Sekitar 10,000 orang yang berhimpun di Stadium Melawati,Shah Alam Selasa malam begitu mengharapkan nak dengar suara dan lihat wajah empat orang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang didakwa nak melompat. Ini menjadi daya penarik ramai selain dari nak dengar sendiri apa Datuk Seri Anwar Ibrahim nak kata pasal kes dakwaan liwat pembantu khasnya. Agendadaily yang berada di celah orang ramai bersesak di stadium tertutup itu dapat melihat wajah hampa sesetengah mereka bila perhimpunan itu berakhir. “Apa cerita ni,dengar kata empat MP BN yang nak lompat tu hadir malam ni..tak ada pun,”kata seorang yang memakai kemeja T yang ada lambang PKR kepada beberapa orang rakannya semasa mereka sedang bergerak keluar dari stadium itu. Cerita yang tersebar pada sebelah siang hari ialah pada pada malam itu nama empat orang MP BN itu akan diumumkan di perhimpunan itu.
Namun Anwar membuat mereka terus tertunggu lagi. Alasan yang diberikannya semasa berucap ialah nak tunggu lagi waktu yang lebih sesuai. “Malam ini sepatutnya kita jadual saya umum akan bertanding dalam pilihan raya kecil dan malam ini juga, saya dapat kepastian dua ahli parlimen UMNO dan dua ahli parlimen yang lain menyeberang ke Pakatan Rakyat. “Saya ingin memberi makluman bahawa empat orang ini masih tetap kekal dengan Pakatan Rakyat. Saya ambil keputusan menangguhkan pengumuman nama empat orang itu pada masa terdekat atau dalam beberapa minggu lagi kalau boleh supaya keadaan lebih reda,”katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan