Zaini Hashimi Tue Feb 26, 08 11:24:13 am MYT
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan satu badan yang mengurus proses pilihan raya membabitkan calon-calon daripada pelbagai parti yang bertanding dalam negara. Bagi merealisasikan tuntutan perjalanan proses pilihan raya lancar dan penuh disiplin, maka ia sepatutnya menjadi satu badan 'bebas' yang tidak memihak atau menampakkan kecenderungan kepada mana-mana parti yang bertanding. Walaupun pilihan raya dianggap bukan penyelesai kepada pemilihan pemimpin untuk mentadbir negara, ia boleh dimanfaatkan dan dianggap penting bagi mengelak sebarang kemungkinan yang boleh merugikan banyak pihak, justeru kewujudannya amat dirasakan. Pertandingan calon-calon dalam pilihan raya secara 'gentleman' akan memuaskan hati pihak yang menang dan kalah kerana telah berusaha gigih tanpa sebarang campur tangan pihak ketiga, seperti dua pasukan yang bertanding dalam sesuatu perlawanan, yang diadili seorang pengadil yang tidak memihak kepada salah satu pasukan itu. Pasukan yang menang dan kalah sama-sama berasa puas kerana bertanding di atas padang yang rata dan tidak berat sebelah. Tetapi apa yang berlaku dalam proses pilihan raya di Malaysia, pegawai SPR tidak menjadi pengadil yang baik. Mereka memihak kepada calon-calon parti pemerintah tanpa sebarang bantahan walaupun tindakan calon-calon tersebut terang-terang menyalahi peraturan pilihan raya. Persoalannya di sini, di mana ketegasan SPR walaupun terdapat kenyataan pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menyelar parti-parti tertentu yang menggunakan media untuk berkempen. Tetapi beliau lupa, belum pun hari penamaan calon, parti pemerintah BN telah menggunakan semaksimum media elektronik dan cetak untuk berkempen sakan. Tidakkah pegawai SPR tidak perasan tindakan negatif dan tidak sihat itu? Apa tujuan sebenar peraturan baru dengan mengenakan setiap calon mematikan setem duti borang pencalonan beberapa hari sebelum pilihan raya, adakah calon-calon BN mematuhi peraturan tersebut? Kenapa calon-calon BN yang didapati melanggar peraturan itu masih diterima pencalonan mereka dengan pelbagai alasan yang dikemukakan? Tidakkah SPR terutama pengerusinya percaya kepada ajaran Nabi Muhammad s.a.w. yang menegaskan, bahawa bukan daripada golonganku seorang Muslim yang berdusta. Jelas di sini, SPR tidak berlaku adil dan memihak kepada BN, sedangkan BN sampai ke saat ini masih tidak bermaya untuk melaksanakan hukum Islam dalam al-Quran, mereka yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah terpaksa memilih salah satu kategori, sama ada jadi kafir, zalim dan fasiq (rujuk ayat 44,45 dan 47 surah al-Maidah), mereka hanya mampu mengadakan projek-projek mega berasaskan keperluan poket masing-masing. Di manakah SPR dengan Sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang banyak mengajar kita erti keadilan sejagat? Di manakah SPR dengan ayat-ayat tersebut di atas, sama-samalah rakyat buat perhitungan bagi mengembalikan kegemilangan Islam sebenar?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan