SHAH ALAM 27 Jan. - Wakil rakyat di Selangor yang digugurkan daripada senarai calon pada pilihan raya umum akan datang merupakan mereka yang telah berkhidmat terlalu lama dan lanjut usia.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, sudah tiba masanya wakil rakyat itu mengundurkan diri dan memberi peluang kepada muka- muka baru yang diyakini mampu membawa perubahan besar kepada kemajuan negeri ini.Selain itu, katanya, faktor usia juga menyebabkan wakil-wakil rakyat berkenaan berdepan dengan masalah kesihatan sehingga menyukarkan mereka untuk memberi khidmat yang baik kepada masyarakat."Mereka telah lama berkhidmat sehingga usia lanjut dan sesetengahnya mempunyai masalah kesihatan."Mereka seharusnya berundur dan memberi peluang kepada pemimpin muda untuk menggantikan mereka," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Persatuan Permuafakatan Ibu Bapa pelajar-pelajar Asrama Puteri Balkis di sini hari ini.Antara Ahli Parlimen di Selangor yang berusia lanjut ialah Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, 70, (kawasan Shah Alam) manakala Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Shafie Salleh dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Noh Omar sudah memegang tugas tersebut selama tiga penggal.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang telah berkhidmat bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga penggal ialah Datuk Ahmad Bhari Abd. Rahman (Taman Templer), Datuk Mad Aris Mad Yusoff (Chempaka), Datuk Ismail Kijo (Lembah Jaya), Datuk Salamon Selamat (Batu Tiga), Datuk Zainal Abidin Sakom (Batang Kali), Datuk Jaei Ismail (Meru), Datuk Zakaria Md. Deros @ Abang Z (Pelabuhan Klang) dan Datuk Ahamad Kuris Mohd. Nor (Semenyih).Baru-baru ini, Mohamad Khir berkata, Barisan Nasional (BN) Selangor bakal mengetengahkan 30 peratus muka baru sebagai calon parti itu pada pilihan raya umum akan datang.Calon-calon tersebut bukan sahaja berpendidikan dan memiliki sifat kepimpinan yang tinggi, malah disenangi masyarakat.Ciri-ciri sedemikian amat penting bagi memastikan BN mampu memperoleh kemenangan di setiap kerusi yang dipertandingkan.Mohamad Khir bagaimanapun enggan memaklumkan nama dan jumlah sebenar mereka yang akan digugurkan itu."Saya tidak boleh dedahkan sekarang sebab saya telah berjanji kepada mereka untuk merahsiakannya. Lagi pun, ia sesuatu yang normal untuk barisan pemimpin bersilih ganti," katanya.Isnin, 28 Januari 2008
Wakil rakyat veteran selangor digugur, Di Melaka ???
SHAH ALAM 27 Jan. - Wakil rakyat di Selangor yang digugurkan daripada senarai calon pada pilihan raya umum akan datang merupakan mereka yang telah berkhidmat terlalu lama dan lanjut usia.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, sudah tiba masanya wakil rakyat itu mengundurkan diri dan memberi peluang kepada muka- muka baru yang diyakini mampu membawa perubahan besar kepada kemajuan negeri ini.Selain itu, katanya, faktor usia juga menyebabkan wakil-wakil rakyat berkenaan berdepan dengan masalah kesihatan sehingga menyukarkan mereka untuk memberi khidmat yang baik kepada masyarakat."Mereka telah lama berkhidmat sehingga usia lanjut dan sesetengahnya mempunyai masalah kesihatan."Mereka seharusnya berundur dan memberi peluang kepada pemimpin muda untuk menggantikan mereka," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Persatuan Permuafakatan Ibu Bapa pelajar-pelajar Asrama Puteri Balkis di sini hari ini.Antara Ahli Parlimen di Selangor yang berusia lanjut ialah Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, 70, (kawasan Shah Alam) manakala Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Shafie Salleh dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Noh Omar sudah memegang tugas tersebut selama tiga penggal.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang telah berkhidmat bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga penggal ialah Datuk Ahmad Bhari Abd. Rahman (Taman Templer), Datuk Mad Aris Mad Yusoff (Chempaka), Datuk Ismail Kijo (Lembah Jaya), Datuk Salamon Selamat (Batu Tiga), Datuk Zainal Abidin Sakom (Batang Kali), Datuk Jaei Ismail (Meru), Datuk Zakaria Md. Deros @ Abang Z (Pelabuhan Klang) dan Datuk Ahamad Kuris Mohd. Nor (Semenyih).Baru-baru ini, Mohamad Khir berkata, Barisan Nasional (BN) Selangor bakal mengetengahkan 30 peratus muka baru sebagai calon parti itu pada pilihan raya umum akan datang.Calon-calon tersebut bukan sahaja berpendidikan dan memiliki sifat kepimpinan yang tinggi, malah disenangi masyarakat.Ciri-ciri sedemikian amat penting bagi memastikan BN mampu memperoleh kemenangan di setiap kerusi yang dipertandingkan.Mohamad Khir bagaimanapun enggan memaklumkan nama dan jumlah sebenar mereka yang akan digugurkan itu."Saya tidak boleh dedahkan sekarang sebab saya telah berjanji kepada mereka untuk merahsiakannya. Lagi pun, ia sesuatu yang normal untuk barisan pemimpin bersilih ganti," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan