Followers

Isnin, 30 September 2013

AKIBAT TERMAKAN SUMPAH SENDIRI


KUALA TERENGGANU: Kerajaan BN Terengganu diibaratkan 'termakan sumpah' apabila satu demi satu binaan bangunan termasuk masjid runtuh.Hal ini berlaku, selepas Masjid Bujal yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal di Kemaman dirobohkan oleh kerajaan BN ketika itu diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh pada 26 Mei 2005 lalu.
 
Selepas itu, pelbagai kejadian bangunan runtuh dan tumbang seperti dewan komputer, dewan sekolah, stesen bas, menara telekomunikasi, masjid serta bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak yang berharga hampir RM300 juta.
Hari ini, sebuah lagi struktur bumbung anjung Masjid Kampung Tebauk Bukit Tunggal, runtuh selepas Masjid Kampung Baru Kertih di Kemaman dan Masjid Binjai Kertas Kuala Berang di Hulu Terengganu pada 20 Mei lalu.Harakahdaily dimaklumkan, kejadian anjung masjid itu runtuh berlaku kira-kira jam 4.00 pagi tadi serta disedari oleh penduduk di Taman Perumahan Kampung Tebauk setelah terdengar bunyi yang kuat.Seorang bilal masjid, Jaafar Ismail berkata masjid tersebut baru digunakan hampir dua tahun iaitu pada akhir tahun 2011.

"Saya sedar anjung masjid ini runtuh ketika datang untuk bertugas waktu subuh pagi tadi sekitar jam 5.00 pagi dan melihat lampu yang biasa dipasang di masjid terpadam."Saya diberitahu oleh penduduk berhampiran masjid bahawa kejadian runtuh ini berlaku kira-kira jam 4.00 pagi. Ini amat mendukacitakan tetapi bersyukur kerana tidak berlaku kemalangan jiwa," jelasnya ketika ditemui di masjid tersebut.

 Menurutnya, sebelum ini telah berlaku sedikit kebocoran tetapi pihak kontraktor ada melakukan kerja-kerja membaikpulih.Kata beliau, bayangkan jika kejadian runtuh tersebut berlaku ketika hari Jumaat waktu solat yang melibatkan orang ramai.

Harakahdaily difahamkan, masjid yang bernilai lebih RM6 juta itu baru digunakan hampir dua tahun lalu dan masih belum dirasmikan.Berikut dilampirkan senarai binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008:

1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh: 12 April 2008
Harga: RM2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Tarikh: 2 Jun 2008
Harga: RM292 juta
Punca: “Semua buat silap” – Ahmad Said

3. Kolam Renang Batu Burok bocor
Tarikh: 5 Jun 2008
Harga:  RM18 juta

4. Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggal
Tarikh: 29 Jun 2008
Harga: (terminal ) RM123 juta

5.  Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh: 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – tumbang.
Tarikh:  6 Ogos 2009
Harga: RM15 juta

7.  Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh: 3 Oktober 2009
Harga: RM2.1 juta

8.  Bumbung kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000  (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh: 29 Mac 2010

10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang
Tarikh: 9 Januari 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina.

10. Astaka dalam pembinaan di Besut
Tarikh: 21 Jun 2012

11. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh: 19 Julai 2012

12.Tangki air Sekolah Menengah Paka
Tarikh: 24 Julai 2012

13. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh: 30 Disember 2012

14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih
Tarikh: 20 Februari 2013
14. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh: 20 Mei, 2013
Harga: RM1.4 juta

Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah:

1. Binjai Souq
2. Bazaar Warisan
2. Masjid Kristal (22 November 2008)
3. Masjid Kampung Lingai (4 November 2009 - harga RM3 juta)
4. Taman Tamadun Islam – stor dewan runtuh pada Julai 2010
5. Masjid An Naim, Dungun
6. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulihnya.
7. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta
7. Pasar baru Kedai Buluh
8. Pasar baru Manir
9.  Dewan serbaguna dan masjid di Ketengah
10. Taman Panorama Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu

Tiada ulasan: