Followers

Isnin, 18 Februari 2008

Hutang RM1.5 bilion, pembaziran Ali Rustam wajar dihukum


Azamin Amin Mon Feb 18, 08 12:02:12 am MYT

MELAKA, 18 Feb (Hrkh) - Pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ali Rustam wajar dihentikan segera dengan cara 'menghukum' BN pada pilihan raya umum ke-12 dengan memilih parti pembangkang khususnya PAS. Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek berkata biarpun matlamat untuk memerintah negeri memepunyai laluan yang sukar namun berharap agar rakyat memberi undi kepada PAS supaya dapat menjadi pembangkang yang kuat yang vokal memperjuangkan isu-isu semasa dan rakyat. "Kerajaan Melaka berhutang sejumlah RM1.5 bilion tetapi masih ada 'plan' untuk membazirkan wang rakyat."Salah satunya merancang membina Menara Taming Sari bernilai RM23 juta semata-mata untuk kemudahan pelancong melihat pemandangan Melaka," katanya ketika diwawancara Harakah di Perkampungan IKan Bakar, Merlimau Melaka semalam.Selain itu tambahnya, "perbelanjaan rombongan Ali melawat Amerika Latin semata-mata nak tengok kaedah menghijaukan Melaka mencecah RM1 juta." Hadir sama dalam sesi wawancara tersebut adalah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Ketua Wartawan, Wan Nordin dalam siri jelajah kembara Harakah meninjau persiapan negeri menghadapi pilihan raya umum. Katanya jika pembaziran ini tidak dibendung akan menyebabkan keadaan kewangan Melaka menjadi parah dan nasib serta ekonomi rakyatnya akan bertambah buruk."Selain itu isu-isu agama, murtad serta 'rampasan kuasa' Umno terhadap institusi masjid dengan menukarkan ahli jawatankuasa antara perkara yang begitu sensitif dan mendapat tempat di hati penduduk di sini," katanya yang turut yakin tentang 'silent protest' sesetengah masyarakat atas isu-isu nasional yang membuatkan mereka jelak kepada BN

Tiada ulasan: