Followers

Selasa, 26 Ogos 2008

KERETA NAJIB KENA BALING BOTOL

BUKIT MERTAJAM: Kereta yang dinaiki Datuk Seri Najib Razak dibaling dengan botol air ketika Timbalan Perdana Menteri meninjau proses mengundi di Sekolah Menengah Seberang Jaya, di Semilang, jam 11 pagi tadi. Dalam kejadian itu, Najib baru masuk ke keretanya selepas berjumpa penyokong Barisan Nasional (BN) dan perbuatan itu dipercayai dilakukan sekumpulan penyokong pembangkang. Menyedari kejadian itu, penykong BN membalas dengan membaling beberapa botol air ke arah penyokong Pakatan Rakyat. Sesetengah daripada mereka cuba menyerbu kereta Najib tetapi dihalang polis. Sebaik Najib meninggalkan kawasan itu, keadaan terus tegang sehingga ada yang membaling kayu dan terkena penyokong BN. Tindakan cepat polis termasuk anggota Unit Pencegah Rusuhan (FRU) berjaya mengawal keadaan.

Tiada ulasan: