Followers

Selasa, 9 September 2008

Penduduk Jasin bantah karaoke malam

Zaili Muhammad
JASIN, 9 Sept (Hrkh) - Penduduk di sekitar Jasin membantah tindakan sebuah restoran di Kampung Ayer Panas, Kesang, di sini yang mengadakan aktiviti berkaroeke secara terbuka di waktu malam kerana jelas tidak menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini.Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Mejar Jasme Tompang, bahawa aktiviti yang dijalankan itu jelas tidak menghormati bulan yang mulia ini dan mengganggu keharmornian penduduk setempat."Aktiviti tersebut telah berlangsung sekian lama walaupun mendapat rungutan daripada orang kampung, namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Jasin. "Kita harap di bulan yang penuh dengan rahmat dari Allah ini sepatutnya umat Islam menggelakkan diri dari melakukan perbuatan yang sia-sia dan melalaikan. "Umat Islam perlu mempertingkatkan amal ibadat di bulan yang diberkati ini dan bermuhasabah diri, keluarga serta masyarakat agar selari dengan tuntutan Allah yang mahukan kita mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran," kata beliau.
Pemilik restoran itu telah menjalankan perniagaan dan aktiviti berkaroeke kepada pengunjungnya sejak beberapa lama serta ianya mendapat sambutan yang hebat di kalangan orang-ramai khususnya penduduk sekitar. Tetapi tidak dapat dipastikan samada aktiviti tersebut mendapat kelulusan daripada pihak berwajib atau tidak kerana ianya dijalankan secara terbuka dan perlu mendapat permit daripada PBT.

Tiada ulasan: