Rashid berkata demikian selepas menerima laporan akhir berhubung pemerhatian ke atas tiga pilihan raya kecil tahun ini iaitu di Batu Talam (28 Januari), Machap (12 April) dan Ijok (28 April) daripada Malaysians For Free and Fair Elections (Mafrel) yang diwakili oleh pengerusinya, Abd. Malek Hussin.Menurut Rashid, beliau amat sedih dengan pihak tertentu yang menuduh SPR melakukan penipuan namun tidak ada bukti yang diberikan. ‘‘Mereka bagi imej yang amat buruk kepada luar negara... ada tipu tapi tipu apa? Anda bercakap dengan orang yang mempunyai pengalaman, kalau ada penipuan dan disebabkan oleh SPR, tunjukkan di mahkamah.‘‘Mereka tak boleh pergi ke jalan (demonstrasi jalanan) dan melaungkan slogan bagi tahu SPR menipu dan seolah-olah kerajaan yang ada sekarang ini tidak sah,” ujarnya.Beliau menjelaskan, semua perkara berkenaan dilakukan berdasarkan kepada perasaan curiga sedangkan SPR sentiasa telus serta adil mengikut kerangka undang-undang yang ditetapkan ke atas badan itu.Ditanya mengenai tarikh persaraannya pada 31 Disember ini, Rashid memberitahu, beliau tidak mengetahui sama ada jawatannya akan disambung atau tidak dan belum menerima sebarang notis mengenainya.Mengenai undi pos, beliau memberitahu, ejen setiap calon bertanding akan dibenarkan untuk diletakkan di kem-kem tentera dan balai polis bagi memantau proses pembuangan undi.Malah, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak membantah cadangan berkenaan.Mengenai pilihan raya umum ke-12, Rashid enggan mengulas lanjut namun memberitahu ia akan diadakan tidak lama lagi.‘‘Tak payah tanya apa yang saya cakap dengan Perdana Menteri, selalunya beliau telefon tanya saya dah makan ke? SPR hanya menentukan tarikh pilihan raya selepas Parlimen dibubarkan,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan