Apabila kita tidak mempunyai kebiasaan yang baik, hidup kita akan diisi dengan kebiasaan yang tidak baik. Inilah lumrah hidup.
Ramadan memberi peluang untuk kita mempertingkat dan mengukuhkan kebiasaan yang baik. Di dalam Ramadan kita dididik untuk bersederhana dalam pemakanan, bangun pagi awal, beribadah secara konsisten, berhenti atau mengurangkan merokok dan lain-lain.
Oleh itu, kita perlulah mengambil peluang ini. Kita boleh mula berfikir dari sekarang akan apa kebiasaan yang baik untuk diteruskan selepas Ramadan dan merangka langkah-langkah bagi menjayakannya sehingga Ramadan akan datang.
Rugilah kita jika tiada apa-apa kebiasaan yang baik yang dapat dipertingkatkan selepas Ramadan kerana Rasulullah s.a.w bersabda seorang muslim yang hari ini sama seperti semalam, ia adalah orang yang rugi.
7. Bersemarak rasa mulia diri
Ramadan dipenuhi dengan pelbagai ujian. Ramadan adalah satu perjuangan. Sekiranya kita berjaya menunaikan perjuangan ini dengan baik dan mengatasi ujian-ujian yang ada, ia akan membina rasa kemuliaan dan keyakinan terhadap diri.
Bayangkan jika kita dapat melakukan kerja-kerja kita di pejabat sama seperti hari biasa atau sama seperti rakan-rakan bukan Islam sedangkan kita berpuasa, tidakkah ini merupakan satu pencapaian yang mendedahkan keupayaan kita.
Banyak yang boleh kita dapati dari bulan Ramadan bahawa kita sememangnya boleh dan mampu.
Hidup sememangnya memerlukan rasa mulia diri dan keyakinan. Jika kita potensi kita akan terabai.
Namun perasaan mulia dan yakin hanya timbul jika kita benar-benar berjuang dan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan Ramadan. Mereka yang Ramadannya hanya ala kadar sahaja, tidak akan mampu merasakan perasaan ini. Maka ia hilang peluang
8. Menjadi contoh yang baik
Mengapakan Ramadan dipenuhi dengan pelbagai hikmah bagi membina nilai-nilai positif dalam hidup kita? Kerana sebagai orang Islam, kita perlulah menjadi contoh yang baik.
Jika kita boleh bekerja seperti biasa di bulan Ramadan, orang akan kata ‘Lihatlah pekerja Islam itu, walau pun ia berpuasa tetapi ia tetap rajin seperti biasa’.
Ramadan mengajar kita sabar, keinsafan, syukur dan sifat belas kasihan. Jika kesemua ini memberi kesan dalam hidup kita dan terus dihayati dalam kehidupan, orang akan pasti melihat nilai-nilai ini dalam kita dan sentiasa mengaitkan nilai ini dengan kita – umat Islam.
Dalam keadaan hari ini yang sering kali umat Islam dikaitkan dengan elemen negatif, kita perlulah berperanan untuk menjadi contoh yang baik bagi mengubah perkara ini.
Bulan Ramadan merupakan bulan latihan bagi menjadikan kita contoh yang baik.
9. Ramadan & Persekitaran Yang Baik
Mengapakah di bulan Ramadan kita kurang cenderung kepada keburukan dan lebih sedar terhadap kebaikan? Kerana Ramadan menyediakan persekitaran sedemikian.
Allah taala mensyariatkan Ramadan dengan pelbagai program yang membentuk persekitaran yang baik untuk kita seperti syaitan dibelenggu, ganjaran diganda, pelbagai ibadah untuk dilakukan dan kita beribadah sebagai satu masyarakat bukan individu.
Apabila kita berada dalam persekitaran yang baik, kita akan lebih cenderung pada kebaikan dan sebaliknya. Apabila kita beribadah sebagai satu masyakarat atau berjamaah, kita lebih kuat dan lebih banyak berkat.
Kenapa di luar Ramadan ramai di antara kita sukar berpuasa sunat? Kerana tiada persekitaran yang mendokong kita.
Dengan ini Ramadan mengajar kita pentingnya persekitaran untuk mengubah diri kita. Carilah persekitaran itu dan wujudkanlah ia dalam kehidupan kita.
10. Dengan mengenali diri, mengurus kehidupan dan persekitaran yang baik = Yakin boleh!
Untuk mengubah diri menjadi seorang muslim yang baik selepas Ramadan, kita perlu mengenal diri sendiri, mengurus kehidupan dan berada dalam persekitaran yang baik.
Kesemua ini ada dalam bulan Ramadan. Jika kita lepaskan peluang untuk membina perkara-perkara tadi dengan kehadiran Ramadan, ditakuti tiada perubahan yang berlaku dalam hidup kita dan kita perlu menanti Ramadan pada tahun hadapan. Sedangkan ia adalah satu yang tidak pasti kerana tiada siapa yang dapat menjamin bahawa usia kita akan panjang untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan.
Janganlah kita tunggu hari esok untuk mengubah diri kita kerana setiap detik dalam kehidupan adalah amanah yang akan dipertanggungjawabk an.
Ambillah langkah segera untuk mengenal diri, merancang hidup peribadi dan keluarga dan mewujudkan persekitaran yang baik. Selagi kita masih bernafas, belum terlambat untuk memulakannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan