"Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum yang diramalkan Mac ini bagi memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam hirarki kepimpinan Umno.Ini kerana, dari segi hirarkinya, beliau merupakan naib presiden terkanan di belakang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Seandainya Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, maka Mohd Ali layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM)."Sekiranya beliau masih berada di peringkat negeri, kemungkinan besar jawatan TPM terlepas kepada seorang lagi naib presiden yang juga menteri kanan, Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata sumber-sumber yang rapat dengan Umno.ali rustamDalam pemilihan naib presiden Umno yang lalu, Mohd Ali (kiri) menduduki tempat kedua di belakang Tan Sri Mohd Isa Samad, manakala Muhyiddin, yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani, di tempat ketiga.Bagaimanapun, kemenangan Isa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, dibatalkan kerana didakwa terbabit dalam politik wang.Ia sekaligus meletakkan Mohd Ali di tempat kedua di belakang Najib yang menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.Pengganti Mohd Alirahim thamby chik 03Lagi pula, kata sumber-sumber itu lagi, kedudukan pembangkang di Melaka agak kuat sepertimana yang diakui oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik (kanan) dalam temubual dengan Malaysiakini kelmarin.Rahim yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di Melaka mempunyai peluang 50-50 dalam pilihanraya umum akan datang."Jika prestasi BN kurang baik dalam pilihanraya umum nanti, ia tentu turut menjejaskan imej Datuk Seri Mohd Ali. Untuk itu, lebih baik beliau berpindah ke pusat," kata sumber-sumber itu lagi.Lagi pula, kata mereka, selaku naib presiden kanan Umno, pastinya Mohd Ali akan dilantik ke jawatan menteri dalam kabinet baru Perdana Menteri nanti.Dr Mohd Ruddin Ab Ghani
Nama yang disebut-sebut akan menggantikan Mohd Ali ialah Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Prof Dr Mohd Ruddin Ab Ghani, yang kini Setiausaha Parlimen, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (kanan). Di samping itu, tiga menteri besar dijangka tidak akan bertanding kali ini. Mereka adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali 
dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Seorang lagi ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.Calon yang disebut-sebut akan mengantikan Tajol Rosli ialah ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Zambry Kadir. Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beseri, Datuk Zahidi Zainal Abidin dijangka dilantik menteri besar baru Perlis.MB baruMengenai spekulasi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Azmi Khalid akan menggantikan Shahidan di Perlis, sumber-sumber tersebut berkata, ia mungkin tidak menjadi kenyataan atas faktor usia.Manakala di Johor pula, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khaled Nordin disebut-sebut akan menggantikan Abdul Ghani.Dalam pilihanraya umum 2004, Abdul Ghani dikatakan dipilih bertanding kerusi Parlimen manakala Khaled bertanding kerusi negeri untuk menggantikan beliau sebagai menteri besar.Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan ekoran pertukaran yang dibuat pada saat-saat akhir.Kekosongan jawatan menteri besar juga dijangka berlaku di Pahang dan Terengganu kerana Datuk Adnan Yaakob (Pahang) dan Datuk Idris Jusoh (Terengganu) disebut-sebutkan akan berpindah ke pusat dan bertanding kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum akan datang.wan faridDi Terengganu, Idris disebut-sebuat akan digantikan oleh Datuk Wan Ahmad Farid Salleh yang merupakan Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu.Beliau yang juga seorang senator merupakan setiausaha politik kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.Pertukaran juga disebut-sebut akan berlaku di Sabah. Ketua Menteri Datuk Musa Aman dijangka dipindahkan ke pusat dan jawatan Ketua Menteri diambilalih oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Halehwal Pengguna, Datuk Shafie Apdal.Dua menteri besar yang disebut-sebut akan kekal ialah Datuk Mahadzir Khalid (Kedah) dan Datuk Mohamad Hassan (Negeri Sembilan). "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan