Followers

Isnin, 5 November 2007

Rakyat Melaka diseru sertai Himpunan 100,000 Rakyat

MELAKA, 5 Nov (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, menyeru semua rakyat Melaka supaya hadir ke Himpunan 100,000 Rakyat pada 10 November ini di Dataran Merdeka yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).
Menurut beliau, pada 1953 ulama melihat kebebasan demokrasi di Malaya pada waktu itu, parti politik bebas berhimpun, terbitkan risalah melainkan tidak bebas mengangkat senjata, maka ulama mengambil keputusan bahawa harus menerima cara demokrasi utuk berjuang.


"Mereka semua telah meningal dunia dan kalau mereka masih hidup serta melihat demokrasi yang ada sekarang, barang kali ulama kita akan mengambil keputusan tidak boleh berjuang melalui demokrasi yang ada seperti ini kerana demokrasi sekarang telah mampus.
"Untuk itu kita generasi yagn kemudian mesti berjuang untuk mendapatkan kembali demokrasi dan keadilan dalam pilihan raya seperti yang mereka perolehi dulu," kata beliau.
Tambah beliau, kebebasan rakyat boleh disekat buat sementara tetapi tidak selama-lamanya malahan kerajaan firaun yang zalim dan angkuh tetap memberi demokrasi kepada rakyatnya untuk menilai sesuatu perkara.
Katanya, ekoran merosotnya demokrasi dan kebebasan media selepas 2004, kita mula menggerakan usaha menuntut demokrasi dan keadilan dengan disokong 67 NGO dan parti alternatif melalui pertubuhan Bersih.
"Saya yakin perhimpunan itu akan berlangsung dengan aman dan dan tenteram, Kuala LUmpur akan kuning pada hari itu, bila ada demokrasi rakyat bebas memilih, bila rakyat berdaulat negara kita akan lebih kaya dan lebih hebat tambahan diikat dengan dasar Islam," katanya.
Empat tuntutan utama bersih ialah menghapuskan undi pos, mencelup atau menandakan jari pengundi yang selesai membuang undi dengan dakwat, membersihkan daftar pemilih dan membebaskan media

Tiada ulasan: