Followers

Ahad, 16 Mac 2008

UMNO LAGAK JADI HERO MELAYU,PEMUDA UMNO PERMATANG PAUH KE HONG KONG MAKAN ANGIN

16 Mac - Ditengah-tengah UMNO Pulau Pinang bersuara lantang mengenai DEB dan dalam masa yang sama Mukriz memaksa Pak Lah meletakkan jawatan, UMNO Permatang Pauh masih di Hong Kong.Maka kerana itulah kelibat pemuda-pemuda UMNO Permatang Pauh tidak kelihatan.Dimana Dato Jalil,Dimana Firdaus Ismail,Khabarnya sebelum kemenangan BR di Permatang Pauh,Para pemimpin UMNO Permatang Pauh telah membuat tempahan tiket ke Hong Kong, dengan agan-angan bahawa UMNO akan dapat merampas kembali Permatang Pauh.Namun kali ini para pimpinan dan penyokong ini merayakan kekalahan mereka di Hong Kong.Malah berbagai cerita didengar selepas pilihanraya ini.Ada yang menceritakan bahawa Imam duit aka Firdaus Ismail perbah memberi wang sebanyak RM7000 untuk para ahli UMNO bekerja untuknya, namun tidak sepeti yang diharapkannya lalu beliau meminta semula duit itu.Itu secebis kisah realiti emasa pilihanraya. Pilihanraya di Permatang Pauh umpama merayakan pilihanraya.Apa pun kekalahan UMNO harus dijadikan teladan dan sempadan agar BR tidak menjadi seperti mereka,para penyokong tidak seperti mereka,para pengiring juga tidak seperti pengiring mereka, para-para orang-orang kanan juga tidak seperti orang-orang kanan mereka yang hanya tahu menunjuk dan menghalakan kepada orang-orang yang tidak mereka suka dan mula menunjuk sombong,angkuh,bongkak, dan riak.Ini adalah kerana kuasa rakyat telah terbukti.Hatta kata A.Kadir Jasin bahawa kita juga perlu lihat sama ada para penyokong dan pemimpin BR akan bertindak sama seperti yang telah dilakukan UMNO.Berbalik kepada demontrasi yang diketuai oleh Datuk Azhar, maka ini memang tidak menjadi sesuatu yang mengelirukan. Rakyat juga tidak bersama-sama mereka kerana semua sudah tahu dan memahami betapa DEB hanya menguntungkan orang -orang seperti Dato Azhar,seperti Dato Musa Syeikh Fadzil, Jasmin,Jahara, dan orang -orang UMNO yang memang menikmati DEB tambahan pula Dato Roslan yang menjadi kaya raya dalam sekelip mata apabila menjawat jawatan ketua pemuda UMNO Pulau Pinang dan bertanding atas tiket UMNO.Inilah UMNO, telah terbukti didalam kes DSAI. kenapa saya sering mengungkit kes DSAI,ialah kerana ketika mula-mula DSAI dituduh meliwat, saya telah terlibat dengan aktif dialam cyber ini.Bermula sebagai Wartawan Kanan RN di Pulau Pinag sehingga Mahazalimtwo dan sekarang sebagai Wartawan WRLR mengambil sempena Laman Reformasi.Walau agak lama dan telah kuno dengan nama ini namun ianya tidak menjadi soal kerana telah dijelaskan bahawa blogger seperti saya termasuk juga rakan-rakan dan teman rapat Black,kenalan Marhaen , kami adalah NGI, Non Goverment Individual.Kami dialam cyber melihat dari jauh dan menyokong yang benar-benar sahaja.Maka kerana itu apabila merujuk kepada kes yang dialami Pak Lah saya telah mengagak bahawa ianya akan sama seperti yang dialami Pak Lah semasa beliau menyertai Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh.Para juak-juak ,penyokong,kaki ampu,kaki adu dumba,kaki jilat menjilat,kaki angguk,kaki geleng,kaki wang,kaki minta meminta akan meninggalkan Pak Lah sebagaimana yang terjadi pada DSAI.Dimana UMNO Permatang Pauh nak meletak muka.Terutamanya Sahar yang menentang Hamdan, juga juak-juak DSAI, Radzi,Ibrahim Saad,malah banyak lagi muka -muka UMNO Permatang Pauh termasuk juga beberapa lagi yang nama-nama mereka yang tak begitu penting tetapi hanya sekadar sebagai penjilat yang menunggu masa untuk berpaut didahan yang kukuh.Malahan dengan keadaan sekarang pun SMS menyokong DSAI kononnya secara senyap senyap telah berlegar secara meluas di kalangan pemimpin tertentu. Inilah UMNO,Dulu Kini dan Selamanya telah banyak membuat orang Melayu merasa dipinggirkan dan akhirnya dibenci oleh bangsa sendiri.Inilah kesilapan paling besar UMNO,pimpinan yang tak bergaul dengan masyarakat marhaen,sakit demam,kenduri kendara mahu rakyat memimpin, bukan mereka yang memimpin,mahu rakyat ,menghormati mereka, bukan mereka yang menghormati dan bekerja untuk rakyat, maka kerana itu sikap sebegini harus dibuang dari fahaman orang-orang BR dan melihat akan kesan yang bakal dihadapi. Untuk mendapatkan kemenangan ini memerlukan 50 tahun lagi dan pimpinan seberani Anwar yang masuk penjara dan lawan semula juga memerlukan masa.Maka kerana itu desakan Mukhriz tidak akan terhenti setakat ini.Beliau akan terus mendesak dan akan menentang Pak Lah sehingga perhimpunan Agong UMNO tahun ini.Dari itu, jaga-jaga kerana parti yang sedang sakit akan mencari ubat untuk penwarnya.Maka kerana itu para ahli-ahli YB UMNO,anda harus mengikut barisan Rakyat yang telah menang.Tinggalkan UMNO dan anda tetap menajadi wakil Rakyat dalam Barisan Rakyat.Itu pun jika BR memerlukan khidmat anda.

Tiada ulasan: