Followers

Isnin, 3 Mac 2008

Kenyataan Bohong !!!!

Hak Melayu terjamin di bawah Barisan Nasional
KUALA LUMPUR 2 Mac – Barisan Nasional (BN) merupakan parti yang sentiasa memastikan hak orang Melayu terjamin di samping hak kaum-kaum lain dipenuhi.Presiden Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Dr. Md. Zabid Abdul Rashid memberitahu, sepanjang tempoh 50 tahun BN memerintah, tidak ada satu hak orang Melayu dihapuskan atau ditarik balik.‘‘BN sentiasa memastikan hak orang Melayu terjamin di dalam ekonomi, pendidikan, pekerjaan, hak milik tanah rizab Melayu, agama dan sebagainya,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.Beliau mengulas mengenai jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa hak dan kepentingan orang Melayu akan terus dipulihara walaupun kerajaan membantu kaum-kaum lain.Perdana Menteri meminta orang Melayu jangan berasa kurang selamat hanya kerana bantuan-bantuan diberikan kepada bukan bumiputera.Md. Zabid memberikan contoh hak mendapatkan pendidikan bagi orang Melayu semakin bertambah setiap hari.Katanya, di Malaysia terdapat 58 institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu 21 buah IPT awam (IPTA) dan 37 IPT swasta (IPTS) yang menyediakan pendidikan tinggi untuk orang Melayu sepanjang masa.
‘‘Apa yang saya bimbangkan tempat-tempat pendidikan di IPT ini tidak mampu dipenuhi oleh orang Melayu,’’ katanya.Mengenai bantuan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK), katanya, ia tidak menghakis penumpuan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) kerana sekolah itu sentiasa diperkasakan setiap tahun agar menjadi pilihan bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga kaum lain.Tegasnya, selama tempoh 50 tahun BN memerintah, pendidikan orang Melayu sentiasa meningkat ke tahap yang lebih tinggi setiap tahun.Sementara itu, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Nordin Kardi pula berkata, orang Melayu tidak perlu bimbang dan berasa tidak selamat hanya kerana kerajaan memberikan bantuan kepada bukan bumiputera.“Buat apa nak bimbang kerana sejak dulu pun kerajaan memang menjamin hak orang Melayu dan membantu bukan bumiputera.“Bezanya kini ialah bantuan yang disalurkan kepada bukan bumiputera itu mungkin lebih besar jumlahnya disebabkan negara semakin kaya,” katanya.Menurut Nordin, apa yang dilakukan oleh kerajaan itu sebenarnya selari dengan kepimpinan umat Islam pada zaman Rasulullah yang tidak pernah mengabaikan kebajikan orang bukan Islam.Tambahan pula, katanya, semua pihak perlu sedar bahawa negara ini dibangunkan atas kerjasama dan permuafakatan semua kaum.Koordinator Siswazah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Nasrudin Mohammed pula berkata, kenyataan Perdana Menteri itu merupakan satu jaminan untuk mengukuhkan kembali keyakinan orang Melayu tentang hak-hak mereka dalam Perlembagaan.
Katanya, keyakinan orang Melayu tentang hak mereka pernah timbul pada zaman kepimpinan Tunku Abdul Rahman apabila kerajaan pada masa itu hendak memberikan taraf kewarganegaraan kepada bukan bumiputera.kebimbangan itu, kata beliau, kembali wujud apabila ada pihak melihat kerajaan terlalu memenuhi tuntutan yang dikemukakan oleh bukan bumiputera.“Mereka ini bimbang akan ada lagi tuntutan lebih besar pada masa hadapan sehingga menjejaskan hak orang Melayu.“Maka itu, kenyataan Perdana Menteri meneguhkan kembali keyakinan orang Melayu tentang hak mereka selagi Perlembagaan tidak diusik. Walaupun dari luar ada kebimbangan, tetapi (kerajaan) ada mekanisme untuk menjaga hak orang Melayu,” katanya

Tiada ulasan: