Followers

Ahad, 16 Mac 2008

Be End Pulau Pinang

"Be End Pulau Pinang perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku ke atas nasib Melayu di Pulau Pinang sejak merdeka lagi. Be End telah menyebabkan Melayu Pulau Pinang hilang segala - galanya sejak merdeka lagi. Berikut ialah antara kesalahan Be End Pulau Pinang yang boleh dijadikan ikhtibar kepada negeri - negeri di bawah kekuasaan Be End.
1. Hilang budaya Melayu. Perhatikan cara hidup dan pergerakan masyarakat Melayu Pulau Pinang. Cara percakapan, cara majlis dan keraian semuanya diresapi oleh budaya bukan Melayu. Di Mana Pemuda Um No dalam memperjuangkan budaya ini?
2. Um No yang dikatakan memperjuangkan agama Islam hanya hampas sama sekali. Bagaimana nasib agama Islam di Pulau Pinang. Semakin digeruni oleh lawan atau kawan ataupun semakin dipinggirkan?Berkembang ataupun merudumnya Islam dapat dilihat dalam kadar jenayah dan gejala sosial yang berlaku. Dimana Um No dalam hal ini? Perlukah disalahkan kepada orang yang bukan Islam dalam peminggiran agama Islam ini?
3. Um No di Pulau Pinang juga tidak terkecuali dalam mengalibabakan beberapa lesen ataupun kontrak yang diperolehi dari dasar DEB. Siapa pula yang harus di persalahkan dalam hal ini? Melayu Pulau Pinang terus terpinggir majoritinya di bawah kekuasaan Um No. Sebilangan kroni yang kaya raya yang mendapat manfaatnya tetapi sebilangan besar terus menjadi pengemis di bumi sendiri.
4. Dosa Um No Pulau Pinang tidak setakat itu sahaja. Tanah - tanah wakaf yang ada telah disalah gunakan di beberapa lokasi. Projek siap segera terus menjadi jalan mudah untuk mencapai kekayaan hidup tanpa memikirkan penat jerih datuk nenek mereka yang berperang meghadapi Inggeris dan Jepun seketika dulu.
5. Um No Pulau Pinang terus ingin berkuasa. Kerana dengan kuasa boleh memadamkan kezaliman yang dilakukan oleh mereka sendiri. Sekarang puak - puak ini mengkudakan pengikut - pengikut jahil mereka. Memainkan sentimen yang sensitif adalah cara kuno puak - puak Um No ini. Ingatlah fitrah semulajadi manusia..
a) Kita suka Melayu yang baik bukan Melayu yang zalim dan jahat.
b) Kita suka Cina yang baik bukan cina yang zalim dan jahat.
c) Kita suka India yang baik bukan India yang zalim dan jahat.
6. Ingatlah kezaliman yang kalian lakukan sejak merdeka dulu tidak mudah dilupakan orang.Tidak mungkin kemarau 50 tahun boleh banjir dengan hujan sehari."

Tiada ulasan: