Followers

Rabu, 9 Julai 2008

Hukum berkahwin dengan peliwat & isu sebenar

Ummu Waheedah
Sebelum ini saya mengulas ulasan balas terhadap tulisan saya bertajuk -DSAI-kerana dirimu begitu berharga'. Saya ada menegur tindakan Topeng Perak yang memulakan episod kutuk mengutuk dan membawa pembaca beramai2 berkerumun (secara tak langsung mempromosi) di blog tunang saiful Saya sendiri tidak tergiur untuk melawat blog yg tidak langsung memberikan apa2 tarbiah kepada hati malah hanyalah tempat untuk menyuarakan isi hati seorang yang tidak berpandukan agama dalam hidup, agama sekadar hiasan pada nama sahaja.

Saya tak pasti komen2 dibawah itu diamblil dari blog atau dari tranungkite kerana tidak dinyatakan sumber. Namun saya pasti ianya hasil hari interaksi pembaca terhadap tunang Saiful. Dari dahulu saya tidak setuju orang ketiga dilibatkan dalam kes penuduh, malah cerita tentang penuduh secara berlebih2an juga adalah satu perkara sia2 dan dosa mengumpat. Ada kalanya saya melihat ianya seperti suatu keadaan terdesak untuk mempertahankan tertuduh.Sepatutnya kalau kita tak bersalah, apa nak dikecohkan. tunggulah orang yg menuduh bawa bukti.

DSAI sendiri saya lihat tidak gentar dengan tuduhan itu, beliau lebih menitik beratkan isu yang perlu dijawap oleh kerajaan iaitu isu kenaikan minyak, kemana perginya duit ekspot minyak yg melambung naik,isu VCD lingam dll. Beliau sudah menerima tuduhan yg hebat 10 tahun ynag lau dan tak heranlah nak bertarung kali ini. Sebaliknya ada pula orang tertentu yang cuba mengalihkan pandangan/fokus umat khususnya yang kurang matang/emosional untuk sibuk berbincang hal Saiful dan tunangnya. Kadang2 saya merasa syak pula kepada dalang yang membawa / mengalih fokus ummat ini. Maafkan saya atas syak ini.

sejam tadi saya melihat slot Hujah di TV9 dimana panel jemputan ialah Dr MAZA yg terglamer lagi dengan isu menyuruh pemimpin berbincang /bermuafakat tanpa meleburkan indentiti politik masing2. Saya melihat Dr MAZA masih kaku dalam memahami politik dan beretorika dengan pandangan agamanya, jelas beliau tidak matang dan gagal melihat apa yg menjadi kemelut umat. Dr Maza kata tujuan berbincang ialah kerana ada anjuran dalam alqur'an supaya berbincang,Ini saya kira lebih kurang cakap tak serupa bikin. Beliau sendiri bila membuat saranan terhadap instusi jabatan mufti atau mengkritik JAKIM tak pernah nak berbincang, malah mengeluarkan kenyataan menggunakan akhbar dan mengakibatkan ummat menjadi bertambah bingung dengan masalah furuiyyah/remeh.

Tujuan duduk berbincang ialah untuk mengambil kira atau menetapkan beberapa perkara yg disepakati dan menjamin nasib ummat tidak dipertaruhkan, kata MAZA. Soalnya siapa yg ,mempertaruhkan nasib umat?Bukankah sekarang ini pemimpin kita sudah melelong nasib umat/rakyat amnya dengan kenaikan harga barang dan ketidakadilan sistem kehakiman. Duduk semeja untuk bersetuju tentang apa? Perkara sudah jelas, adanya tuduhan terhadap kerajaan tentang pecah amanah, ini memerlukan bukti. Jadi kenapa kerajaan masih belum bersedia untuk memnggil pihak penuduh (DSAI) ini masalahnya, bukan hal duduk berbincang.

Pemimpin kita tak ada masalah nak menentukan siapa tuhan mereka, nak tentukan bila mula puasa ,bila raya, apa agama rasmi Malaysia 20 tahun lagi,dll. Masalahnya sekarang kepincangan sudah berlaku, amanah sudah tidak dihiraukan oleh pemimpin, jeritan rakyat cuba disekat, mahkamah berleluasa menggunakan kuasa terhadap beberapa kes tuduhan yang melibatkan pemimpin. Inilah isu umat/rakyat,Bolehkan diselesaikan dengan pertemuan empat mata atau pertemuan beberapa pemimpin? bukankah saranan tersebut (saranan dr MAZA) sebenarnya retorika semata-mata?

Berbalik kepada isu penuduh liwat(saiful) dan orang ketiga (tunangnya) yg diseret untuk menjadi belacan yang dihurung lalat, saya tetap menyalahkan orang pertama yang membawa/mengetengahkan cerita/berita tentang mereka. Saya hairan dengan kaedah perisikan si pembawa berita itu sehingga tahu semua hal menegnai penuduh (saiful), apa hubungan perisik berita itu dgn saiful dan tunangnya?Jadi hati2lah menerima dan menelan berita, jangan kerana surat al-hujurat yang diambil sebagai nota kaki email ,menyebabkan kita buta mata hati untuk menilai kebenaran dan gagal pula melihat muslihat pihak yang mungkin menangguk di ayer keroh. .

Lihatlah kepada respon pembaca, apakah ini yang dimahukan oleh orang yg memperkenalkan tunang saiful ke khalayak ramai. Membaca komen pertama membuat saya rasa mual/loya, gelihati pun ada. Kesian budak tu, kunun nak melepas geram kpd UMNO, kunun dia faham ISlam, Mengutuk Adun Rembau sebagi najis mughallazah lepas tu dia pula teringin nak memperisterikan orang yg pernah memeluk sang peliwat. Najis mughalazah kalau disamak hilang najisnya, tapi sang peliwat tu boleh hilang najis ker jika dibuktikan teraniaya sekali pun. Pelik juga dengan selera Man yang siap berangan2 nak anda anak dgn tunang orang.. isy2 pakai hukum mana boleh meminang atas pinangan orang. Janganlah nak ajar ketam jalan betul pula.(walaupun hanya untuk main2)

Tentang komen2 yang lain tu, memang jelaslah memperlihatkan corak pemikiran umat yang masih tidak jelas mengenai agama, mereka hanya mahu melepaskan geram semberono. Mungkin juga mereka geram kerana orang yang mereka 'benci' masih ada orang yang sayang padanya(tunang). Harapan saya agar orang yang bertanggunjawap memulakan kemelut orang ketiga ini menyedari kesilapannya dan cubalah (dengan cara anda sendiri) untuk mengawal atau merhentikan perkara ini -hentikan keghairahan orang memberi komen2/bercakap yg tak bermaruah/mengarut.

Tiada ulasan: