Saiful Sidek Abdullah
Apabila kerajaan Selangor dan Pulau Pinang melarang sebarang program Islam hadhari serta kenyataan-kenyataan seperti “Islam Hadhari membuang masa”, “karut”, “mengelirukan” atau “menafikan kesyumulan Islam”, saya terpanggil memberikan pandangan berhubung dengan isu ini.
Pertama, kalau Islam hadhari difahami oleh kerajaan negeri yang melarangnya sebagai “program”, maka dimanakah kelirunya Islam Hadhari sehinggakan dikatakan pada suatu masa nanti - apabila ditanya apakah agama kamu - maka dijawabnya Islam hadhari!
Suatu program tetap suatu program. Ia bukan pendua kepada Islam, ia hanyalah usaha ta’alim dan tarbiyyah dalam bentuk program, bukan mazhab dan juga agama baru. Kedua, jika diakui Islam hadhari bukannya isu, cuma persoalan istilah sahaja, maka dimanakah kewajarannya pandangan menteri besar Selangor yang mengatakan ia mengelirukan? Istilah tetap di tempatnya, Islam juga utuh di tempatnya kecuali mereka yang tidak menggunakan akal sahaja yang akan terkeliru antara Islam dengan Islam Hadhari -- itu pun jika mereka tidak faham apa itu konsep Islam hadhari.
Baik, ketika kita mengucap dua kalimah syahadah, dimanakah istilah Islam di situ? Apakah kita bimbang jika tidak ada istilah Islam (dalam dua kalimah itu), maka akan datang, malah sekarang, apabila ditanya apakah agama kamu, maka kita jawab, agama saya ialah asyhadu alla ila ha... dan seterusnya.
Saya hendak gambarkan di sini – jangan kita persulitkan isu ini hanya dengan istilah tanpa melihat isinya. Ketiga, pelarangan sebarang program Islam hadhari bererti kerajaan Selangor dan Pulau Pinang telah melarang juga pengajaran prinsip-prinsip Islam hadhari. Kita ambil prinsip pertama Islam hadhari, iaitu keimanan dan ketakwaan kepada Allah, maka ia juga telah dilarang oleh kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Tindakan ini bukan sahaja menafikan hak asasi manusia, namun juga menyalahi hukum.
Keempat, tiada siapa dapat mendakwa telah berjaya melaksanakan Islam secara syumul. Islam sebagai cara hidup memang telah syumul dan sempurna, namun bukan dari segi pelaksanaannya kerana pelbagai halangan serta persyaratan yang belum terpenuhi.
Lihat sahaja sekarang. Pakatan Rakyat tidak sepakat untuk mewujudkan sebuah pentadbiran berasaskan Islam. Maka apa yang dapat kita ambil iktibar adalah, Islam sebagai cara hidup yang sempurna masih belum difahami atau dipersetujui oleh semua bangsa di dalam negara ini.
Justeru, kita katakan bahawa di samping usaha berterusan untuk memahamkan semua orang, kita juga perlu sedar kekangan-kekangan yang harus dihadapi daripada sesetengah bukan muslim.
Untuk itu kita katakan bahawa, kita belum cukup syarat untuk pelaksanaan Islam yang syumul. Maka, janganlah kita menolak sebarang usaha ta’alim (pembelajaran) dan tarbiyyah (pendidikan) walau dengan nama apa pun, kerana sebarang usaha tersebut fardu kifayah termasuk program Islam hadhari.
Maka, tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa, penentangan program Islam hadhari baik menggunakan kuasa kerajaan seperti Selangor dan Pulau Pinang, atau menggunakan ceramah-ceramah serta propaganda, sebenarnya punca kegagalan program Islam hadhari.
Kalau kita mengenepikan perbezaan fahaman politik, maka saya percaya konsep Islam hadhari ini akan berjaya. Apa buktinya?
Katakan kita ambil kesemua prinsip Islam hadhari dan kita namakannya 10 prinsip hadharah Islamiyyah (ketamadunan Islam) yang diperkenalkan oleh ustaz Abdul Hadi Awang atau Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ia mendapat sokongan penuh perdana menteri dan kerajaan pusat, maka apakah 10 prinsip itu akan dikatakan tidak baik, bid’ah, mengelirukan?
Kalau ada hadharah Islamiyyah, kena ada juga hadharah imaniyyah (seperti kata menteri besar Kelantan – kalau ada Islam hadhari, kena ada iman hadhari) atau ini semua membuang masa?
Justeru, Islam hadhari perlu dinilai dengan objektif, dengan mengetepikan fahaman politik dan mendalami ilmu-ilmu Islam yang luas agar kita tidak memberikan pendapat salah serta beremosi.
P/S :Sama tak air teh dengan teh air atau buah kelapa dengan kelapa buah ?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan